Oh! Xi'an Trip - Da QingZhensi


(salam Jumaat buat penghuni bumi sekalian :)

Aku bila dah lama tak apdet blog mesti ada satu sindrom "taktaw nak buat intro celah mana".


haa! tang sini pon dah lima minit aku jenuh nak pikir, macam jenuh memikior sama ada kau nak beli pisang goreng atau pon air kelapa pandan di waktu tengah hari yang panas terik, serta kau dilema sama ada nak memuaskan tekak yang kehausan atau pon perut yang keroncong kelaparan walhal dalam poket seluar kau tinggal dua keping lima posen jer... ceh!


Ok.. taknak bebel banyak, aku tulis jer apa yang terlintas kat dalam hati ni.




Baiklah, minggu lepas pihak universiti ada bawak student Malaysia jenjalan ke Xi'an. Khamis petang tu kitorang dah bergerak naik keretapi. Perjalanan boleh tahan jauh jugak la, hampir 16 jam dari stesen keretapi Beijing. Awal pagi Jumaat tu baru la kitorang sampai kat sana.


Mujurlah dapat gerabak yang ada katil. Kalau dapat gerabak yang jenis kerusi duduk tu maw kejang punggung aku nanti.


Oryte.. sesampainya di sana, kitorang dibawak tourist guide ke muzium Terracotta Army atau dalam bahasa cinanya BingMaYong (兵马俑). Tempat ni la yang menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat kat Xi'an ni.




Ada kisah unik disebalik Terracotta Army tu.. tapi aku akan citer kat dalam next entry nanti. saja buat suspen-suspen gitu, boleh? hahaa.. gedik.


Ok. Kali ni aku nak citer lawatan kitorang ke salah satu destinasi yang wajib dikunjungi kat Xian ni - Masjid Agung Xi'an (大清真寺 - Da Qingzhensi)




Masjid ni dibina pada tahun 742 Masihi dalam pemerintahan empayar Dinasti Tang. Kalau ikutkan dari fakta sejarah, masjid ni merupakan binaan masjid yang pertama dan tertua di China.


Kalau hangpa ambik kalkulator dan congak sekejap, usia masjid ni dah mencecah 1270 tahun. wow! satu angka yang beribu-riban nombornya.


Alhamdulillah.. petang Jumaat tu sempat la kitorang menunaikan solat Jama' & Qasar di sana. Penduduk muslim di sana sangat peramah melayan kedatangan kitorang. Deporang siap boleh teka "Malaixiya, shi ma? (dari Malaysia, bukan?)" memandangkan ramai orang kita yang datang melancong sana pada setiap saban tahun.




Hasil senibina dalam masjid tu tersangat la halus dan kreatif. Setiap penjuru dinding kayu dalam masjid tu terpampang indah dengan ukiran seni khat ayat suci Al-Quran. Difahamkan seluruh ayat Al-Quran termasuk terjemahan dalam bahasa cina dipahat khas oleh tukang kayu yang berkemahiran tinggi.




Gambar ni aku snap kat bahagian mimbar tok imam. Memang jelas kelihatan warna serta corak kayu pada dinding tersebut menggambarkan betapa lama dan utuhnya binaan masjid yang tersergam indah sampai ke hari ni yang kaya dengan unsur budaya cina.




At last but not least, salah satu gerbang yang terdapat di pintu masuk masjid dengan tertera ukiran kalimah tauhid 'Laa ilahi illa Allah, Muhammadur Rasulullah' cukup membuktikan sinar hidayah itu terdapat di mana-mana setiap pelusuk bumi.


Benar bak kata pepatah:


" Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung ^^ "


InsyaAllah, ada kelapangan aku sambung lagi kisah merantau di bumi Xi'an ni. Wassalam..


19 KRITIKAN KAW-KAW:

aku HaniAsyira | April 20, 2012 at 7:09 PM

waduh2... nak g gak sana..

cik panadol | April 20, 2012 at 7:24 PM

subhanallah...cantinye tempat2 kt situ...untung la dapat p sana.... :)

Azhafizah[フィザ] | April 20, 2012 at 9:30 PM

seni ukiran khat tu sangat indah.kawasan mimbar tok imam tu nampak sangat cantik walaupun lama.bertuah dapat pg sana.

Rain | April 20, 2012 at 9:45 PM

tersentuh sangat rasa dengan entri kali ni.

mungkin dengan sejarah penyebaran Islam yang meluas serata negara hingga ke China. harap & doa sangat Islam tetap disanjung dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam. bukan berbangga pada nama semata-mata.

Zakaria's daughter | April 20, 2012 at 10:31 PM

dalam poket ade 2 keping 5posennn.
beli air kelapa pas tuh mtk la free gift goreng pisanggg. ;p

huntung lahhh ade lawatannn sambil belajauuu mcm budak2 sekolahhh.
tak macam yang menganggur nehh.
adoii

khairul | April 20, 2012 at 11:17 PM

sungguh unik mesjid depa

Liyaa Mf | April 20, 2012 at 11:31 PM

Eh ehh, sory la kalau nak tanya soalan tak bape pandai ni. Kat situ ramai muslim ke? That means masjid tu memang digunakan la? Cantek gila seh!

CekbOlat-bOlat | April 21, 2012 at 10:12 AM

cntiknya ukiran msjid tuh.. boleh solat ke dlm tu? or sesaje buek muzium? XD

NAL | April 21, 2012 at 1:00 PM

wah..unik betul masjid tu..

si kiut lavender | April 21, 2012 at 4:51 PM

oh great

hati meronta nak jejak ke tempat indah
dan meneliti senibina yang halus tuh

Puan Kutu | April 21, 2012 at 5:10 PM

mmg cantik semua ukiran disana.bangga juga sbb org sana boleh kenal org malaysia..org malaysia mmg suka melancong ke jepun kan?hehe..

sy tggu next entry ok.gedik!haha..

TiraPengemis | April 21, 2012 at 6:12 PM

hen piaoliang....ngeh2...untungla~

rafillet-o-fish | April 21, 2012 at 6:57 PM

klau ko jd tourist guide ak pg xi'an ni bape upah nye? keh3

caliph shuriken | April 22, 2012 at 3:46 AM

lawa laa seni khat tu ^^

Nisa | April 22, 2012 at 5:53 AM

Waktu di Beijing, hanya sempat singgah di dua masjid. I thought there were more?

-Incek Fik- | April 22, 2012 at 8:46 AM



- Liyaa Mf & CekbOlat-bOlat -
Kat xi'an tu memang ramai penduduk muslim yang menetap kat sana, dan sudah semestinya masjid tu di'imarahkan setiap hari.. Alhamdulillah, masjid tersebut bukan sahaja dijadikan sebagai tempat untuk bersolat, malah digunakan juga untuk tujuan dakwah dan pusat pengajian ilmu ^^


- rafillet-o-fish -
nanti mai la datang sini, kalau brader belanja naik flight tak payah la nak upah itu ini heheee.. gurau jer, nanti nak datang inform la, kalau saya free saya boleh bawakkan :)


- Nisa -
oh! dah datang beijing ekk dulu. mesti Cik Nisa pi masjid Niujie kan.. masjid kat Beijing boleh kira banyak, dalam lingkungan 78 bijik kalau tak silap saya.. :)

Nelly The Strange | April 22, 2012 at 10:49 AM

wah . bestnya .. lawa pic !
:)

ellynadyra | May 7, 2012 at 11:52 PM

Cantik pic!

ctk | May 27, 2012 at 2:27 AM

lame gler masjid tu...ttp kukuh :)

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.