Oh! Taktik Iklan


(pendedahan eksklusif yang ditaip dengan jiwa kacau)

Balik Malaysia hari tu, selera makan aku cukup rakus. Perut yang dulu nya ada 6 ketul otot, sekarang dah timbul 6 lapis gendutan lemak. Oh! Penemuan ajaib yang boleh membuatkan para saintis berasa kagum dan teruja sakan. Kau kagum jugak?! Biadab.


Tahukah korang? Sebagai makhluk bumi yang memegang rekod " manusia yang paling kuat makan " dalam carta organisasi keluarga, aku terpaksa memikul bahu dan perut untuk mengekalkan juara serta gelaran tersebut. Justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk meneruskan misi menguyah dan mengamalkan aktiviti sihat seperti yang diajar dalam subjek kelas PJK (Perut Jalan Ke-Depan).


Ok. Serius sikit.


Baik lah. Salah satu sub-topik yang diajar dalam subjek teras PJK ialah menjebakkan diri ke pasar yang berdekatan. Modus operandi? Kau bawak perut jalan-jalan sambil carik benda yang boleh di ngup-ngap.


Selalunya aku just beli murtabak atau pon apam balik. Pastu, beli air kelapa muda sebungkus. Tapi dan tetapi nya, kalau aku beli minuman yang jenis sejuk, aku selalu order " Bang, ais kasi kurang ekk!"


Eh! Kenapa pulak? Sebab aku dah terkena dulu. Beli air secawan, aku sedut straw sluurpp slurrpp dua tiga teguk dah kering air dia. Heh! Kiub ais yang banyak.




Sumpah kedekut. Beli air sehengget, tapi kuantiti macam kau beli ais 80 sen. Balance doploh sen tu kau minum air yang rasanya cam air paip sedikit. Hmm.. di manakah terletak nya keadilan di situ?


Kadang-kadang.. beli karipap inti ayam, tak nampak pulak isi dagingnya. Oh! Ada bau ke-ayam-an pon jadilah. Kadang-kadang.. beli cucur udang, jenuh nak cari misai dia, apatah lagi nak jumpa isi udang tu.


Ahh! Itu semua teknik marketing jer. Untung nak lebih.


Mari kita tinjau ke skop yang lebih besar. Sebagai contoh, restoran francais fast-food kat Malaysia.




Bila kau tengok iklan burger mekdi yang baru kat tv, kau mesti teruja nak beli kan? Dalam iklan nampak besar gedabak, meng-ghairahkan dan sekutu rejim dengannya. Bila dah beli, baru terkena kat batang hidung sendiri. Rasa menyesal? Padan muka.


Sama jugak macam ayam kentaki. Dulu, aku tengok depa ada lancar produk kfc baru, tortilla entah-apa-nama-dia. Haa! Lebih kurang gitu lah. Kat tv nampak gah jer, daging ayam sampai tersembul keluar roti, sos mayonis melimpah-ruah sama sayur yang bergelimpangan bagai nak rak.


Bila sekali beli, mulut kau akan terlepas cakap; " E'eh! Kemetot nya?! "


(Are you being WOW-ED! ??)

Ok. Sama kes macam pizza jugak. Dekat iklan, bukan main meriah topping pizza dia. Keju pulak meleleh-leleh pekat macam hingus kau meleleh tyme demam panas.


Realitinya.. indah khabar dari rupa. Heh!


Entry ini ditulis bukan bertujuan untuk meluahkan rasa ketidak-syukoran, tapi di-ekspresikan atas sebab hak sebagai seorang pelanggan dan pengguna.


Lain kali.. kalau nak publish produk kat pihak media, sila tulis kecik-kecik kat bawah iklan tu:


INI ADALAH ILUSTRASI SEMATA-MATA,
ANDA TIDAK PERCAYA? SILA DATANG BELI !

22 KRITIKAN KAW-KAW:

Diana Jamal | September 15, 2011 at 7:31 PM

Thumbs up for "INI ADALAH ILUSTRASI SEMATA-MATA" !! huhuhu

Ummi_R❀salici❀us | September 15, 2011 at 7:44 PM

hahaha betu betul ! suka sgt dgn entry nih... nak untung lebih kena pandai bertaktik...

~MuMu~ | September 15, 2011 at 8:23 PM

nais ah pasal air tu... siyesly kagum giler ngan dorg.. air paip je pun.. untung kaw2 punya..

caliph shuriken | September 15, 2011 at 10:19 PM

bab ais tu mmg setuju, air diorg letak sikit jaa.. paling x best bab burger, tgk kt tV punya laa gumuk burger tu.. bila gi order nk mamam, punya laa flat *nipis abis, huh...

SoutulMujahid | September 15, 2011 at 10:55 PM

indah khabar dari rupa. kan?

I wong (依之汉) | September 15, 2011 at 10:59 PM

Baru jer tadi pergi KFC. Dah lama perasan yang ayat kecik bawah poster makanan segera "Servings featured are for illustration purposes only"

Lagipun memang selalu kalau beli air minta takda ais batu. Dah sejuk apa nak ais lagikan?

Lagipun kena la betul2 kalau berniaga. Kalau aku pi kedai tu nampak cucur takda udang pastu rege mengcekik darah, memang sah2 kurang dah nak makan kat kedai tu. Cari kedai lain lagi bagus.

We have consumer power within. Yeah!
@Ummi
ni saya tak setuju sebab guna taktik kotor.

Hidayati | September 15, 2011 at 11:48 PM

ni lah lumrah bisnes. Pengguna selalu je tertipu dek iklan yang melebeh-lebeh. Akak pon klu order aor kat KCF, confirm tak mo ais. kan dah sejuk.., aper nak ais lagi. Lagipon dorang selalu isi ais penuh2 pas tu curah pepsi. Banyak mana sangat le si pepsi tu.

dayu_myself | September 16, 2011 at 12:36 AM

hahahha...
lawak ar..
tu la kan,tak bleh nak percaya sangat...
nak cntik,bek ko mkn gmbr die je..ngahahaha

Wan Zaleha Zain | September 16, 2011 at 12:36 AM

alahh..iklan, standard ar. sumernyer nak nampak best2. bile beli...harammmmmmm.....-__-

::ini belog saya . cinta hati saya:: | September 16, 2011 at 6:49 AM

betoi betoi . suka entri nie . hhahaha

:)

cik hijau purple VS nur faie | September 16, 2011 at 8:35 AM

PENGAJARAN :

jgn percaya bulat2 akan iklan ,

i am S!L4H.. | September 16, 2011 at 9:38 AM

betulllllllll....


mencik iklan macam ni. mencik2
*hentak2 kepala kawan sebelah*

YOUsoF | September 16, 2011 at 9:44 AM

Heheheh sebab percaya yang kononnya makanan tu se-best dan sehebat macam dalam iklan tu la ramai budak² kecik duk paw bapak masing² suruh beli time perut diaorang kebulur..


Aku pun selalu mintak kurang ais masa beli air tu Fik, dapatlah kurangkan sikit rasa air paip tu.. ;D

nor fairuz | September 16, 2011 at 10:16 AM

tau takpe,rasa nak bakar je~

khairul | September 16, 2011 at 11:26 AM

selamat hari malaysia bro

Green Apple | September 16, 2011 at 3:00 PM

betul tu.. indah kabar dr rupa..

tiefazatie | September 16, 2011 at 3:10 PM

mmg pun..sllunya menipu nie..

anamizu | September 16, 2011 at 3:11 PM

memang tektik iklan drg berjaya..
sbb tu aku mmg payah nak jejak kaki kat fast food gitu..
kecuali ade yg nak belanje FREE! hahahaha

cik ciput | September 16, 2011 at 9:11 PM

sepatutnya peniaga2 lebih prihatin..jangan sampai menipu pembeli..iklan bukan main gah lagi produk tu, tpi bila beli?alahai....ingat, sumber rezeki tuuu..

YOUsoF | September 17, 2011 at 1:53 PM

;D

ABU | September 17, 2011 at 2:33 PM

tapi burger tu tak de la gedabak sngt kan hahaha

salam ziarah..

H Y D E | September 26, 2011 at 4:36 AM

hari tu pergi makan pizza. di iklan melampau lampau dia punya metafora, berlapis lapis topping la bla bla bla lagi. sekali beli kecik aje.

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.