Oh! Ba-Alif-Ba-Ya


(edisi menghentam orang)

*Aku mintak maaf awal-awal kalau entry aku bersifat kasar lagi maha biadab. Tapi aku rasa terpanggil diri untuk melarik pena menulis suatu kebenaran yang aku pendam buat selama ini. Sebagai blogger, aku tak suka berdiam diri & hipokrit. Harap maklum.

#######

Semenjak dua menjak ni aku perhati berlaku satu fenomena ajaib dalam dunia blog. Kalau kau perasan, kebanyakan blogger sibuk terkinja-kinja tulis entry pasal artis pegang anjing. Wow! Topik hangat tu! Yaabedabedooo!


Eh! Yang ni anjing laut..


Yang lagi best.. si makhluk blogger tu siap tempek gambar artis yang sangap membelai anjing comel kesayangannya. Wahh! Ini lagi kaw-kaw hangat, lebih hangat dari Hot FM dan lebih panas dari pisang goreng yang dijual di tepi jalan.


Lepas tu, bila orang datang singgah dan baca blog kau, mesti la ada empat lima kerat makhluk Allah yang komen lebih kurang begini nahu tatabahasanya:


" Astaghfirullahalazim... apa bangang sangat artis kita pegang anjing tu!
HARAM kan! "


" Haram jadah! Haram la artis pegang anjing tu! "


Lantas si tuan blog pon seronok kerana entry nya dikomen orang, malah orang pon berduyun-duyun yang menge-like sekali gus menyebarkan entry tersebut secara automatik di laman so-sial facebook. Err.. Aku lebih suka panggil pesbuk jer.

#######

Oryte.. Dalam konteks di atas, aku akan mengupas 3 isu penting yang bagi pendapat aku ada cacat celanya sedikit. Aku taknak tulis skema-skema sangat. Nanti ada orang menyampah dan melaknat aku pula. Aku nak korang rileks-rileks baca sambil makan kuaci. Ehh! Puasa ni!! Ludah balik kuaci tu. Puihhh! puihhh!


Ok. Antara 3 isu yang aku nak bahas adalah berkaitan memegang anjing, si artis, dan jugak blogger itu sendiri.


Aku bagitaw kat korang siap-siap dulu, entry aku ni panjang berjela yang mungkin merabakkan bijik mata korang. Kau orang sanggup nak terus kan?! Ya, teruskan skroll mouse sampai ke bawah kalau korang tak bosan membacanya muahahaa..


1. MEMEGANG DAN MENYENTUH ANJING.


Masih ramai orang Melayu yang konfius dan mengatakan pegang anjing itu HARAM.


Ewah! Ewah.. Fatwa mana yang kau pakai ni?! Sepanjang aku bernafas 20 tahun kat atas bumi ni, tak pernah pulak aku dengar fatwa pengharaman memegang anjing.


Ok. Kita berhenti sekejap. Sekarang ni aku nak bawak korang ke mesin masa.


Bila aku ter-tahu kes artis pegang anjing ni, aku teringat akan insiden empat lima tahun lepas yang ada seorang awek cun lagi comel memegang khinzir. Ya! Khinzir atau dalam istilah saintifiknya - BABI.



Kau taw apa orang komen?


Haa! Sama la macam komen kat atas. Marah dan mencarut-carut sambil menyumpah seranah awek yang pegang babi tu. Kemudian, main lepas mulut mengomen:


" Anak sapa la ni? Haram taw pegang babi tu!! "


Haishh! Kau ada belajar ilmu ugama tak?


Itu la yang aku geram dengan mentaliti orang Melayu ni. Pegang babi haram! Pegang anjing haram! Sentuh najis berat haram! Tapi betul ker haram sentuh?!


Haram tengkorak ekau!!


Yang haram kalau kita makan daging babi dengan daging anjing tu. Pegang dua ekor makhluk tu TAK haram.. tapi wajib disucikan dengan cara sertu (menyamak).


Eh! Fikri, ada ker orang makan daging anjing?!


Ya ada! Kau jangan la buat muka terkejut chimpanzi, sebab dekat negara China memang banyak golongan apek amoi yang makan. Lecturer aku sendiri pon mengaku yang dia makan daging anjing. Dia siap cakap; " Haochi! Haochi! " (Sedap! Sedap!)


Ok. Sambung cerita.


Dekat mana aku berhenti tadi? Oh! Pasal kes haram kan. Oryte.. Setahu aku, takda pon dalil-dalil Al-Quran mahu pon hadis-hadis yang menyebut pasal pengharaman memegang anjing dan babi. Yang ada cuma pengharaman memakannya sahaja :


“ Sesungguhnya Allah HANYA mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

[Surah Al-Baqarah: 173]

Haa! Nampak tak? Aku bold tebal-tebal perkataan "HANYA" tu. Sudah jelas lagi bersuluh yang Islam hanya mengharamkan penganutnya memakan babi, menyentuh nya tidak haram sama sekali. Begitu juga dengan konteks anjing sebagai najis.


Meh sini aku kasi taw satu analogi yang simple. Kalau korang menganggap babi dan anjing itu adalah najis yang haram dipegang.. macam mana dengan najis yang keluar dari lubang dubur manusia? (bahasa sopannya punggung @ pungkoq) Haram ker?!


Hahaa.. kalau kau cakap haram, alamatnya berlumut dan busuk la punggung kau sebab tak basuh berak dek beranggapan najis tu haram dipegang. Ada paham?


2. ARTIS


Ok. Berbalik kepada kisah artis pompuan yang memegang anjing tu, tak salah pon sebenarnya dalam hukum Islam. (nanti aku akan kupas sikit lagi)


Bagi aku, yang cacatnya gambar tu ialah bila mana si artis tersebut mendedahkan aurat yang HARAM dipandang oleh golongan yang bukan muhrim.


Korang tak rasa lawak ker? Tayang rambut sama paha yang boleh mendatangkan dosa orang tak kutuk. Tapi memegang anjing yang hukumnya tidak berdosa, orang kutuk dan hina ramai-ramai.


Celaka! Memang pelik dunia zaman sekarang ni.




Ok. Kat sini aku nak terangkan kat korang kenapa Allah tak haramkan umat Islam memegang anjing.


Sekarang cuba korang bukak mata luas-luas dan berfikir sejenak akan ciptaan Allah yang indah di atas muka bumi ni. Kau rasa Allah cipta sesuatu tu sia-sia je ker?!


Oh! Tidak sama sekali.. Hatta makhluk bakteria yang bersaiz nano-mikro tu pon Allah ciptakan dengan kelebihan dan manfaat yang tersendiri.


Begitu jugak dengan anjing. Kalau haram kita memegang anjing, bagaimana polis forensik nak menjalankan tugas. Buat pengetahuan discovery channel korang, anjing digunakan secara meluas dalam misi kebakaran, letupan gunung berapi, tsunami dan bencana alam yang lain.


Dalam hal tersebutlah, kepakaran dan kelebihan anjing digunakan. Anjing-anjing polis forensik ni digunakan untuk menghidu bau mayat yang tersorok dan sukar dijumpai.. misalnya tersepit di bawah runtuhan bangunan selepas kejadian gempa bumi.




Buat pengetahuan korang sekali lagi, deria bau anjing ni lebih peka dan sensitif dari lubang hidung manusia. Anjing ni boleh mengesan sampai 27000 jenis bau dalam setiap masa, sekali gus menjadikan anjing sebagai haiwan yang paling peka deria baunya di galaksi bima sakti ni. Haa! Menarik tak fakta ni?


Agak-agaknya, bau ketiak korang sendiri pon tak terhidu akan kehapakan baunya. Yuckks! Pergi sapu deodorant cepat!


So.. atas kebolehan dan kurnian yang Allah berikan dekat makhluk bernama anjing tu, maka polis kastam pon turut menggunakan kepakaran anjing dalam mengesan dadah.


Seperti semua maklum, pihak kerajaan sedaya upaya untuk membanteras dan menghalang dadah-dadah durjana seperti kokain, ganja, marijuana dan sepesyen dengannya dari diseludup masuk ke dalam negara ni.


Justeru, sudah pastinya tugas seperti tu diserahkan kepada kaum-kaum anjing. Apa? Korang boleh hidu jugak? Bagus! Cepat isi borang pendaftaran dan serahkan gambar passport kat bahagian kastam sekarang.


Sebenarnya, banyak lagi fungsi anjing ni. Malah dalam berburu pon digunakan jugak. Ishh.. Malas aku nak terangkan kesemuanya. Kau ingat aku ni doktor veterinar ker?!

#######

Ok. Tutup kes. Sekarang aku nak bagi komen pasai si artis tu.


Walau pon tak berdosa hukumnya memegang anjing dan bergambar bersama anjing, tapi kenapa kau sebarkan dekat khalayak ramai?


Tengok! Kan dah jadi fitnah sekarang ni. Kau tangkap gambar buat tatapan kau sorang-sorang cukop la. Buat apa bagi orang Melayu lain tengok?!


Kau pon sendiri paham la yang sebahagian kecil mentaliti rakyat kat negara ni menganggap pegang anjing tu haram. Kau memang sengaja nak cetuskan kontoversi dan sukakan capap (cari publisiti) murahan. Haishh! Nasib baik la aku tak jentik dahi ko 18 kali. Lepas ni pergi tutup aurat dan bela lah haiwan yang lebih comel seperti kucing parsi, orang utan, mawas, tenuk, tenggiling, platipus mahu pon singa laut.


Lagi satu, jangan lupa samak kalau kau pegang anjing tu dalam keadaan basah. Oryte?! Jangan risau, aku tak hentam kau kaw-kaw punya. Sikit-sikit jer.


3. BLOGGER.


Yang ni sengaja aku letak kat point yang last hahaa..


Oryte kawan-kawan! Dah baca karangan "bapakpanjangkautulis" tadi?


Aku berharap agar korang tak skip baca point pertama dan point kedua tadi. Tahniah aku ucapkan kerana korang berjaya mengharungi karangan yang tak seberapa indah ni. Bagi tepukan gemuruh buat diri anda sendiri!! Clap! Clap! Clap!


Ok. Jangan nak seronok dan bangga sangat. Secara jujurnya, aku nak korang hentikan meng-upload gambar artis pompuan yang pegang anjing tu.


Aku bukannya risau pasal anjing tu, tapi risau akan saham dosa yang korang dapat free-free hasil meng-upload gambar yang tidak bertutup aurat tu.


Nanti kalau korang mati dan dah jadi mayat dalam kubur, sapa yang nak buang gambar tu?! Korang ada wasiatkan password blog tu kat jiran sebelah ker?


So, aku harap korang hentikanlah meng-upload gambar yang tidak menutup aurat. Nanti beranak-pinak saham kalau makin ramai manusia yang menatapnya. Aku cakap ni bukan setakat gambar si artis tu jer, malah gambar makhluk yang lain yang terdedah sana sini. Ok?!


Dan lagi satu, cukup-cukuplah korang menganjing artis tu.


Kesian dia. Bulan puasa ni hentikanlah mengumpat. Aku pon pesan kat diri aku jugak yang serba cacat ni.


#######


Kesimpulannya, kita sebagai manusia ni memang dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna. So, janganlah kita bersifat hentam kromo dan cepat bertindak melulu dengan menilai sesuatu perkara tersebut tanpa ber-usul periksa.


Lagi satu, jangan kita terlalu memandang berat akan hal yang di luar jangkaan sampai mende yang remeh-temeh sekali pon kita tak perasan. Heh!


Contohnya seperti aspek kebersihan yang merangkumi dari pelbagai sudut, seperti bersih hati, bersih peribadi, bersih tubuh badan dan bersih alam sekitar.


Sebelum aku akhiri karangan yang tak seberapa meriah ni, aku nak tunjukkan kat korang akan satu gambar yang boleh dijadikan iktibar buat diri masing-masing tentang pentingnya nilai kebersihan itu.



Sekian saja. Wallahu'alam.


*aku bukannya ustaz, ahli ulamak, mufti mahu pon ahli fatwa kebangsaan. Jika ada sebarang kemusykilan dan masalah agama, rujuklah pada orang yang arif dalam bab agama.

**entry ini siap ditaip selepas solat Jumaat
pada 26 Ramadhan 1432 Hijrah oleh Incek Fik.

31 KRITIKAN KAW-KAW:

Ernie Tomo | August 26, 2011 at 5:39 PM

agreed :)

Anonymous | August 26, 2011 at 6:18 PM

nice entry..thx 4 sharing.. :D

Myera Nyera | August 26, 2011 at 6:36 PM

just one word about this entry. WOW. ^^,

FR | August 26, 2011 at 8:11 PM

ok bangga kejap dgn diri sndri lepas mngharungi entry yg maha panjang ni . haha .

jgn kata pic si artis tu saja, ada jugak org suka spread gmbar pompuan pakai tdung tp bju ketat la amende la kat FB ngn blog tu tup2 ramai plak yg menyokong mengutuk menyumpah seranah makhluk dlm pic tu. buat tmbah dosa aja.

tp point yg pertama tu jelas btul penerangannya , hihi . thanks :)

Farah Tuhar | August 26, 2011 at 10:17 PM

haha amekk setepek kat dahi !
fara setuju sangt .
abis tu kalu nak cite haram halal yg bkan muhrim tu berpegang lagi haram .
tu x nak pulakpertikaikan .
haram nie pown boleh disamak .
manusia yg narrow minded .
:D

Anonymous | August 26, 2011 at 10:18 PM

wuhhuuuu.. pnjng2 ;)

fil sokong !
yg fil tau kalau pgangg boleh tapi kena kering kan??

tapi kalau was-was takot kite tak tersamak tmpt yg kne tuh, lagi baek jgn pgng kan?? heee~

cume mmberi pndpt.. fil pon tak berapa byk ilmu sgt psl perkara nie ;)
hrp maaf kalau silap.. hee~

✿ cik pieQa ✿ | August 26, 2011 at 10:37 PM

aku bela siput ba alip ba ya.

lagi selaamat ta payah samak.

nanti senang nak uplod gambar aku bersama ba alip ba ya.
*teknik mencapap*

agak2 nak kena kutuk dan dianjing2kan tak.

Unknown | August 26, 2011 at 10:41 PM

terbaik!

sgt realiti segala yg incik tulis dalam karangan bapakpanjangkautulis tu

moga dengan perkongsian ni kita dapatlah pencerahan ya dari mana2 bahagian yg tak cerah,silau,kabur dan sewaktu dgnnya

Fariehan Ibrahim | August 26, 2011 at 10:43 PM

msih rmai antara kita yg mmg xspnuhnya lgi fasih psl hukum hakam islam..
tapi cpat jer nk melatah. (-____-")

*mmg pnjg! :p

farahinn ;) | August 26, 2011 at 10:43 PM

ohh ! pegang tak haramm ? haramm lahh ! tak haramm ke ? haramm lahh ! HAHA ! (konpiuss!!!!!!!)

secret Ash | August 26, 2011 at 10:48 PM

Aku ska entry kamu nie... :)

aL sYa | August 26, 2011 at 10:52 PM

tahniah2 =)
bagos entry ni.. ^^

Unknown | August 26, 2011 at 11:04 PM

emm ye..tp sy kurg arif tntg agama, takot nak komen lebih2. kalo sebarkan gambar artis tu lg bedosa tak? sebar aib org...kui3

GreenApple | August 26, 2011 at 11:48 PM

Kupasan yang menarik

minic0oper | August 27, 2011 at 12:06 AM

clap hand t0 myself c0s i can finish read ur entry with0ut miss 1 w0rd..ayt melayunye,xtnggal hatta 1 perkataan..tul x using hatta tu?hihii..semp0i ayt kamu..terbaikk..
dats 0rg melayu..suke amek separuh ayt o suke buat kesimpuln b'dasrkn kefahman sendirik..
btw,keep it up t0 change mentality 0rg melayu c0s kite juge 0rg melayu..syg bangse n agama..

Putri | August 27, 2011 at 12:44 AM

bagus entry ni..betulkan salah faham org ramai..
actually isu pegang anjing dan babi tu org kata haram maybe sebab org kita malas nak menyamak ataupun ada yang masih tak tahu menyamak (kalau tau pun dr segi teori saja)
so to make the story short, they said anjing dan babi tu haram supaya anak cucu tak berani pegang.

♥ aiNa yaZiD ♥ | August 27, 2011 at 12:58 AM

totally agree~! =)
nice entry..fikiran org melayu perlu di ubah. keep it up~!.

Shafiq Hashim | August 27, 2011 at 1:00 AM

Wow..Nice Entry..
Btul Skrg Mcm2 Berlaku, Nama Sahaja Islam Tetapi Benda Haram Jdi Ikutan, Kes Mcm Nie Mahu Halalkan Benda Yang Haram Terutama Artis Semakin Berani..

~Sal Ismail~ | August 27, 2011 at 8:44 AM

Time kasih singgah incek Fik~
Satu perkongsian yg cukup terkesan~ =)

caliph shuriken | August 27, 2011 at 9:59 AM

setuju.. arigatou bro sharing ilmu cmni.. klau dia bela pet lain kn senang citer, x perlu laa susah2 nk samak selepas belai2 pet tu, huh...

Ungu Violet | August 27, 2011 at 10:09 AM

heh!...akhirnye berjaya gak diri ini memperabihkn entry di atas dgn jayanye...

bela anjing ke...jenuh satu umah nak mnyamak tuh...huhu

afina rahmat | August 27, 2011 at 11:12 AM

tak tahu nak cakap apa.. tapi memang TERBAEK .suka sangat ngn entry ni

Raizan_2317 | August 27, 2011 at 11:45 AM

salam....semua nya saling berkait. Oleh itu...janganlah kite membuat dosa berangkai/berantai...hehe! ni entry incik Flik! =) Just click ur ads!! =)

Unknown | August 27, 2011 at 12:00 PM

uncle kalau nampak entry panjang-panjang mula lah nak maigrain.tambah pulak nak baca...tapi hasil penulisan ko ni mmg uncle sangat kagum ... uncle pun sependapat juga..kekadang tu tak faham dengan mentalilti orang-orang kita .. cepat sangat nak menghamun tanpa selidik terlebih dahulu..nampak sangat pengetahuan dlam keilmuan tiada tapi kalau nak menikam bahasa..cukup senang sekali.

Cart Kartika | August 27, 2011 at 2:02 PM

pnjangnye entry ni.. btw, yurk! geli.^^

依之汉 | August 27, 2011 at 4:27 PM

你好!
Teringat video ustad Kazim
http://www.youtube.com/watch?v=HlSM65npUDQ

pasal sentuh menyentuh. :) Nice sharing.

AMRI OTHMAN | August 27, 2011 at 11:20 PM

wow... FUCKING AWESOME entry nie !
aku suka... orang sekarang cakap main lepas je .. belajar ugama pun xabis ..
kata orang bukan2..
siap maki lagi..

nadia fatihah | August 28, 2011 at 12:45 AM

fuhh berpeluh-peluh bace entri ni. pnjg sgt. hahah

btw, betul tu. dah ramai giler dah terpesong ckp pegang menatang 2 ekoq tuh haram. sapa yang ajaq xtaw lah..hadoi

Anonymous | August 28, 2011 at 1:07 AM

setuju dgn karangan lebih 100 patah perkataan ni..
semoga semua dapat faedah daripada entry awk, t.kasih ye

Semut Senyum | August 28, 2011 at 2:52 AM

bagus betol entry ni... cik semut suka lah... walau panjang lebar tak boring sbb bahasa santai2 bila makan koci... (sahur awal pagi ni)... ape pun, terima kasih atas perkongsian pendapat tu... =)

YouSOF | August 28, 2011 at 3:03 AM

Siang tadi aku dah tengok entry "bapakpanjangkautulis" ni.. Tapi sekarang baru aku dapat baca dengan sepenuh hati..


Terima kasih Fik ilmu dan peringatannya.. Alhamdulillah aku sentiasa beringat pasal upload gambar dedah aurat tu...



Manusia, benda kecil memang suka dihebohkan kasi besarrrr sedangkan benda besar tak diambik kesah langsung....

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.