(10 sebab aku malas nak balik Beijing)
1. Adalah menjadi satu kedengkian berlipat kali ganda tatkala makhluk bumi yang lain meriah berkunjung open house di hari raya, aku pulak sibuk memeriahkan diri di kawasan airport yang sememangnya kau takkan dapat duit raya percuma.. apatah lagi nak menjamah lemang berlaukkan rendang ayam, daging lembu mahu pon tenuk.
2. Faktor kegendutan perut juga menyumbang sebanyak 78 peratus kemalasan untuk pulang ke Beijing. Segala tindak balas lemak yang diternak selama 2 bulan lebih mengakibatkan kau menjadi hantu ngangkung kat depan peti sejuk yang sarat dengan limpahan makanan.
3. Masalah cerewet selalu menghantui aku tatkala bizi mem-packing barang. Kecelaruan dalam memilih barang untuk dibawa pulang menjadi satu beban serta menjadikan masalah bertambah rumit dan kompleks dari isu persoalan kuantum fizik.
Misalannya.. antara lesung batu dengan batu giling, manakah yang lebih praktikal untuk melumatkan cili kering?
4. Ketidak-puasan mendapat duit raya turut melunturkan semangat untuk pulang meneruskan misi belajar. Adalah sungguh menghairankan bajet duit raya keluarga 2011 lebih memihak kepada adik kandung aku yang bongsu dengan alasan "kecik-kecik dah pandai puasa penuh".
5. Secara jujurnya, walau pon aku yang ber-jantinakan lelaki ini mempunyai nafsu terhadap makhluk bernama wanita, namun aku tak suka mencuci mata menambahkan saham dosa di sebelah bahu kiri aku jika pulang ke Beijing nanti.
Sungguh menyeksakan dua bijik mata aku ter-pandang segala bentuk geografi tubuh badan amoi-amoi cina yang berlekuk, membonjol, dan mempunyai sedikit alur lurah yang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan yang berbahaya untuk di-usha.
6. Walau pon kentaki, mekdi, pizza hut dan segala rangkain francais fast-food yang lain dianggap sebagai musuh dalam menjahanamkan misi menguruskan badan, namun sekali-sekala aku terpaksa mengabaikan kesan negatifnya akibat kehendak nafsu mencekik yang bergelora lagi membuak-buak.
Adalah menjadi satu kerugian dan pembaziran yang besar jika tidak memanfaatkan kapasiti perut bersaiz 1000 GigaByte ini untuk mengisi dengan makanan yang kaya dengan kolestrol serta lemak tepu ini.
Dekat China ni mana halal mende alah camtu. Malaysia saja lah syurga bagi orang yang tamak melantak seperti .. (some text missing)
7. Tahukah korang, perebutan kuasa politik juga turut membantutkan aku untuk balik ke Beijing.
Hak istimewa sebagai abang sulung selalu dipertikaikan oleh adik-beradik yang lain tatkala menentukan siapakah yang berhak menggunakan jamban terlebih dahulu, siapakah yang menentukan channel tv yang harus ditonton, serta pergelutan tugas bagi insan yang sanggup menyental longkang.
(hasil perebutan kuasa politik dalam isu melaburkan saham)
8. Antara sedar atau pon tidak, Malaysia masih tidak memblok segala laman web sosial seprti pesbuk, youtube, friendster, mai-space dan sepesyen dengan nya. Malangnya, negara China telah lama berbuat demikian.
Justeru.. atas kesengalan tersebut, kitorang terpaksa meng-install satu software VPN bagi mengakses laman web tersebut. Sumpah leceh.
9. Sem ni jadual belajar mungkin agak sedikit pack dengan kewujudan subjek bahasa jepon. Oh! Ini sekali gus menyumbang gejala yang tidak senonoh seperti kesuntukan masa untuk mengapdet blog.
Tidakkah mereka sedar tahap penguasaan bahasa jepon aku sudah mencapai level basic. Setakat perkataan konnichiwa, yamaha, sushi, fujitsu, kawasaki dan maria ozawa adalah ungkapan harian yang boleh dipelajari secara mudah melalui internet.
10. Ketika korang membaca asbab yang ke-sepuluh ini, percayalah yang aku sudah berada di bumi Beijing. Padan muka kau! Heh!
19 KRITIKAN KAW-KAW:
wah.. blajo kt beijing...
slmt pulng ke beijing hehehe
Aah. Lupa yang orang China mana main fb der. VPN le nampaknya. Kami di sini pakai hotspot jer.
Apapun, Selamat merantau kembali! Kalau ada masa mungkin saya akan pergi ke Beijing juga.
sblm sana mmber dh pesan,fb ke hapa ke yg kita rasa nikmat nk surf,mmg x dapek le kt sano...hukhukk...
aduh gmabr jamban tergolek tu mmg xleh tahan laaaaa..iskk2
melantak le selagi dibumi mesia.sampai beijing terus DIET taw...kasik gendut tu kurang
nihongo !! gambate kudasai !
*apa2 pon,study bebaik kt sana ok !!
best ape dpt duk negeri org... hehe
bro selamat sampai...aku suka yg # 5 tu..kirim salam kt amoi2 sana no
onegaishimasu~~!! haha
Ko blajo jepon jugak?? kih3..best2...huhu
Kehkeh.. Puas aku tunggu text yang hilang tu, tak muncul².. Rupanya kau dah ada kat bumi Beijing da...
Pandai²lah kau control nafsu mencekik tu.. ;D
Selamat bro..
selamt2.. :D
rebit tu comel..apesal ade lam peti sejuk?/..=.=
hajimema shi te~..douzo..^^..ahak..dan2 aku ckp nihon..
hahaha.. kesian kat ko ea sayang.. tak pe2... selamat belajar kembali.. kim salam kat beijing.. aku teringin nak p sana.. serius ni! :D
selamat hari raya.. salam perkenalan :)
^^
wooo... besarnya kfc....
http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata
Bila ko nak sampai beijing ni??
Ke dah sampai?
wahaa~
jaoh tuh belajaq . aahah !
awat arnab dlm tuh ? ahahaha !
kesian dia..
pulun alia baca last2 kt beijing dah..
cis..
ehh da sampai ?? baru nak doakan selamat sampai . heee -_-'
takpe la , nnt dila lawat anda di sana :)
besau tu ayam kfc... kenyanggg
weh!sies..aku gelak guling2 tgk gambar2 nih!
oiit, apasal ada rabbit dlm peti sejuk? hukk..
waa.. sem ni ada subjek nihongo.. gambatte bro ^^
lorh..da adew kt beijing ke...selamat pulang teman..
eh,tetibe terselit maria Ozawa disitu...hahahaha =.=
haha arnab ko sesat!
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.