Oh! Plastik


(pengalaman beli barang kat supermarket tyme minggu pertama di Beijing)


Al-kisah.. cerita ni bermula tyme penghujung tahun 2009..
Masa tu batch kitorang dah seminggu menetap kat Beijing,
so masing-masing dah boleh familiar sikit dengan surrounding
kat negara orang masa tu..


Nak dijadikan cerita, aku dengan member lain yang duduk kat
apartment masa tu pakat nak tubuhkan team masak bujang. cewwah!


Cukup la empat orang satu kumpulan. Karang kalau meriah sangat
hiruk-pikuk satu dapur tu nanti..



So, satu petang tu member aku ajak beli barang dapur kat pasaraya
belakang universiti kitorang, Chaoshifa nama supermarket dia.


Memandangkan senarai list barang yang nak dibeli dah siap tulis,
aku pon setuju tanpa banyak runding. Malas nak tangguh hari lain.


Kalau diikutkan memang banyak la jugak barang yang kitorang nak beli
waktu tu; beras, ayam, sayur, minyak, kuali, rice cooker dan segala
alatan memasak yang bakal bertukang kat dapur nanti hahaa..


Bajet belanja dapur, kitorang empat kepala dah kawtim sorang sikit.



Sampai jer kat pasaraya Chaoshifa tu.. proses pencarian barang bermula.
Masa tu kitorang empat orang dah bahagi tugas. Minggu tu aku dengan Radi
bertugas beli barang. Yang lebih dua orang tu pandai-pandai la jadik
tukang masak nanti hahaa..


Tapi shift masak dan beli barang tu akan bergilir-gilir
la tukar setiap minggu.


Oryte.. kat dalam pasaraya tu kitorang carik benda masak yang
halal untuk dimakan. Macam daging ayam, stok halal memang ada
dijual kat sini. Istilah dalam mandarin dia, Qingzhen.


Bila dah settle carik segala kelengkapan memasak, so kitorang pon bergegas
ke kaunter pembayaran. Masa tu aku just tengok angka yang
tertera kat mesin cashier tu jer, nak tanya berapa harga jumlah
keseluruhan barang tu mana reti sangat.


Sedangkan nak sebut nombor 1 sampai 10 dalam cina pon masih tergagap,
apatah lagi nak kalau nak berinteraksi dengan orang guna mandarin.
heh! penguasaan vocab pon berapa kerat jer masa tu..



Lepas dah hulur duit bayar barang tu, baru aku perasan sesuatu.
Aikss.. takkan amoi tu tak bagi plastik kat kitorang ?!
Banyak kot barang dah beli ni..


Memandangkan penguasaan bahasa cina masih di tahap
zero knowledge, aku just guna english nak mintak plastik.
Masa aku tanya tu, amoi tu blurr je terpinga-pinga sambil
cakap 'Shenme?' 'Shenme?' (Apa? Apa?)


Oh! baru aku teringat, orang cina Beijing ni mana ada guna english
sangat nak berkomunikasi. Depa lebih utamakan bahasa ibunda mereka.
Nak taknak aku terpaksa jugak guna bahasa isyarat, sambil buat tangan
memasukkan barang kat dalam plastik, kasi dia paham yang situasi
aku sekarang ni memerlukan plastik nak bungkus barang.


Haishh.. waktu tu memang makan masa jugak la dia nak paham.
Dah macam orang OKU jer aku terkinja-kinja tangan nak
buat isyarat plastik.


"Oh, Daizi! Wo zhidao le. wo zhidao le"
(Oh! Plastik. Saya paham.. saya paham..)


Yaa! daizi! daizi! - ajuk aku buat-buat paham bahasa cina
lepas dia mengerti apa yang aku cuba sampaikan tadi. Oh, terlepas
satu azab. Member aku tersengih kerang busuk jer kat sebelah aku..



Aku ingat masalah dah settle tyme tu..
Masa dia bagi plastik tu, amoi tu ada cakap something kat aku:


" Zhege daizi, san mao.. "


Ahh, apa pulak mala'un ni cakap - bentak hati aku
bernada geram. Yang cashier tu pon satu hal. Dah taw foreigner
cam aku ni tak reti nak cakap cina, guna la bahasa isyarat.
Haishh, tak cerdik betul la.


Tanpa mempedulikan amoi tu, aku terus ambik plastik yang dia
tengah hulur kat aku. Pastu, tak semena-mena dia rampas balik plastik tu
sambil cakap:


" San mao! San mao! "


Dengan perasaan geram, aku ajak member aku berambus cepat-cepat
dari supermarket tu. Huh! kedekut - bisik hati aku sambil jinjing
barang masak tanpa berbekalkan plastik.


Waktu tu sorang satu terkedek-kedek bawak rice cooker,
barang basah sama beras yang berkilo-kilo kampit berat dia.
Masa balik apartment jalan kaki tu, hati aku dah
menyumpah seranah kat cashier tu.



Boleh pulak dia ajak member kat kaunter sebelah pakat gelak
terbahak-bahak tengok gelagat kitorang yang blur semacam tak
paham apa yang amoi tu cuba cakapkan.


Sampai jer kat apartment, aku carik senior tanya apa mende
yang dia cakap "san mao" "san mao" tu..


" Oh, semua supermarket kat sini takda bagi plastik free.
Kalau nak, bayar 3 posen kat cashier tu. Tu sistem Beijing."
- ujar senior tu kat aku sambil terangguk-angguk paham.


Semenjak peristiwa tu, dua minggu jugak la aku tak jejak kaki
kat supermarket tu. Malu punya pasal hahaa.. Tapi bila direnung balik,
pengalaman macam tu la yang buat aku mudah ingat bila nak beli barang
kat Beijing ni.. ^^

###########

p/s: Republik China dah lama buat kempen kesedaran tentang isu pencemaran plastik terhadap alam sekitar.. tapi bila Malaysia isytihar kempen 'Hari Sabtu Tanpa Plastik', ramai orang yang merungut dan komplen itu ini, walhal sehari jer dalam seminggu berbanding negara lain yang kempen tanpa plastiknya selama 365 hari..


30 KRITIKAN KAW-KAW:

Syafiq Ahadin | January 28, 2012 at 2:55 AM

comey lukisan!!!! :)

pas asasi nanti nak blajar chinese!

nadzirah sofia | January 28, 2012 at 3:49 AM

pengalaman tu..

MaryaYusof | January 28, 2012 at 7:23 AM

Salam dik,
Akak mmg teringin sangat nak pergi Beijing... Kamu brp lama lg belajar di sana?

cik miera | January 28, 2012 at 7:39 AM

haha... tula, rakyat m'sia ni cepat melatah walaupun mende yg baik.. Jepun pun relaks je kan

EnciK AxixOu | January 28, 2012 at 10:23 AM

aku pun mula sedar. bila beli barang kt 7e aq x mintk plstik dh . bkn bnyk pown beli brg kt 7e lain r supermarket . hee

Nazri Hanafiah | January 28, 2012 at 11:17 AM

malaysia lagi murah, 20 sen je...ah....

cik kiwi's | January 28, 2012 at 11:54 AM

perghhh. malu gila. lain kali bawak la kamus cik abg oi..hehehe

-Incek Fik- | January 28, 2012 at 12:05 PM


-Syafiq Ahadin-

meh la belajaq mandarin. best! ^^ mari memvariasikan pengetahuan linguistik kita.. banyak manfaat yang akan kita dapat nanti..

-Nadzirah Sofia-

Yupzz.. pengalaman yang akan mengajar dan mematangkan kita :)

-Marya Yusof-

Saya ada 3 tahun lagi kak, hehee.. mai la singgah beijing ni~!

-cik miera-

Ha'ah.. terus melulu komplain yang bukan-bukan tanpa mengkaji kepentingan dia terhadap masyarakat dan alam sejagat..

-EnciK AxixOu-

Yeah.. nanti kalau nak pi supermarket.. kita bawak beg yang mesra alam.. bawak siap-siap dari rumah.

-Nazri Hanafiah-

heheee.. kalau ikutkan, 3 posen kat sini bersamaan dengan 15 sen..

-cik kiwi's-

hahaa.. takkan la nak bawak kamus sebesar alam tu kat dalam supermarket.. tapi fik sekarang masih gak bawak kamus elektronik (henset) kat dalam poket, hehee..

Saddila | January 28, 2012 at 12:07 PM

terasa comel la pulak bawak barang banyak2. kahkahkah

Liyaa Mf | January 28, 2012 at 12:58 PM

Nak gi Beijing jugakkkkkk! :D

My SweetPea | January 28, 2012 at 1:52 PM

hehehe....pengalaman tuh...ingat senang ke nak dapat macam ni...org merantau jer dapat..:)

YOUsoF | January 28, 2012 at 2:38 PM

Ok mula² aku nak tumpang sengih dulu.. ;D


Pengalaman ni aku masukkan dalam kategori "kenangan memalukan tapi manis."

Benda dah terbiasa, dah sedap.. Ofkoz la susah nak kurangkan Fik. Bsguslah diaorang buat macam tu kan...

misyamissyou | January 28, 2012 at 3:43 PM

zhen de shi ma fan! kempen hari sabtu, selalu terlupe nak bawak beg sendiri tau, dah tu berlambak barang dlm troli, keluar supermarket cm segan2 je :P hurmm maybe sbb xbiase lg dgn kempen cm ni..patut buat weekdays kempen ni

cik bulan | January 28, 2012 at 4:35 PM

haha..dah xbiasa bwk plastik seniri..bulan pnah tggu lame gile cashier tu masukkan dalam plastik...pastu siap jeegei lagi kat cashier tu..skali kna bayaq daaa~..dahla ada beg kecik2 ja..bali brg bnyak kemain..hum..mmg haru..--'

naiemah_ramli | January 28, 2012 at 4:59 PM

hahaha..galak baca entri ni..leh bayangkan tau..lalala..sabar je lah..hihihihi

*cantik la awk lukis =)

AzwanRamli | January 28, 2012 at 5:32 PM

wow...nice one,teringat kisah gua jadik cashier kat mesia sebb asyik kene marah dgn costomer paisa plastik kene caj.haha

Nora Karim | January 28, 2012 at 5:34 PM

betul la... bukan susah pun nak bawa woven bag/recycle bag ke supermarket.. kadang kita ni beli brg tak byk pun... tapi sibuk nak plastik.... hai...

Princess Nusy | January 28, 2012 at 6:00 PM

owh..kat sane pown kne cas jgk ke..gud3.. ^^

I wong (依之汉) | January 28, 2012 at 7:20 PM

Bila baca ni aku tau dah pasal plastik ni. Heh. Sebab aku pernah terbaca pasal isu penggunaan plastik di China.

Sekarang aku yakin mandarin kau ni dah mantap mengalahkan aku ni. Heh. Tak apo. Teman kan catch up gak. :)

nifi2408 | January 28, 2012 at 8:38 PM

Dua minggu je? Kalau Nifi, memang takkan pergi dah. Hehe :P

♥ shoeshe si budak comot ♥ | January 28, 2012 at 8:43 PM

lukisan yang cumel dan sila ajar saye bahasa cina ? owh , tolonglah ? hehe ;p

Niza Romli | January 28, 2012 at 9:51 PM

biasa la klu pegi tempat org kan.. kenangan manis ni :)

eyjalukman | January 28, 2012 at 11:37 PM

it's okay . learn from experience :)

tu la kan , kita baru shari tak guna plastik,da kecoh2 . anyway , nice drawing :)

caliph shuriken | January 28, 2012 at 11:52 PM

best en3 versi komik cmni ^^

Azhafizah[フィザ] | January 28, 2012 at 11:59 PM

haha..plastik oh plastik..plastik punya pasal kacau bilau jadinya kan..takpe peringatan kalau berada di tempat lain jugak..baguslah china dah mula awal kempen ni...


p/s:lukisan makin semart dan cool ^__^.jomlah join segmen

CCICute Design | January 29, 2012 at 12:17 AM

wahahaha...adoiyaii...lawak tol..punya semangat sediakan list nak borong alih2 borong brg bw balik pakai tangan...wahahha.... elok cepuk jerk kaunter tu... ^_^ jom kita kempen kesedaran.. ^_^

*ske tgk lukisan tu...sempoii...

Pamie | January 29, 2012 at 12:27 AM

best entry..siap ada lukisan..hehe..masuk public toilet, kne 'san mao' jugak tak?

Zaki Muhammad | January 29, 2012 at 3:44 AM

Saya ada pengalaman
berhadapan dengan pelanggan yang tidak pernah sedar bahawa kerajaan Malaysia melaksanakan Hari Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik.
Bengang la jugak, hai nak kata duduk bawah tempurung tak jugak, teknologi dah moden apa! Haishhh susah2

Puan Kutu | January 29, 2012 at 9:53 AM

woo kena bayar ekk kt sana..

org malaysia dah biasa dilambakkan dengan plastik.takde kesedaran tentang alam sekitar.mula2 dulu pening gak nak bawak barang klu takde plastik.so kita shopping hari lain.haha..

Nana | February 2, 2012 at 10:25 AM

Hahaha...lawaklaa...susah kan nak adopt tempat org.

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.