(mulut bisu jari menaip menjadi saksi bila gambar & keyboard bercerita)
Pagi-pagi dingin camni kalau dapat secawan kopi panas memang ada umphh.. kasi bancuh pekat-pekat dan panas, perghh! apatah lagi kalau pekena cucur ikan bilis bolat-bolat, rangup di luar lembut di dalam. e'eh! tetibe mengidam.
Barangkali teringat lagu kat iklan cucur adabi kat tv tu:
♫♪ Kami dah pulang emak buat cucur..
mudah saja tambah air..
adun sebati goreng dan sedia..
tepung cucur Adabi rasanya..
Kami nak lagi, boleh tak cepat?
BOLEEHHH~!! ♪♫♫
dah dah, kalau dilayan sangat homesick ni memang angau jadinya. abaikan.
Baiklah.. hari ni aku nak sambung entry pasal trip ke Xi'an. Lokasi kali ni boleh dikatakan meriah setiap pagi dan malam dengan kunjungan orang ramai, tempat dia berdekatan jer dengan kawasan masjid yang aku citer pada entry lepas.
Chekidaut!
Kawasan ni merupakan salah satu area feymes yang wajib korang singgah kalau melawat ke Xi'an ni. Lorong ni dipanggil Muslim Street atau pon dalam istilah penduduk tempatannya, Hui Min Jie (回民街).
Muslim Street yang sepanjang setengah kilometer ni menempatkan deretan kedai sepanjang bahu kiri dan kanan jalan. Dengan jalan yang berbongkahkan batu hitam serta pokok yang tumbuh hijau mengrimbun membuatkan korang seolah-olah berjalan di sepanjang kota cina klasik.
Sungguh cantik dan menenangkan bila terdengar kicauan burung yang bersahut-sahutan di celah rimbunan daun.
Tyme aku jenjalan menuju ke masjid, aku terjumpa sebijik van yang tercalit karya masterpiece yang unik.. walau pon van tu berhabuk dan nampak sedikit lusuh, tapi aku kagum dengan orang yang sketch sejoli burung bercintan kat belakang cermin van tu. sungguh kreatif hehee..
oh ya! dekat area Muslim Street ni menempatkan gugusan kedai yang menjual pelbagai souvenir seperti keychain, sutera, skroll lukisan, rantai perhiasan, tembikar cina, payung klasik, alat mainan, dan banyak la lagi ole-ole yang kiut dan comel-loteh.
Kalau korang jenis yang pandai main bargain, mungkin boleh dapat souvenir dengan harga yang murah..
Di samping tu, banyak jugak restoran dan warung makanan yang terdapat kat Muslim Street tu. InsyaAllah semuanya dijamin halalan toyyiban sebab kebanyakan pemilik dan tukang masak restoran tu adalah muslim.
Apa yang menambahkan keyakinan bila tertera perkataan ' بسم الله الرحمن الرحيم ' serta istilah halal dalam bahasa cina, QingZhen (清真). So, kalau korang mai datang kat Xi'an ni, jangan merungut kata susah nak jumpa makanan halal taw..
Kat sini banyak jugak hawker yang menjual mouthwatering snack, asam jeruk, dan air yang segar lagi melazatkan. nak upload gambar tak dapat pasal tangan penuh dengan makanan, memang tak sempat la den nak snap itu ini.. jenis mulut tak duduk diam ngup-ngap ngup-ngap gara-gara perut kelaparan heh!
Gambar ni saja aku letak kat bahagian akhir sebab aku nak tanya kat korang satu soalan.
Korang agak-agak gambar souvenir kat atas tu
lukisan betul atau pon tidak?
Kalau korang jawab tidak, ternyata mata korang memang cekap seperti mata burung helang hehee.. Masa aku post gambar ni kat pesbuk, ada orang ingat yang tu lukisan berus.
Walhal semua hasil seni kat atas tu disulam tangan dengan benang yang berwarna-warni. Sungguh cantik bukan?
Okla.. sekian saja dokumentari pada hari ini.
Wassalam..
28 KRITIKAN KAW-KAW:
rase mcm aman je tgok gmbr tu.. x serabut kew?
eh lama pulak tak tgk iklan cucur adabi..haha
kiranya penduduk sini mcm kreatif lah..mcm mna boleh sulam benang,halus erk..
sangat awesome lukisan last tu yang disulam dengan tangan..ingatkan guna brush..kagum betul dgn mereka yang kreatif..eh eh..yg skecth kat van tu pun comel je tengok.tumpang excited baca entry ni..terasa macam nak pergi sangat sangat kat sana..apekan daya..belum berkemampuan lagi.
sulam tgn??? wahh.. cantik n kreatif lah..
igt lukis td.. ish2
Saya mahu souvenir itu..pleshh :(
mana gmbar tuan belog dekat tempat2 menarik tuuu.
nak tengokk nak tengokkk.
hehe
:P
balik ni nk buat cucur adabi la..incik fiq nyanyi sapa suruh?
hehe
sulam tangan?? perghh gigih menyulam benda halus2 gitu.
seronoknyaaa..pasang niat nak ke sana jufa satu hari nanti, insya Allah :)
Macam best je kat situ. Adehh, teringin plak nak pergi. Serius. Gambar dan penceritaan tu menggoda. Cheh!
Alahai. homesick ke? Sabar ya? :P
bestnyaaaaa :)
kretif bertempat sguh ya..
van berhabuk pun boleh...:D
si penyulam tangan tuh memang seorang yg penyabar dan gigih...huhuhuhu
Agak2 kalo tirah pegi china nanti fik nak jadi tourist guide tak?
Cantik gambar :)
sulam tangan?igtkan daun2 n bunga2 yg dikeringkan pastu tampal.hehe..sketch dekat van itu sgt kreatif n comel..:)
hen haochi...hehehe...
ada buah tgn???
#sambil tadah tgn#
eh dokumentari dah habis..k tutup tv.ekeke
nice nice nice =D
sulaman tangan yang halus...macam lukisan tangan je.sungguh kreatif :D
sedap x makanan kat sane?
Ok aku cuba ingat balik apa yang aku taip minggu lepas. (b.band sangat pantras masa tu)
Serius rindu nak tengok gambar² cantik kat blog kau..
Gambar burung bercintan tu sangat cun!
Serius aku ingat gambar lat tu lukisan, super hebat lah diaorang!
*Aku ada sambung lagu cucur badak tu, tapi tak dapat ingat la pulak.. ;D
semangat bolat bace ni ha.. bestttt ! yg lukisan tu mcm dilukis.. pergh mmg ohsemmm kan .. mmg berbaloi XD
nak cenderahati :)
nice entry..sukela bace..hukhuk
aisey, dok leka tgk mamam tu ;p
hasil seni tu diorg sulam? hebatnya diorg ^^
uishh nak souvenier hehe
cantiknyer sulaman tu...teliti giler...
Harap² tuan blog sihat selalu insyaAllah.
waahhh memang kmu mmg belajar kat china ke??
kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.