(ada apa dengan salji ?)
1. Kat Beijing ni, kucing dia special sikit. Kalau nak dekat musim sejuk, bulu dia akan tumbuh dengan lebih lebat dan mengembang macam kucing parsi.
(sungguh biadab buat muka tak mesra alam dengan aku)
Tapi bila nak masuk musim panas, bulu dia akan beransur-ansur mengecut seperti biasa. Yang peliknya, bulu kaki aku takda pulak mengembang bila masuk winter, lagi mengecut ada la. Heh! Sori kucing, kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama kerana genetik kau dan aku sungguh berbeza.
2. Dekat pesbuk, member aku selalu tanya; macam mana rasa salji tu?
Ok. Emping salji kat sini tak sama dengan ais kepal yang mamak buat ABC tu. Salji punya tekstur ni berbeza sikit. Dia lebih lembut dan ringan. Kalau kau pegang dan ramas lama-lama pon dia takkan cair secepat yang mungkin.
Meh aku bagi satu analogi pasal salji ni. Kau kaup segenggam salji kat tapak tangan, pastu kau tiup pelan-pelan salji tu. Nak kata dia punya lembut dan ringannya macam kau tiup habuk debu kat rak buku. Elok jer dia terbang ikut arah tiupan tu. Jelas tak?
Errr.. maaf la. Aku bab-bab explain mende ni fail sikit. -_-'
3. Lazimnya.. bila masuk musim winter ni, banyak struktur stalaktait terbentuk dekat bucu atap, ekzos kereta, lereng bangunan dan se-habitat dengannya.
Oh ya! Masa kelas geografi dulu, cikgu aku ada bagi satu tips kalau nak tahu kedudukan stalaktait dan stalakmait yang terbentuk kat dalam gua. Ingat taik, nanti kau ingat la stalaktait tu terbentuk kat bumbung gua. Sebab apa? Kan masa kau berak taik jatuh dari atas, so secara automatiknya kau ingat la stalaktait tu jatuh dari bumbung gua. Bunyi sebutan kan hampir sama.. ye dak?
Heh! Walau pon tips tu sedikit jijik, tapi aku ingat lagi sampai sekarang. Berkesan!
Ok. Sambung balik cerita pasal stalaktait ais ni.
Aku suka patahkan mende alah ni sebab dia jernih macam kaca kristal. Serius cantik. Tapi stalaktait ais ni dalam masa yang sama bahaya jugak woo..
Kalau kau ambik buat main rejam macam acara sukan lontar lembing kat sekolah menengah dulu, maw tercacak kat mata member kau tu. Stalaktait ais ni tajam dan keras. Silap hari bulan, maw masuk hospital member tu pasal ter-buta sebelah mata. Haa! Tak ker naya macam tu?
4. Kebiasaan nya, kereta-kereta yang berada kat negara empat musim ni tak pakai minyak hitam biasa. Lazimnya, gred minyak yang dipakai dalam anggaran 15W-50.
Simbol huruf W di sini merujuk kepada istilah omputehnya, Winter @ Wet. Makna kata, kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Minyak hitam jenis ni di-klasifikasikan sebagai jenis multi-grade. Contohnya Petronas Syntium 800 yang dijual kat Malaysia tu.
Bagi negara-negara yang mempunyai musim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting agar sistem enjin mudah dihidupkan.
Ye la, korang bayangkan suhu salji kat Beijing ni boleh cecah sampai negatif berbelas-belas, tak ker beku satu blok enjin tu. Jadi, kalau nak kereta tu bernyawa, depa kena pakai minyak hitam yang sesuai dengan suhu sejuk.
Ok. Taknak cerita panjang. Aku bukannya terer sangat bab aotumobil ni..
5. Dekat Beijing ni salji dia turun boleh tahan lebat jugak. Lantaran itu, sudah pastinya jalan-jalan raya meriah dipenuhi dengan timbunan salji yang menebal.
So, nak tak nak depa kena buang jugak salji tu kat tepi jalan. Kalau tak, camna kereta nak lalu-lalang?
Gambar kat atas ni aku tangkap dekat dengan kawasan apartment aku. Kalau korang tengok, dia punya alat nak buang salji tu macam mesin potong rumput kan?
Yang ni kat jalan-jalan kecil boleh la pakai. Kalau kat jalan yang saiz sampai enam lapan lorong tu depa pakai kenderaan khas yang sodok salji kat tepi jalan.
6. Lazimnya, salji-salji kat sini sampai berbulan-bulan dia boleh tahan beku tak cair. Mungkin suhu persekitaran yang sejuk kering buat salji ni lambat mencair.
Gambar kat atas ni aku tangkap waktu tengah hari. Tapi pancaran matahari tu macam tak bagi efek sangat kat salji tu.
7. Ramai jugak yang tanya kat aku, best tak main salji ni?
Masa mula-mula tu memang la best. Rasa seronok, teruja dan eksaited bila nampak salji turun berduyun-duyun. Tapi bila dah lama-lama, kau akan rasa bosan dan sedikit sengsara dengan kesejukan yang ekstrem.
Kalau tak pakai kot winter tebal memang naya la badan kau menggigil kesejukan. Gambar kat atas ni saja je eksyen pakai nipis-nipis. Bajet kulit tebal macam kulit buaya heh.
Walau bagaimana pon, sarung tangan dengan pelindung telinga aku kena pakai jugak sebab suhu sejuk dia memang pedih menyucuk-nyucuk sampai telinga kau merah macam nak meletop rasanya.
Bila masuk musim sejuk, udara kat Beijing ni kering dan dia punya peratus kelembapan pon rendah. Jadi, losyen kulit kena sapu kat kat kawasan badan yang sensitif macam paha, betis, lengan dan se-pesyen dengannya. Kalau kau degil taknak pakai, nanti kulit kau akan merekah merah dan rasa kegatalan yang amat sangat.
Pelembab bibir pon kena salap jugak kat sekitar mulut. Banyak kali dah bibir aku merekah, pastu luka berdarah pasal malas nak sapu pelembab bibir gara-gara beranggapan pakai lipbalm ni menjatuhkan rupa paras yang maskulin. Macam pakai gincu jer aku tengok.
Tapi bila dah kena.. dia punya pedih jangan cakap la, lebih-lebih lagi bila kau nak gigit makanan pedas. Wooo! Seksa giler bibir kau nanti..
Haa! Padan muka.
Sekian saja entry pada kali ini.
Wassalam.
36 KRITIKAN KAW-KAW:
wah2 bila lah nk ada peluang merasa pegang salji :) hehe
Menariknya! Sewaktu aku pergi ke Taiwan pada musim sejuk juga tapi tak da pun salji di Taiwan. T.T tak merasa aku. Dapat rasa angin sejuk jer. Nasib baik tak kena winter frost. Malam memang sejuk. Yang paling aku suka adalah gebur musim sejuk. Panas jer bila dapat selimut dalam tu. Huh~
Anologi debu - ok. Taik? Ew... ahaha. Memang terpahat dalam minda aku ni untuk tempoh yang tak dapat aku nyatakan (tapi lama gak ar sampai aku tua).
Anyway, like always, bumped onto your blog still make me wonder how we are connected? =D
pengalaman yg menarik klau dpt rasainya... bestttt
woo gitu..dasyat jugak penangan salji nie kt tubuh badan.siap kena pakai losyen n sapu lip gloss.lecelah..bek dok malaysia.haha..tp tu kan pengalaman.ada juga manisnya.benda nie semua buat kita bersyukur jadi rakyat malaysia kan..
wah conok nya...!! yang xleh tahan tang bibir tu..agak2 tu bibir shape erk?? kehkehk.....
encik fik..nak tue kucing comel!
tapau sikit salji tu bawak balik malaysia , HAHA .
alhamdulillah! saya jumpa satu lagi blog student luar negara!
yeah! thanks singgah blog saya.
akan sentiasa baca! beijing! hwaiting !!
Bestnya dapat main salji..hehe, teori stalaktait tu yang tak boleh tahan, kelakar..hehe
bestnya main salji..nak rasa juga rasa..1day insyAllah
k..x leh blah ayat yg digunakn tuk menggambarkn salji..sggh metafora dan terlampau hiperbola pernggunaanyer..hahaha..
anyway.it's cool...=)
wahhh ! bestt gilaaa dapat rasa saljii. heee.
seronoknyaa
jelesss :(
bestnye,,, nak rasa jugak . postkan salji tu kat meysia bole ? wakaka
nasib baik lah kat malaysia tak turun salji..kalau ada saljilah kan..abis ler kedai bundle kena serbu sbb nak beli kot dan sweater tebal2...
bestnya men salji.. meh bawak balik malaysia sikit..
incik fik..juallah ABC kat sana..mesti untung..ais kan free..hehe
Salam;
dalam seronok2 musim salji ada juga seksanya yer.
WAH..SALJI..ADA IGLOO TAK? HUHU..
waaaaaaaa! salji. bestnya! osem. untunglah bole duduk sana, ehe. nanti bawak balek salji tu boleh?
bila agaknya Malaysia nk turun salji ni ?
malas betol mai kerja pagi ni..hujan lak tu
untung awak berpeluang merasa...terima kasih kongsi pasal salji....dapat bayangkan..huhu
nak pergi sana je rasa...nak tarik ekor kucing comel tu..hehehe
seronoknyaaaaaaaaaaa :D
jaga diri kat sana tau ! heeee
pos kt aku salji sekontena bole?
untunglah dpt main salji! huhuuu!
kawan tieha penah jugak ke sana. balik balik malaysia banyak lebam-lebam kat badan sebab darah tak mengalir beku. huu. bahay kot.. jage dri ye! :)
p/s: hey! buatlah pop-up window utk komen~ :) easier~
tak penah rasa salji..tak tau bila masanya tu nnt..hehehe
nak merasa jugok salji.
entah bile entahnye.
oit fik...kucing tu bkn wat muke biadap ngan ko...die tgh cover macho tu...bkan senang nk dpt masuk blog kan...hahahah...
ㅋ ㅋ ㅋ ㅋ ㅋ ㅋ
aku selalu patahkan ais yang dalam peti ais tu je . hahaha
Hehe aku masih ingat petua mengingat stalaTAIK tu! ;D
Walaupun dah banyak kali tengok gambar2 kau bersama salji, perasaan jeles tu tetap ada. Lebih2 lagi bila tengok kau begambar ketika sedang menahan perit bibir kering.
wahhh.....teringin dowh nak main salji..tapi bila bnyak rasa cm masalah gk kan salji ni
macam syiok je salji² ori nehhh ;p
jeles kot. Salji icity ta coool ;(
balik malaysia bawak salji utk bui boleh..hahaha
u n t u n g l a dapat main salji.
woh, tak sangka hanya dengan tidak memakai lipbalm bibir akan end up merekah malah berdarah seperti itu. umak aihh.
kucing tu ada ilmu bro.. jgn kacau nanti kena cakar, hukk...
pernah gi munich dalam 3 hari kat sana n suhu rendah pun dlm 8degC je, tapiii tu pun rasa sejuk memang tak leh tahan sangat dah..huhu mcm mana lah sejuk salji nih..mcm best tapi mcm la tak tahan sejuknya
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.