(i'm sketching back!)
Sebagai anak sulung di dalam carta adik-beradik, sememangnya tugas membeli barang dapur tergalas kat bahu aku. Masa kekecik dulu, kalau tengah sedap layan kartun tyme hujung minggu, mesti jer puan emak panggil aku suruh beli sesuatu.
" Fikri~!! "
" sini jap. tolong mak beli kelapa parut kat kedai Karim.. "
Haa! Dengar tak? Waktu-waktu macam tu la mengganggu konsentrasi aku menghadap tv. Hmm.. tapi bila direnung balik nasihat ustaz, tak baik melawan cakap ibu. Karang dicop sebagai anak derhaka, habis kena sumpah jadi batu lesung..
kau nak?
Baiklah. Satu hari tu.. mak aku panggil dari celah dapur. Seperti sedia maklum, aku gigih melawan nafsu kartun yang bergelora sambil mengangkat punggung dan bergegas ke puan emak.
Sambil mengelap tangan yang basah kat kain batik, mak aku capai beg dompet yang terletak di atas peti ais lantas menghulurkan dua keping syiling kat tangan aku.
Nah! amek 70 sen ni..
Pergi kedai runcit kat hujung perumahan tu, belikan mak serbuk kari ikan sepaket ye. Hari ni mak nak masak kari ikan jenahak. Harga dia lima puluh sen jer. Lebih doploh sen tu amek buat upah beli cekedis -ujar mak aku.
Ok. ok.. -balas aku sambil mengangguk kepala.
Oh! Lagi satu.. serbuk kari tu beli jenama Adabi. Ingat tu.. Adabi tau! jangan beli cap lain pulak -tambah puan emak mengingatkan aku.
Yea la yea laa.. Fikri paham tu.
Dengan muka terpaksanya gara-gara ketinggalan kartun yang best, aku capai basikal sambil mengayuh laju ke kedai runcit dengan nawaitu yang tak berapa nak ikhlas.
Dalam perjalanan yang tak sampai 5 minit tu, sempat la jugak aku menyanyi lagu Adabi yang selalu keluar kat iklan tv tu:
Adabi.. melazatkan.
Adabi.. menyelerakan.
mengandungi pelbagai rempah..
melazatkan kari dan kuah..
taadadaa..
Adaaabiiii~~~
Hahaa..
Memang senang nak ingat lagu tu sebab hari-hari dok keluar iklan dia kat tv. Aku nyanyi pon bukan sebab apa, risau terlupa.. karang terbeli jenama Alagappas, tak mengamuk mak aku nanti?
Sampai jer kat kedai tu, aku beli seperti yang disuruh. Sambil selongkar serbuk rempah kat dalam bekas plastik, mata aku melilau carik jenama Adabi. Yeahh! jumpa pon.
Sambil menarik nafas lega, aku joli duit upah tu beli cekedis. Hahaa.. dah puan emak bagi, enjoy je la kan.
Settle beli, aku terus jer balik rumah. Sampai kat dapur, aku tengok mak tengah khusyuk siang sisik ikan sambil layan lagu Siti Nurhaliza kat corong radio.
" Mak! Orang dah beli, nak letak kat mana ni? "
" Letak jer kat atas meja tu. "
-balas mak aku ringkas sambil ucap terima kasih.
Sambil mencampak paket Adabi tu, aku berlari laju kat depan tv sambung citer kartun tadi. Cis! terpaksa aku tanya kat adek aku yang sedap terbaring depan tv, kot-kot ada babak penting yang aku terlepas tengok..
Dalam dua tiga minit lepas tu, tiba-tiba mak aku menjerit nama aku sampai bergema satu ruang dapur rumah tu dengan frekuensi yang boleh membingitkan telinga.
" Fikriiiiiii~!!!! "
Haishh.. aku rasa tak sedap badan pulak. Apa kes pulak ni fikir hati aku sambil melangkah perlahan ke ruangan dapur dengan muka tak bersalah.
" Haa! Kenapa mak? Fikri silap beli ker? "
" Tadi mak suruh beli apa? "
" Hmm.. mak suruh beli serbuk kari cap Adabi kan? Betul la orang beli tu.. bukannya cap lain kan? kan? "
" Ishh budak ni.. cuba kau baca betul-betul apa dia tulis kat paket tu. " -bebel mak aku sambil pampang bungkusan plastik tu kat depan mata aku.
" Ser buk kur ma cap A da bi " sebut aku sebijik-bijik dengan gaya mengeja sambil mencari kesilapan.
" E'ehh! "
" Camna leh jadi serbuk Kurma pulak ni " -ujar aku sambil tersengih kerang busuk kat puan emak.
###########
Malam tu tak semena-mena aku kena siapkan soalan darab kat buku latihan matematik tahun 3 sebanyak lima mukasurat. Tak cukup dengan penderitaan tersebut, mak aku denda suruh hafal sifir tujuh dengan sifir lapan malam tu jugak.
Huwaaaaa!!
32 KRITIKAN KAW-KAW:
hehe. comel punye denda =p
hehehe...aku pon selalu gak silap beli brg, klu x silap pon msti lupa brg apa yg harus dibeli..kdg dh sampai tgh jln patah balik tnye puan ibu, masatu mmg kena bebel habis la sbb memula td angguk cm faham je apa yg perlu dibeli..sampai ke tua ni pon kdg2 masih lg mcm tu..hehehe
Aik apa pasal kes kita lebih kurang sama? Pengalaman aku membeli barang masa kecik pun gitu tapi bukan kari. Aku tersilap beli tepung jagung walhal emaknya nak tepung gandum. Hahah. Kena patah balik tukar tepung tu. Heh.
Kisah budak2 kampung katakan~
waa..best laa..salah beli kne denda..tp denda yg bermanfaat...bgus mak fikri
haha..kesian gilaa..nasib tak jadi anak sulung =.='
paling takut kalau tersalah beli barang. confirm kena jerit ! haha xD
Haha. Bleh tahan sengal jugak si Fikri tuu. Eh, Fikri tu engkau ke? Hahaha
maka ikan tu msk kurma ke?ehehe..klu tak kena denda lmbt lg br hafal sifir 7 dan 8 kan?ada hikmah disebaliknya.
adabi melazatkan
adabi menyelerakan
mengandungi ....lalala
hahahha bagus cerita ini...saya suka....hehehhee
eh....! apa jadi ngan serbuk kurma tu...?
kena denda mcm budak kecik..kuang3
ngehhh.
so sweettt tengokk cte katunn!!
nyanyi dah menunjukkan level confident yang sangat tinggi dah belii adabi.
tapi tapi sadisnye lain plak yang dibeli.
gelojoh amek cikedisss lettewww.
wehuu. math dajah 3 je punggg.
sifir 7 dan lapan.
oh heaven.
sejujurnya dulu ,
form 2 pung tak afal sifi lapan.
lalalaala.
hehe...kiut je cite nih..fik lukis ke kartun tue?
Terima kasih sahabat atas berbagi ceritanya ini.
Gambar animasinya bagus juga sahabat
Salam Persahabatan dari Indonesia
hahaha..inilah padah tak dengar betul betul cakap mak..kan dah pesan..lain kali tulis..hehehe ^_^
hahaha..mujur tak kena beli barang sangt..hehehe
haha..sama pengalaman ngan aku.. ni hati masih dgn kartun yg miss td tu
bestnya pegi kedai masa kecik2. saya tak merasa la sebab kedai dlm umah sendiri..hihi. tapi malas nk jaga sebab penangan tv la. kedai bukak, org jaga takda. pelanggan dtg bg salam, pakat dok lawan tolak hang aku. selalunya adik la jd mangsa..hahah
hikhik pernah jugak ada pengalaman macam nih :p
btw , cute la pic kartun tu . Lukis sendiri ek ? Nice2 ~
hehee dh dok pkir citer kartun tu je tulisan KURMA pn nmpk cam KARI je...
astagaaa.. comelnyaaaaaaaa!
seb baik sy ada abang. kalo x mmg kena suruh cmni gak la jwb nya huhu
sangat comel.. ^_^
asl yg naik bsikal tu xpkai bju ngn seluar? hmpeh lu.. harharhar..
matematik lam bhsa arab? nnt nk try kt bkal ank2.. heheh
hhahaha comel je kene marah.. hahaha... bagus la kene denda hafal sifir bagai... xD
hahaha
nih mesti kes nak cepat gara2 nak tengok kartun
hahahaha
kahkahkah dila pun selalu salah beli antara serbuk kurma dgn kari. chehh. kena pergi balik. sadis sungguh!
dendaaa yang awesome.
padan mukaa,
hahaha
sk alagu adabi tuh. siap hafal dulu ! ^^
Hahahahha
Hehehehehehehehehe.. (gelak panjang kejap) ;D
Kalau aku tunggu iklan lepas tu cepat² tanya mak aku nak beli apa.. Mujur kedai runcit tak jauh.. Tersilap beli tu pernah jugak kot.
Berkat denda bermanfaat macam tu sekarang kau dapat belajar kat negara orang.. ;)
hehe ada persamaan...tambah sket dengki ngan adik beradik pun ada
hahaha...kari = kurma..tertuka...hikhikhik....
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.