Oh! Salam Perantauan


Ufuk mentari bersinar indah di kaki langit. Sesekali sayup kedengaran kicauan burung bersahut-sahutan memecah sunyi pagi yang hening. Cengkerik, unggas-unggasan serta mergastua turut mendendangkan irama simfoni selari dengan rentak alam.


Bunyi-bunyi tersebut cukup menggambarkan yang aku tinggal di suasana kampung. Tenang sekali rasanya. Bagi siapa yang tak menghayati panorama tersebut, pergilah berjumpa dengan doktor pakar telinga secepat yang mungkin.


Oh! Ambang Syawal semakin membahang. Kelibat kaum-kaum bapa dengan parang goloknya sudah bersiap sedia mengharungi hutan belukar bagi mencari beberapa batang buluh untuk dibuat lemang.




Turut kelihatan pakcik tua seksi yang tidak berbaju gigih memerah kudrat mengopek kelapa untuk dibuat rendang. Jelas tertimbul urat-urat veteran dari otot lengannya.


Golongan makcik juga tak nak ketinggalan memeriahkan persedian menyambut Aidil Fitri. Bau-bau wangi bahulu, kek lapis Sarawak serta kuih-muih raya sudah semerbak aromanya di pelusup kampung. Fuhh! Bau arangnya cukup menggugat iman puasa.




Turut terhidu bau meggi yang entah mana sesatnya datang dari arah semak belukar. Ahh! Jahanam. Itu lain cerita.


#######


Begitulah serba-serbi ragam manusia di sebuah penempatan bernama kampung.
Namun begitu, lain pulak halnya dengan aku. Orang prepare nak raya, aku pulak sibuk buat aktiviti lain. Heh! Meh tengok:


-MENYENTAL TENGGILING-

Berbekalkan hos getah, sabun serta span, aku sibuk menyental daki-daki kotoran lumpur yang melekat di motor. Memandangkan aku balik Malaysia setahun sekali, sudah pastinya peluang sebegini digunakan sebaik yang mungkin untuk bermain sabun.


Hmm.. nak harapkan mak ayah aku jangan harap la. Apatah lagi adik-beradik lain yang duduk kat asrama. Memang mimpilah kalau depa ada hidayah nak ikhlas basuh.


Takpa lah. Janji 'tenggiling' ni tak meragam sudah.


-MENGHADAP BUKU-

Dalam raya ke-6 aku dah bertolak balik ke Beijing. Bila ter-sedar cuti yang hampir dua bulan lebih ni dibazirkan dengan tidur dan menternak lemak berpaun-paun, timbul lah rasa keinsafan yang cukop mendalam lahir dari lubuk nurani hati. Aku serius tulis ni.


Dandan la waktu begini nak buka buku cina dan kelam-kabut mengulangkaji pelajaran. Dasar manusia suka tangguh. Kau orang jangan lah tiru kerja last-last minit ni.


Itu tak termasuk lagi survival guide yang aku kena buat untuk kemasukan junior-junior baru. Buat makluman korang, aku diberi tugas sebagai ketua editor untuk menghasilkan buku panduan hidup di oversea.


Heh! Macam mana la depa boleh taruk kepercayaan terhadap hasil penulisan aku yang tunggang langgang ni. Takpa, orang jantan kena cool. Pelan-pelan kayuh.


-MEMUKAL MAKANAN-

Kau nampak makanan kat atas tu? Gila. Cukop tamak haloba aku menyumbat dalam beg bagasi. Dengan had kapasiti 20 kilo, aspek kuantiti dan kualiti harus diutamakan.


Aku just bawak makanan segera dan perencah seribu dalam satu. Bagi aku, hasil makanan dari produktiviti 'BUATAN MALAYSIA' adalah amat bernilai bagi aku.


Mana la tahu bila musim winter nanti, salji turun dengan selebatnya dan perut tetiba buat perangai. Haa! Mengidam makan cucur, bancuh jer dengan air. Pastu goreng dan ngup ngap sorang-sorang dengan harapan taknak berkongsi dengan member.


Sumpah kedekut taik idong masin.


-SESI MENGGEDIK-

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu berangan nak masuk dalam paper. Bajet femes la. Last-last Allah kasi jua peluang melanjutkan pelajaran kat bumi orang. Alhamdulillah..


So.. atas peluang dan rezeki yang diberi, aku memang tak segan-silu nak menempek gambar dalam surat khabar. Eii.. menyampah pulak aku bacanya. Geli. Tapi yang tu gambar tahun lepas. Tahun ni aku malas nak hantar.


Aku bukan apa. Kalau aku popular, nanti ada pulak manusia yang berhasad dengki, lepas tu sabotaj blog kelabu asap aku ni. Huhuu.. korang ada rasa nak sentap-sentap bulu hidung tak baca statement ni?

#######

Menjelang lebaran raya yang mulia ni, aku nak buat salam perantauan la.
Tapi versi blogger. Boleh? Ala.. malu-malu kucing pulak nak baca.

MySpace

" Telah termaktub dalam alam semesta, pastinya manusia tidak pernah sunyi dari bayangan kesalahan yang menemani mereka sama ada disedari atau pon tidak.

Justeru, saya Muhammad Fikri Bin Mohammad Hisham menyusun 10 jari tangan sebagai simbol kemaafan sekiranya hasil penulisan dalam blog ni ada yang menyakitkan hati sesetengah pihak. Mintak ampun ya dong..

Akhir kalam, maaf zahir (batin tak ada) dan selamat menyambut
HARI RAYA AIDIL FITRI ! "

15 KRITIKAN KAW-KAW:

pandabear | August 28, 2011 at 11:20 AM

akok terbaek..

I wong (依之汉) | August 28, 2011 at 12:29 PM

tetiba terfikir apa lah si mamat ni belajar kat Beijing? Bukan sana pun dah China ke? Apapun keep it up. 我喜欢看你写。加油!

Elie Lily | August 28, 2011 at 1:42 PM

wah! makanan malaysia penuh satu beg! bagus! :D

Hidayati | August 28, 2011 at 3:22 PM

Hahahaha..best giler n3 ni. Sapalah dok makan meggi dalam hutan tu ye?
Anyway.., salam aidilfitri dari akak.

p/s: wah bergaya sungguh post dalam paper tu.

Fee Hafeezah ketuk keyboard | August 28, 2011 at 5:25 PM

hi perantau..hehe..salam lebaran okay, ambuii banyaknye pukal makanan..mesti Fik sayang tenggiling sangat-sangat kan..hehe..

ape pun, selamat belajar nanti..belajar rerajin okay..bnyak cabarn tuh belajar kt negara orang..jgn suka menangguh :D

Salam aidilfitri ^^,

Bulat | August 28, 2011 at 5:42 PM

memang tamak!! byk gile mknn.. pastuh baju canne plak??

thomas | August 28, 2011 at 6:16 PM

Dah sampai kampung ke?
Kampung di mana?

::ini belog saya . cinta hati saya:: | August 28, 2011 at 7:27 PM

fuyyo . banyaknye makanan hehee

selamat hari raya ye

:)

Teacher Basariah | August 29, 2011 at 6:18 AM

selamat hari raya fikri..kuih raya tak tapau balik sekali ke?(^-^)

khairul | August 29, 2011 at 9:43 AM

selamat hari raya bro !

Ieyqa Adam | August 29, 2011 at 11:58 PM

barang na bawa balik beijing sme laa. haha. samat ari raya! maap sume. jumpe d beijing. hek3 :)

Dr. Ben | August 30, 2011 at 1:44 AM

sama le kite... eid mubarak!

caliph shuriken | August 30, 2011 at 2:47 AM

first time tgk tenggiling kaler biru, hukk..

bro, selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

Queen F | August 31, 2011 at 11:01 PM

gelak-gelak aku baca entri kau bro.. perghh memang gedik bro memang gedik yang part surat khabar tuh... HAHA selamat hari raya bro! selamat hari merdeka! selamat pulang ke tanah china :D

Mish Mencari Konklusi | September 1, 2011 at 9:25 PM

selamat ari raya..(^_^)

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.