Oh! Kaki Pancing


(di mana ada lubuk, selagi kekili tak berhabuk, masa tu sibuk nak mancing terubuk)

Masa sekolah asrama dulu, aku cukup kemaruk dengan memancing. Asalnya saja suka-suka ikut member mengail ikan, last-last dah jadi ketagih macam dadah, huh.


Bila masuk cuti sekolah panjang, aku lepaskan gian melepak kat tepi sungai cari ketenangan alam. Batang joran aku pacakkan kat atas tanah. Dengan berumpankan hirisan buat sawit, aku tunggu mangsa me'ngaaap' mata kail.


Selalunya mancing ni memang menguji kesabaran.. kalau jenis kepala baran, pastu satu ekor ikan pon tak tersangkut, haa silap haribulan batang joran tu maw dia karate kasi patah dua. Itulah lumrah memancing, kalau pulang tangan kosong tu dah kira perkara biasa dalam rencah asam garam seorang pemancing tegar.


Saat yang paling teruja bila hujung jorang kau melendur sampai ke bawah. Bila rasa ikan tu dah meragut umpan, aku terus sentap dan pusing kekili tu sambil melayan tarikan ikan. Perghh! masa tu memang berdebar sebab risau ikan terlepas, kalau tali pancing terlalu tegang boleh putus nanti. Kena pandai ikut rentak ikan tu melawan.



(gambar hiasan : sumber google)

Kalau ada rezeki hari tu, maw la tersangkut sekor dua ikan jelawat aku pancing sampai ke atas darat. Bila bawak balik pulangan ke rumah, aku suruh puan emak siang, pastu kasi masak gulai tempoyak.


Waww! memang padu la. Walau pon ikan ni banyak tulang bercabang, tapi isi jelawat sungai ni memang sedap sehh.. segar dan manis berlemak!


Hahaa.. sekarang ni semuanya tinggal kenangan. Semenjak aku sambung belajar ke bumi asing ni, rasanya maw hampir 3 tahun aku dah tak dengar bunyi kekili pancing tu berdesing ditarik ikan.


Huh! joran yang tersadai kat rumah tu pon dah berkarat agaknya jadi besi buruk..

###########

Alhamdulillah..

Kini semangat kaki pancing tu kembali membara. Tak sangka hampir dua tahun setengah belajar kat Beijing ni, ada geng sekepala rupanya, budak sekelas pulak tu.


Heh! Ibarat buku bertemu ruas, kitorang plan nak mancing bersama. Teringin jugak pengalaman mengail ikan kat lubuk orang ni.. ye dak?




Alhamdulillah.. setelah survey beberapa tempat, minggu lepas kitorang bertiga cari port sungai kat kawasan Shangzhuang Shuiku (上庄水库).


Lokasi ni boleh tahan jauh la. Kalau naik bas dari area universiti aku, dalam sejam setengah tu sampai la, itu pon kena tukar bas dua kali. Maklom la.. kawasan pedalaman kampung.


Suhu masa tu boleh tahan sejuk jugak la.. sebahagian sungai kat sini ada yang masih membeku ais.




Kitorang sebenarnya datang usha tempat memancing jer. Batang joran satu hapah pon tak beli lagi hehee.. Saja nak tengok macam mana gaya orang cina sini memancing.


Sambil jenjalan kat sepanjang tepi sungai tu, kitorang ada bertemu sifu-sifu mancing yang tak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.




Pakcik ni ada la bagitaw umpan apa yang sesuai dipakai, jenis dedak, sukatan campuran air dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan mancing-mancing ni. Ishh.. takkan la pakcik ni nak ajar kitorang camna nak buat kek bulan pulak, ngee..


Oh ya! Pakcik ni ada bilang, kalau nak best mancing la tyme musim panas. Masa tu memang berduyun orang datang memancing, siap datang berkhemah dua tiga malam.




Ni antara hasil tangkapan ikan pemancing kat sini. Sorry la gambar tak berapa jelas sangat, sebab air sungai dia keruh. Tapi ikan kat sini rata-rata takda la besar sangat. Kalau setakat nak lepas gian memancing tu boleh la hehee..


InsyaAllah kalau sampai masa yang sesuai nanti, kitorang cadang nak ber-camping semalam kat sana. Dapat ikan ke tak belakang kira, janji dapat suasana memancing tu pon dah kira bersyukur dah :)




Sebelum balik tu, kitorang ada terserempak sorang amoi ni bawak anjing dia jenjalan. MasyaAllah, punya la gedabak saiz anjing tu. Member aku sempat berseloroh:


" Uihss! ni anjing ke raksasa? Kalau kena kejar memang
rabak le punggung aku "


Hahaa.. kitorang berdua just gelak sopan, karang dibantainya tali anjing tu betul-betul terlepas, tak pasal-pasal ada yang terjun dalam sungai nanti.



p/s: eh, result SPM dah keluar yea hari ni? Aku doakan semoga korang mendapat keputusan yang cemerlang dan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu demi berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. ^^


23 KRITIKAN KAW-KAW:

M@W@R Q@SeH | March 21, 2012 at 5:41 PM

wahhh bestnya memancing...sy leh tgk je x pndai pn...
klu sy tgk anjing tu pn takut...besar ya amat...hehehe leh melawak lg kwn tu ye...
ape pn take care :)

budak kacamata | March 21, 2012 at 7:16 PM

oo..kaki pancing rupenyer incek fik nie..
untunglaa..saya xpernh mancing pon..
tringin gk nak mancing sambil overnite kat lubuk mancing..tp bese org laki jer minat mancing ye dak...?huhu

Cik tikah | March 21, 2012 at 11:00 PM

wah.. cik tikah tak reti nak memancing.

aku HaniAsyira | March 21, 2012 at 11:24 PM

mancing tepi tapkpela.. tapi mancing atas bot tengah laut boleh buat mabuk.. hahaha

Anonymous | March 22, 2012 at 12:52 AM

huhuhu. kaki mancing kat mane pun jadi kan...!

anyway, enjooy~!

AzwanRamli | March 22, 2012 at 5:53 AM

Fuh...mmg ohsem giler.Erm...teringin nk ke China.haha

syira | March 22, 2012 at 8:20 AM

hoish! tak cukup tanah nak lari klu kena kejar dgn anjing besar cam tu

Unknown | March 22, 2012 at 10:56 AM

besaqnya anjin tu !

CikTeddyCorner | March 22, 2012 at 4:05 PM

part anjing tu plng menarik!gilak besaq!

Nana | March 22, 2012 at 5:39 PM

untunglaa..kat negara orang pun boleh memancing..tp feel dia msti x sama mcm kat mlysia kan..

Liyaa Mf | March 22, 2012 at 6:10 PM

Wahh! Pengalaman menarek tuu dapat memancing kat negara orang. Bukan salu boleh rasa kan?

Uish? Gedabak gilaa seh anjing tu! Serius laa memang nak tertanya tu anjing ke raksasa. Haha. & yang bawak tu amoi ke tu? Nampak cam laki jek. Hehe.

D | March 22, 2012 at 9:36 PM

kenapa eh salu gituu.
memancing buleh wt org ketagihh,
ahh,
tensen pk jwpn .

Zehan Ilyana | March 23, 2012 at 12:05 AM

wah..
saya tak pernah memancing..tapi teringin sgt nak memancing huhuhu

caliph shuriken | March 23, 2012 at 1:52 AM

besaq laa anjing tu, huh...

Puan Kutu | March 24, 2012 at 1:00 AM

hahaha gelak jer bila tgok anjing raksasa tu..kaki pancing rupanya.dulu2 ada gak laikut mebe2 pegi mancing.klu dpt ikan mmg gian.tp klu jenis tak sabar macam sy nie baik carik hobi lain.haha..

Anonymous | March 25, 2012 at 12:23 AM

chemay dulu masa kecik2 selalu ekot abah pergi memancing.
bila dah bsar ni.
dah jauh dari abah.
tak dapat dah nak ekot.
sedihhhh
:'(

tirahzairi | March 25, 2012 at 10:08 PM

bila nak bawak tirah memancing? hehhee

kindergartenlibrary | March 26, 2012 at 8:56 PM

selalu nelly tengok jelajah joran ! hahahaha
:p

best ke memancing ??
-.-'

chesakinah | March 26, 2012 at 11:36 PM

orang yang suka memancing ni selalunya jenis yang penyabar. :)

huyoo. anjing tu mesti harga dia beribu tu.. besar dan berbulu tebal!

Unknown | April 4, 2012 at 1:14 PM

As salam Fik,

Skrg nak masuk spring kan kat sana? Tak lama lg musim bunga... lpas tu summer, bolehlah memancing! Bila cerita ikan jelawat msk tempoyak tu akak rs terliur lak...hik3... Kat sini lg besar punya anjing pun ade tau... serigala pun org bela...hu3 ;)

iAmCekbolat | April 4, 2012 at 3:53 PM

kaki pancing !pancing la awek sekali XD

rabak pungguung ? aww seksi.. kbai

Azhafizah MN | April 11, 2012 at 2:13 AM

seronok memancing kan..dulu kecik kecik suka ikut abg g mancing.dah beso xde dah..teringin gak sebenarnya..hihi..tapi mesti rasa lain suasana di sana n di malaysia kan.takpelah..yang penting mood memancing tu..

seyes anjing tu beso gile.confirm kene pecut habis kalau dikejar ni

Tulus Sweet | April 19, 2012 at 12:37 AM

next time tak ajak aku siapla kau

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.