Oh Blog!


(entry sempena perasmian blog baru)

Masa buat akaun blog dulu, kemain seronok nak taip itu ini. Maklum la, blog ni dah macam diari.. diari yang kau nak bagi orang lain baca. Kan?




Blog ni pon boleh buat orang teruja dan eksaited, lebih-lebih lagi bila ada orang komen entry kita. Itu tanda ada makhluk bumi yang prihatin dan terbaca blog kau. Seronok kan? Ahh! Bohong lah kalau kau tak suka orang komen entry dekat blog kau.


Hmm.. kalau si anonymous cari pasal dekat komen tu camna pulak?


Oh, tu kau jangan ambil pedulik. Biasa la hidup kat dunia ni, mana ada semua orang suka kat kita. Alaa.. si anon tu jeles dengan kau sebenarnya. Tolonglah percaya.


Ok. Sembang pasal blog ni, kau akan mengalami satu sindrom ketagih bila kau sudah bergelar blogger tegar. Ya.. ketagih! Tapi bukan ketagih nak minum air daun ketum, tapi ketagih nak update entry.


Bila idea datang mencurah-curah, mata kau akan otomatik menghadap skrin laptop sambil jari-jemari rancak menaip kat papan keyboard sampai la hancur jahanam. Kadang-kadang.. idea ni boleh datang spontan kat tempat dan waktu tak terduga, seperti dalam jamban masa korang tengah berak. *mengaku jelah..




Malah, bila kau dah terlalu fanatik dengan blog, kau bangun tidur pon terus bukak blog tanpa gosok gigi dan mencungkil taik mata yang tumbuh mekar kat kelopak mata tu. Euww.. jijik!


Tapi kan.. kalau dah main blog lama sangat pon boleh jadik bosan jugak. Macam kau makan ayam tetiap hari, tak bosan ker? Sekali-sekala nak jugak tukar menu weh, makan ikan ker, kambing ker, belangkas, landak dan se-halal dengannya. Tak gitu?


So, bila bosan melanda diri, mula lah tak update entry berminggu-minggu. Lepas tu berjangkit sampai berbulan-bulan dan akhirnya terbiar ibarat ayam tua pencen yang tunggu masa untuk disembelih. Nak buat lauk pon liat dagingnya. (kesian ayam ekk)


Pendek kata.. usah la korang bersikap hangat-hangat taik ayam. (cis! ayam lagi)
Jadi, bersifat istiqomah lah sedikit dalam mengapdet blog tu. Ok?

#######

*Apa yang aku tulis kat atas ni adalah sebahagian kisah seorang blogger. Jangan lah ada individu yang berkecil hati, jantung, hempedu, paru-paru mahu pon limpa. Anggaplah ianya merupakan entry sindiran untuk diri aku yang serba kekurangan ini.

18 KRITIKAN KAW-KAW:

tiefazatie | August 21, 2011 at 4:15 PM

btol la tue pe fik ckp..hihi..ifa pun kdg2 excited je update..kdg2..xde idea gak..tp insyaallah..maintain gak at least 1 n3 1 hari la..

Unknown | August 21, 2011 at 4:21 PM

belum ketagih lagi...hehe

~lieya~ | August 21, 2011 at 4:29 PM

eh,maner pegi entry2 sebelum nie??

Iqi | August 21, 2011 at 4:56 PM

hahaha.. bile ade idea mmg best tp bile xde tu nak tgk blog pon mcm nak xnak je.. tp yg part bgn tido tros bkak blog mmg xbley bla.. haha.. xpnah aku wat.. jijik gile seh.. haha

Coke Laici | August 21, 2011 at 6:14 PM

ehm . mcm x terase pon . lalalala ~

Anonymous | August 21, 2011 at 9:36 PM

nice entry.. encik fiq..eena na jadi anak murid blogger buleh? :)

Unknown | August 21, 2011 at 10:27 PM

gua dpt ilham dlm tido je kehkehkeh pastu bngun pg esok pas gsok gigi bru uodate blog muahaha

Vale | August 21, 2011 at 10:38 PM

Kesian ayam jadi mangsa...hahaha..
nasib baik aku bukan blogger tegar...sekadar mengisi masa lapang...bila ada idea baru update...xde idea, aku p baca blog org...aku tgk ada yg entrinya hampir sama ( copy paste kot..)

lilypelangi | August 21, 2011 at 10:48 PM

mula-mula sy ada blog , sy tak layan sangat . pastu ada la satu kes nie wat sy mula ambil serius tentang blog . . lau pasal update2 nie kadang2 sy smpai kering idea nak taip ape. hoho

Opah Kentang | August 21, 2011 at 11:10 PM

hohoh.lame giler tak singgah sini :)

memang malas nk update sekrang ni..hehe :P

Mama Un-A-nas | August 21, 2011 at 11:14 PM

kadang2 sy pun addict dengan blog..bile x der material nak tulis blog macam sedih jer..tapi bile pk balik, saye bnyak komitmen lain lagi..blog cume aktiviti sampingan :)

Unknown | August 21, 2011 at 11:14 PM

ni mesti kes suka makan ayam goreng nih mcm upin dan ipin..HAHA :D

-Incek Fik- | August 21, 2011 at 11:49 PM


-tiefazatie-
wah! keep moving yea dengan azam "1Hari 1Entry" hehee ^^

-ABC-
Ahh tak kira, kasi sampai ketagih!

~lieya~
Fik dah buang la entry² merepek tu hahaa..

-IqLeEmA-
memang jijik kan?

-Eykin Bakri-
elok la kalo camtu =_='

-Eena Arrina-
huhuu.. malunya *blushing*

-Amna.Qadeeja-
bagus! hang blogger yang pembersih :)

-Vale-
Ha'ah.. ramai betul la yang suka plagiat entry blogger lain. Tak cun.

-lilypelangi-
takpa, relaks kan otak kasi perah idea.

-Opah Kentang-
lama jugak tak usha opah!

-haNem-
Yeah! Blog just suke-suke jew~

-Fee Hafeezah-
Kalau pencipta resepi ayam kentaki masih hidup, mesti dia suka kat kartun Upin Ipin kan?

Unknown | August 22, 2011 at 12:28 AM

perantau ehh..
jom dgr lagu raya leleh...

http://puncakparis.blogspot.com/2011/08/top-lagu-raya-pasti-leleh-airmata.html


hehe

caliph shuriken | August 22, 2011 at 6:11 AM

dulu tgk kawan2 layan blog, wt x tau jaa.. skrg bila ada blog sendiri, wt x tau dgn diorg plak, haa3...

YouSOF | August 22, 2011 at 9:52 AM

Incek Fik!! Baru aku perasan blog kau dah berubah alamat.. Sorrylah kawan dah lama aku tak teman kau makan ayam goreng sama²... ;D




So betulkah entry lama kau dah buang? Aku ingat lagi 1st time aku masuk sini aku baca entry pasal kau jual rambutan masa kecik tu. Serius mantap!

K I L | August 22, 2011 at 4:35 PM

erm betullah kalau dah jadi blogger tegar mmg tak laa kan.
tak mandi .tak gosok gigi .tak makam .tak minum
jangan sampai xsolat sudah kehkeh :)

依之汉 | August 28, 2011 at 3:11 PM

Memang kalau dah ketagih, bangun jee tidur terus nak buka blog tengok siapa baca. Naik tak rating post. Tapi bila dah takda orang baca... mula la lemau rasanya.

Tapi takper lah idea ni sentiasa ada. Simpan baik2. Post ikut timing. Kalau idea tu datang mencurah, masuk buku nota dulu points. Nanti update.

Lagipun seronok bila share pengalaman kita dengan orang. At least somebody care to read our story if our surrounding aint interested with it.

Kesimpulannya, go go go blogging Incek Fik! 加油!

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.