(teringat kat arwah kucing hitam aku yang tempang kakinya dulu, tak cerewet dalam bab makanan; kuih lapis, bengkang pandan dengan durian pon beliau cekik.. serius ni)
Seperti pagi hening yang biasa, aku keluar jenjalan kat luar asrama sambil menikmati pemandangan alam yang segar. Sambil menguis beberapa kuntum taik mata yang tumbuh mekar, aku capai kamera yang tersimpan kemas di dalam beg.
Subjek tangkapan bebas. Saja nak ngetest kamera baru, so apa yang ada kat depan mata aku snap. Basikal tua, pelepah pokok, serombong asap dan sport-rim kereta menjadi model close-up aku pada hari tu.
Tetiba perhatian aku tertumpu kat seekor kucing gebu yang sedap berguling-guling kat atas rumput sambil buat aksi menggoda. ahh! kalau nak mintak posing tangkap gambar pon tak perlu la nak carik publisiti murahan sambil terlentang dada dan xxxx
- bentak hati aku bermonolog.
Namun.. apa yang menarik perhatian aku ialah bila si kucing ni gigih mengunyah rumput. E'ehh! kucing kat Malaysia pon camtu jugak fe'el dia. Sandiwara apakah?
Tak semena-mena timbul perasaan curious kat situ. Ape pasal kucing yang tergolong dalam haiwan karnivor ni makan rumput yea? Awat dalam kelas biologi dulu Cikgu Mahiran tak terang kat aku? Ewah ewahh, salahkan sistem pendidikan sekolah pulak.
Nak tanya kat kucing, karang susah pulak nak guna google translator.
Hmm.. nak tak nak terpaksa jugak aku research kat internet. Dalam beberapa minit, aku jumpa beberapa fakta yang berguna untuk dikongsi bersama.
Jadi, dari apa yang aku faham, kucing ni merupakan haiwan yang suka menjilat bulu untuk menjaga kebersihan badan dia. Lantaran tu, banyak bulu mati atau pon yang dah gugur melekat kat lidah kucing tu disebabkan permukaan lidahnya yang kasar.
Untuk mengelakkan bulu-bulu tersebut masuk ke dalam perut kucing, makhluk comel ni akan makan rumput untuk merangsang mereka memuntahkan benda yang tak dapat dihadam dalam sistem pencernaan mereka.
Sebab tu kalau kita tengok kucing kunyah rumput, dia akan muntahkan balik rumput tu bersama gumpalan bulu yang melekat bersama air liur kucing tu..
hehee.. nampak comel pulak kalau kucing ni makan rumput kan? :)
So, kalau ada antara korang yang bela kucing.. meh la share sikit pengalaman kalau ada terserempak dengan situasi macam tu. Kalau korang ada info lain yang merungkai misteri kenapa kucing makan rumput, boleh la komen kat bawah ni. Sharing is caring, right?
33 KRITIKAN KAW-KAW:
aah. betul selalu nampak kucing muntah. sebelum tu perut dia akan bergelojak. kemudian. dia pun muntah rumput...lps tu lega. lpstu blah cmtu je. hahahah
erkk..emm..comel kucing tu...heeee
*sebenarnya..kucing takot kat naiemah...jadi naiemah tak bela kucing..hihi
Aku bukan peminat tegar kuceng. Tapi kuceng first tu comel la! Itu pic kau tangkap betul or dari google? Hehe. Btw, nice info pasal kuceng makan rumput. Ohh, begitu ya? :)
ohhh mcm tu...biasa bmpk kucing mkn dedaun cuma x tau knapa dia mkn rmput...skg dah tau :)
baru ku tahu knp kucing aku dulu2 suke mkn rumput..
puas jentik2 telinga die.. degil gak nk mkn rumput huhuhu
yg sy tau mmg kucing makan rumput wt ubat, tapi x sangka plak utk muntah kuar bahan yg x dpt dihadam, huh...
ehem, untung lah kamera baru. hihi.
okay, sekarang baru tau ade kucing yang makan rumput. spesis lembut siket kot. ;)
Memang kucing akan makan rumput kalau sakit pun~~~ :)
meaw makan rumput??seriously baru tawu nie... pandai meaw zaman skrg ni nak jadi vegetarian yeeee :D
errrkkk!
kejap2 nak test kamera baruuu.. apakah?
haha. aksi menggoda nak cari partner untuk mengawann le pacikk .
lambat pick up.
lalalaaa.
penah dengar.. tapi xbpe tahu sgt pun
pernah nampak. tapi kan, kucing dila dia jilat2 pasir. pelik. sampai basah pasir tu. kenapa ye -_-
kucing yang lapar tu ~
-.-
kucing fiza tak makan rumput..tapi dalam masa tertentu dia akan muntah jugak[makanan+bulu2].
nice info. fyna ada gak usha-usha kucen fyna makan rumput. bila fyna pandang daring kat dia time dia makan rumput, dia buat dek je. dia tak tahu ke tuan dia tengah heran awat dia makan rumput. but, tadaaaaa.. it's that the fact. hehe. takpe2.pasni fyna g tebas rumput2 yang dia selalu makan tue. awat tak cakap awal2 kat tuan dia kan. hurm.
p/s : komen ke entri fyna taip nih?
Waa.. pasni kena berebut ngn lembu la kalo nk mkn rumput. Haha :D
hohooo..baru terungkai juga segala ke'curios'an diri ini...~ hahaha
salu nampak...pas dorang mkn ..muntah..
geram lak nengok kadang sbb dh thu rumput tu bkn mknan dey all.. nk ugak..ape ke hey nye laa... ahah
terbebel lak aku kat sini~peace!
kucing makan rumput selepas beranak jugak tau. Yang ni aku tak tau kenapa.
kucing kat umah my mom makan hanya makanan yang rebus ajer.....ngegada
Nice cat... I really like cats.
kunyah je ke makan sekali hihi
sorilah sy x bela kucing..tp thanks for sharing..ni baru saya tau..hehehehe..nice info... :)
apasal nama blog hampir pupus..huhu?
kamera baru..kamera apa tu?hehe
byk komen lak..sori2 > . <
-Nurul Aisyah-
tu trademark jer.. memang hampir pupus sebab kengkadang fik ni malas nak update entry hehee.. pakai kamera canon 60D jer.. baru nak berjinak-jinak :)
takde ape yg nak dirungkaikan pasal kucing makan rumput ni. sbb aku sendiri pun tak bela kucing. kalau pasal rebit boleh la aku tolong sikit2. hehe
hahhaa...ye ke? update lah slalu..tp sy pun x tau nak tulis apa..hahaha..
bestlah ada kamera...kite xde pun..
baru tau ni..dulu arwah tok kata, kucing kalau sakit, dia pandai cari ubat sendiri, sebab tu dia makan rumput. kononnya ubat la tu..heh
ooooo,....baru tau...patut pun pah makan rumput dia muntah...
Koding Berkata:
Untunglah tuan dia...
Tak pyh beli ikan...
oo aku ingat depa mkn buat ubat
tok aku plak penah cakap ada sejenis rumput yg kucing suka makan tu sebagai ubat...julap kot...hehe
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.