Oh! Kemaluan


(insiden memalukan dan mengaibkan muka yang tak seberapa cun)

Ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang hamba Allah. Namun begitu, nama watak harus lah dirahsiakan agar maruah jati dirinya tidak terjejas ibarat cicak kobeng yang tertelan 18 batang kapur.


Err.. kalau kenal nama makhluk tu, tolong jangan sebarkan. Aku merayu ni.

#######

Al-kisah, di pagi raya yang serba mulia dan lebih indah dari Indah Water, ada seorang hamba Allah yang mengidam nak beraya ke rumah makcik nya. Maklom lah, beliau merupakan mangsa pelarian yang balik Malaysia setahun sekali.


Dipendekkan cerita.. tengah khusyuk si hamba Allah ni makan kuih raya, tetiba tersedak anak kerongkong nya terbatuk-batuk sambil terhambur sisa-baki serdak kuih semperit yang mungkin tercekik dekat batang lehernya. Uhukk! Uhuukkk!!


Heh! Padan muka. Dasar gelojoh. Makan lupa nak baca Bismillah la tu.


Lebih bertambah malang, jug air haram tak mandang. Alaa.. apa la salahnya prepare awal-awal air sirap sejuk kat atas meja tu makcik oiii.. Kan senang kalau terjadi kes tercekik macam ni.




Bukannya mintak air yang mahal-mahal pon. Kalau kopi mocha setarbak ker, jus mate doktor rozmey ker, atau pon air ho-ho horlicks ada la patut tahap kedekutnya kalau nak kasi hidang. Ye dak? Ishh.. ni air sirap jer pon. Heh! dan heh sekali lagi.


Nak mintak air kat tuan rumah rasa segan pulak, maka si hamba Allah ni sengaja menguatkan tahap bunyi batuknya sambil mengurut-ngurut dada dengan harapan si tuan rumah tersedar lantas membancuh sirap sejuk dengan pantasnya.


Nak dijadikan takdir, tak semena-mena makcik tu pon bangun.


Ohh! Syukur Alhamdulillah. Mungkin dia tersedar akan tanggungjawab nya melayan tetamu dengan layanan yang istimewa lagi ber-class 5 bintang. Tahniah makcik!!


Lantas, makcik tu pon bersuara:

" Sekejap ye nak, makcik nak pi dapur jap"


Yess! Itulah saat yang ditunggu-tunggu nya. Sambil buat muka malu-malu biawak, si hamba Allah ni secara konfidennya membalas dengan nada merendah diri lagi penuh tawadduk:

" Alaa makcik, tak payah la susah-susah nak buat air "


Dengan raut muka yang tak bersalah serta meyakinkan, makcik tu seraya menjawab:


" Haa! Apa dia?! Makcik nak pi dapor nak makan ubat sakit kaki ni.. "


Terdiam sekejap ruang tamu tu ibarat malaikat maut melintas kat situ. Bunyi cengkerik dimainkan agar keadaan senyap sepi bertambah lebih dramatik.


#######


Oh! Siapa nak ikut hamba Allah tu pangkah rumah makcik tu dalam citer Ali Baba Bujang Lapok? Malam nanti kita pakat kasi serbu ramai-ramai. Tolonglah join..


p/s: Kalau kita berani, kita tunjukkan KEBERANIAN kita..
Kalau kita malu, kita tunjukkan apa?

27 KRITIKAN KAW-KAW:

I wong (依之汉) | September 3, 2011 at 12:04 PM

Macam kenal jer watak dalam cerita ini... tercekik tapi malu. Nasib baik kuih jer kan. Kalau tulang ayam, apa la kata makcik tu? Hmmm.

yusuflaili | September 3, 2011 at 2:04 PM

Salam;
kalu nak ikutan mestilah "kemaluan"..tapi nak sedapkan bunyi kita ganti dengan "kesopanan"..

CikBulat | September 3, 2011 at 2:10 PM

hahahaha ! streesss je kalau pergi rumah orang yang macam nie. sedih, sadis , semuanyalah ! T______T

Roti Telur | September 3, 2011 at 3:12 PM

cm haram..hahaha..

Amirul Aqiim | September 3, 2011 at 3:14 PM

hahahaha adoii malunya~~ @_@

ctk | September 3, 2011 at 3:32 PM

hahahahahaha...memalukan ajew...tutup muke

Azham Vosovic | September 3, 2011 at 4:55 PM

tunjukkan kemaluan kita ahhahaha

gurau je...

lella lala walaa | September 3, 2011 at 5:43 PM

ehh! ada jugak macik macam tuh ehh. kelakar pon ada. haha. agaknye, sense macik tuh slow sikit kot. hehe :)

btw, selamat hari raya!

baca dan senyum | September 3, 2011 at 6:05 PM

hahaha makcik tu lambat pikap and watak tu lemau2 kuih bahulu lemau, haha

whitecappuccino | September 3, 2011 at 7:26 PM

hahaha..malu amat weh!

Ary | September 3, 2011 at 8:24 PM

cam klaka jerk...hahaha....!

*rainyscream* | September 3, 2011 at 9:02 PM

ahahaha..sian sian :D

♥♥ arabella ♥♥ | September 3, 2011 at 11:22 PM

haha...mcm owner punye cerite je...hehe=)

Elie Lily | September 4, 2011 at 1:18 AM

pengalaman sendiri ke? haahah

Elih Japahar | September 4, 2011 at 8:58 AM

Mak cik tu dah tau teknik macam tu ahahaa!..

ishiko | September 4, 2011 at 4:13 PM

heh.. air sirap pun jadi lah macikk...
ni ubat kaki buat apa

Semut Senyum | September 4, 2011 at 8:01 PM

heheheh.... ape kan daya... makcik tu tak faham, lain kali cakap biar terang.. ehheheh

khairul | September 5, 2011 at 10:09 AM

boring nya kerja arini !!!!

cha zainol | September 5, 2011 at 2:24 PM

hahaha. kawan aku pulak sekali tuan rumah cakap 'tanak air? tapelah senang sikit tayah bancoh." hahahah. amek kau.

ika | September 5, 2011 at 5:27 PM

hahaha~ nak buat macam mana dah makcik tu xpaham kan? len kali mungkin boleh bergolek2 kat ruang tamu makcik tu nbaru dia paham...

::ini belog saya . cinta hati saya:: | September 5, 2011 at 9:46 PM

kene cakap terangterang kot dengan macik tu . heee

cik ungu | September 6, 2011 at 12:53 AM

sepatutnya kau jangan ckp takyah susah2 makcik tu.

kau patut berdiri dan terus laungkan..
"makcik! sy nak ice blended!"


muka kena gigih skit.

Yana Farinha | September 6, 2011 at 8:24 PM

hye.. done folo u. jom singgah blog kita balik..;www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com..;)

budakijaupendek | September 8, 2011 at 6:37 PM

tunjukkan kem-lu-n kite la.. hehe

caliph shuriken | September 11, 2011 at 8:03 AM

haaa3, xde rasa apa2 makcik ni :p

Xavi De | September 27, 2011 at 11:03 PM

muahahaha..jht gler makcik tu...:p

cucu tun teja | October 3, 2011 at 5:24 PM

apela makcik tu....tak prihatin langsung...kesian org dah tercekik2 tu.....hahahaha

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.