Oh! Mendaki ke Great Wall


(menjelajah salah sebuah 7 keajaiban dunia)

Subuh tadi aku belek-belek kamera, bersepah gambar kat dalam memori kad. Dari simpan terperuk kat celah almari sampai berhabuk, baik aku upload sikit gambar tu.. ahh! nice jugak kan, alang-alang terus buat entry hahaa..


Kali ni aku nak citer sikit pengalaman pi Tembok Besar China bersama sepupu aku dalam dua minggu lepas. fuhh! lama punya citer. So.. hari tu dalam pukol 10 pagi, kitorang dah bergerak ke stesen kereta api yang terletak kat Xizhimen.


Harga tiket kereta api dalam 6 Yuan.



(pemandangan banjaran gunung-ganang di tepi tingkap)


Dari area Beijing bertolak ke Badaling Great Wall tu ambik masa dalam sejam setengah jugak la.. Oh! lupa nak bagitaw, kat sekitar Beijing ni ada 7 lokasi great wall yang terkenal seperti Mutianyu, Huanghuacheng, Jiankou, Gubeiko, Simatai, Jinshanling dan Badaling yang kitorang nak jejakkan kaki ke sana.


Pronounce ' Badaling ' tu macam korang sebut Pataling yea, bukan Petaling Jaya taw hehee..




Alhamdulillah..

Akhirnya berjaya jugak sepupu aku menjekakkan kaki kat great wall ni. Masa ni tiket masuk dalam lingkungan 40 Yuan (20 ringgit) seorang. Tapi sebab aku guna kad pelajar, so dapat la harga diskaun 25 Yuan satu kepala. Jimat duit poket sikit..



(aku dah macam penguin kat kutub selatan ja waakaka..)

Hari tu suhu ekstrem sedikit, dalam negatif 5 darjah Celcius. Suhu sejuk beku yang mampu buatkan hidung kau berair kepedihan. Wasap pulak berkepul-kepul keluar dari muncung mulut, nampak macam kool, tapi sejuk dia boleh buat rahang kau terherot sebelah.


Kalau nak panjat great wall tyme musim sejuk camni, jangan lupa pakai longjohn (seluar panjang nipis cam legging tu) dan sapu krim badan kat kulit agar tak kering terhidrasi dengan udara sejuk kering tu. Makna kata kulit kau sentiasa lembap la..



(lompat si katak lompat.. lompatlah tinggi-tinggi..)

Masa first year aku study kat Beijing, dalam minggu pertama tu pihak universiti dah bawak kitorang melawat great wall. Masa tu laoshi (cikgu) aku ada cakap, Confucius yang merupakan tokoh filosofi terkenal dari China ada berkata:

" 不到长城非好汉 "
(bu dao Changcheng fei hao han)

Maksud dia lebih kurang gini..

" Anda bukanlah wira selagi
tak sampai ke Tembok Besar China "


Tapi kalau disingkap dari maksud tersirat dia, konteks dia lebih cenderung kepada kata-kata berunsur nasihat yang mengatakan; kalau nak capai satu kejayaan tu mesti sanggup lepasi rintangan yang sukar.


Mana taknya, kau ingat panjat great wall tu kacang sangat macam panjat tangga eskalator kat KB Mall ker? dah la tinggi, cerun pulak tu. Kalau stamina nak bukak botol sos pon tak lepas, memang pancit la alamatnya kalau nak panjat great wall tu..




Great Wall atau pon 'Changcheng' dalam istilah mandarinnya merupakan bangunan ciptaan manusia yang paling terpanjang kat atas bumi ni, dengan rekod terkini sepanjang 8,851.8 kilometer.


Binaan great wall ni bermula dari area Shanhaiguan dengan merentasi Teluk Bohai sehingga la ke penghujung Lop Nur yang terletak di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.


Hebat tak aku terang?
hahaa.. padahal usha kat Wikipedia jer pon.




Kalau korang nak singgah kat Great Wall, datang la tyme musim panas, sebab pemandangan dia lebih cantik.. hijau mata memandang. Masa paling sesuai antara awal bulan April sehingga penghujung bulan Oktober.


haa! masa tu cuaca kira ngam-ngam la, suhu pon tak sejuk cam kitorang pi hari tu.. daun-daun pokok pon banyak dah gugur, botak jer pemandangan..




At last but not least, aku snap pemandangan gunung-ganang kat sekitar great wall ni.


Subhanallah!
Memang indah bumi ciptaanNya ni. Semoga menjadi petanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang berfikir.


Sekian saja dokumentari pada kali ni.
Wassalam.. ^^


22 KRITIKAN KAW-KAW:

zarizz | February 17, 2012 at 1:53 PM

lenguh x kaki jalan kat sini?huhu

maizatul azrina Yaakob | February 17, 2012 at 2:26 PM

wah bestnye hehe

yana-feehily | February 17, 2012 at 2:28 PM

byk info ni..trm kasih incek fik, boleh jadi panduan bila plan nk p sini ^__^ kongsi la lagi..

eszyamin | February 17, 2012 at 3:04 PM

habis tak berjalan dari hujung ke hujung? teringin sgt nk berjalan disana.

aku HaniAsyira | February 17, 2012 at 3:25 PM

naik sikit jer aritu.. tp mang cantik la

M@W@R Q@SeH | February 17, 2012 at 3:57 PM

bestnya dpt merantau ke negara luar...

Saddila | February 17, 2012 at 4:02 PM

yeay! anda sudah menjadi wira la ni :P

ChaCha | February 17, 2012 at 4:02 PM

sonoknyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

Mohd Norafzal | February 17, 2012 at 4:41 PM

aku dah check..mmg bukan super impose.kikiki :D seronok la naik Dinding Hebat :p

cik kiwi's | February 17, 2012 at 5:48 PM

orang cakap great wall ni kalau kita pi bulan pun masih boleh nampak great wall ni lagi. yeke?. :))

btw. jeles!!

I wong (依之汉) | February 17, 2012 at 7:03 PM

Teringin daki tembok besar China. Aku baca kat buku Dr. HM Tuah... macam syok je. Tak daki sampai ke penghujung?

hzndi | February 17, 2012 at 7:15 PM

im here :)

zureen | February 17, 2012 at 7:32 PM

untunglaaa...

cik Kartun | February 17, 2012 at 8:41 PM

waaa.. jeles nya...
CK tak pernah rase g negara org :(

MiSs TOrA | February 17, 2012 at 10:08 PM

bestyer la klo diberi peluang pegi ke tempat di atas tu yer..x penah merasa pegi overseas lgi ni hehe

Zakaria's daughter | February 17, 2012 at 10:34 PM

eleh eleh. nak belagak lettewwwww die ade banyak gambau dalam kamera. haha.

untunglah untunglahhh dapat p tembok besau cineeeee. diri neh dapat tengokk replikaaa jeh sudahh -,-

khairul | February 17, 2012 at 10:52 PM

bila la aku nk kesana

gnesop.com | February 17, 2012 at 11:29 PM

best2..
bila boleh sampai gak nih :)

naiemah_ramli | February 18, 2012 at 4:47 AM

waaaa...bestnya :)

^_^..

caliph shuriken | February 18, 2012 at 9:11 AM

stakat ni tgk drp jauh jaa.. blom pnah pegi sana, huh...

NAZRUL AZAT | February 18, 2012 at 7:41 PM

bile la aku nak sampai situ, huhuuuu

Rumah Kuning | February 20, 2012 at 9:29 PM

naik sikit je hari tu. sejuk + gayat. jenis buka penutup sos pun tak lepas. hehehe

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.