(petang-petang camni memang best kalau pekena ubi rebus sepiring)
Kalau ikutkan sekarang ni dah nak masuk musim bunga, tapi tak semena-mena pagi tadi turun salji yang agak lebat. Memang pelik sikit la sebab musim winter lepas salji turun dalam tiga empat lima kali jer.. itu pon nipis-nipis jer.
Dapat hari ni.. tu dia, punya la lebat. Tu la kuasa Allah. Kalau dah takdir nak turun salji walau pon suhu sebelum tu kau rasa cam panas, memang akan turunlah jikalau Allah berkata "Kun Fayakun"
Jadilah! Maka jadilah ia!
Lepas solat subuh tadi, aku ajak member keluar jenjalan kat sekitar universiti. Walau pon dah main salji banyak kali, tapi aku tetap teruja nak main emping putih ni hehee..
Dengan berbekalkan kamera sebijik sorang, kitorang meredah kesejukan pagi menangkap gambar. Dalam pukul 6.40 pagi tu kitorang dah keluar dari asrama. Punya la semangat nak rasmi pijak salji.
Suhu pagi tadi tak la sesejuk mana, dalam sekitar 2 ke 3 darjah celcius. Aku agak salji yang turun hari ni tak lama membeku. Sangkaan aku tepat, dalam pukul sepuluh pagi tu ais dah start mencair. Tyme aku taip entry waktu petang ni, salji banyak dah tersejat.
Fuhh! nasib baik la sempat hehee..
Lokasi tak ada la jauh sangat, just taman bunga kat belakang asrama kitorang jer. Kebiasannya kalau salji ni turun lebat, pakcik-pakcik tukang bersih dah kasi sodok salji awal pagi. Senang kereta nak lalu nanti.
Hahaa.. masa ni aku gedik tangkap gambar sensorang. Bila dengar budak Malaysia dah meriah main perang salji, aku pon gedik nak join sekaki.
Aku punya kasut tu dah kotor basah dok terpijak lecak ais.
Lepas penat berjimba dengan salji, kitorang tangkap gambar beramai-ramai.
Memandangkan ada seorang senior yang bakal menamatkan pengajian dia kat Beijing ni, so aku rasa saat ni mungkin paling bermakna buat beliau sebab ni mungkin pengalaman terakhir beliau bermain salji.
Walau apa pon, aku doakan yang terbaik buat saudara Harith untuk menjadi tenaga pengajar cina di Malaysia nanti, InsyaAllah!
:)
25 KRITIKAN KAW-KAW:
wah..bestnye dapat main salji..cantik~ :)
cantiknye pemandangan..mesti best kan duk sana
wah, bestnya berjimba dgn salji....
Fuh,jeles giler aku.haha.Walapom aku major dalam bahasa cina tapi xdela sampai belaja kat beijing.Setakat kat uni tempatan.Tapi aku ttp syukur.Laoshi aku asyik citer pasal Hangzou,dia kate di langit ada syurga dan didunia juga ada syurga iaitu Hangzou.Fuh,x boleh bayang canteknya Hangzou.hehe.
wah2.. putihnya salji.. bila nak merasa main ni..
wah,syoknyer!
ble sy pulak dpt rase ni!
kah kah. teringat gambar salji ko yg dulu2 posing dkt kereta org. lol!
untunglah reti guna dslr. Putih suci betei salji2 tuh.
(prepaid telco je nak caj 6% tu. huh!)
cuaca sekarang macam ade krisis identiti je.. ;)
untung laa...~
seronoknya!!! tak pernah main salji..bila la ssaya dapat merasa main salji ekkk..
wah, bestnya dapat main emping putih..
subhanallah, cantiknya!
BESTnye !!!
tak berapa sejuk 2 3 celcius? O_O okay..dah biasa kot..cantik gmbar tu..huhuu
wuyoooo! tak sangka dpt tengok incik fiq XD
eh? balajar kat Beijing rupenye.. wahhh,untunglahh.. main saljii,kite kat sini main lumpur jer =..=
menggigil aku
apsal semakin tembam??
*wait for me next winter..boleh??
bestny dpt rse musim salji sumeny...jaoh perjalanan,mst luas pmndangan kan :)
subhanallah....cntik sungguh...
Ceit! Aku baru je balik dari Beijing tak sempat tengok snow ituuuuu!! Ada sedikit jelly tapi sejuk two days before pun aku dah sangat miserable...
Nice pics incek Fik!
ops baru nakpuji rajinnya keluar memijak salji seawal pagi rupanya klu lbt tadi tak sempatlah.hehe..
mmg best dpt merasa main salji.kiteorg nie entah bila..:)
Semoga dapat menikmati saat-saat akhir di negara orang. Jangan lupakan anak bangsa di Malaysia yea. Heh.
As salam Fik,
Akak selalu berangan nak main & baring2 atas salji pastu nak buat ABC guna salji...hehehe... Boleh ke? Ke kotor mcm air hujan gak... ;P Untung dpt main salji, bilalah Peru ni nak ade salji nih...
Cuaca dunia tak menentu pun sb salji turun xikut waktu... agaknya lah (,")V
ohsemmmmmmmm ;0
teringinnnnn teringinnnn nak g tempat bersaljii.
huwaaa T___T
seronoknya main salji.bertuah dapat rasa suasana macam ni.
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.