(edisi mengidam, uihs?!)
Kalau dekat Malaysia dulu, hujung minggu camni memang best sarapan layan nasi lemak sama sambal ikan bilis. Bila makan tyme suam-suku panas, meruap-meruap aroma santan sama bau wangi pandan meresap dalam lobang hidung. Nikmat giler~! Air liur mula meleleh tyme taip entry ni..
Bila otak dah merewang pasal makanan ni, aku terpikir pulak akan keempukan roti canai sambil cicah kuah kari kacang dal. Dia punya 'umphh' memang serasi kalo pekena teh tarik segelas. Buih halus kaw-kaw punyer! Perghh.. terbaek arr!
Gullppp~ *air liur dah 3 kali teguk..
Bila chatting dengan kengkawan lama kat pesbuk, depa suka menguji keimanan aku dengan menanya soalan cepumas yang boleh tahan loyar buruknya:
" Weh! Malam ni cam bese. Lepak kat kedai mamak.
Aku belanja roti canai. Nak join tak? "
Lazimnya, kalau ada soalan yang berunsur menge-dog (menganjing) ni.. aku balas dengan jawapan yang lebih kurang sama level ke-intelektual nya.
" Sori la bro.. malam ni aku bizi arr nak bakar lemang.
Besok je la ekk? "
Hek 'eleh! Kerek betul mamat tu membahan aku. Ingat kat Beijing ni takda roti canai ka? Takpa, ini jam aku nak tunjukkan kat beliau bahawa roti canai ni memang wujud kat sekitar universiti aku ni heh~
Oryte. Sebelum tu aku nak bawak korang pi kedai roti canai dia jap..
Haa! Ni la pakcik yang jual roti canai tu. Orang dia serius peramah giler kalau diajak bersembang. Oh! Mesti korang tertanya-tanya halal ker makanan kat situ?
Jangan risau. Logo halal dia ada tertempek kat gerai dia tu. Tambahan pula, kedai ni terletak kat belakang kantin Muslim universiti aku. Ramai pelajar oversea Islam yang suka singgah pekena roti canai dia terutamanya student Malaysia. Bebudak Melayu la yang banyak kasi apek ni untung hahaa..
Meh kita tengok roti canai dia pulak.
Taraa!!!
Ini la roti canai versi Beijing. Nama saintifik cina dia " 手抓饼 " (Shou Zhua Bing).
Yang membezakan roti canai sini dengan Malaysia punya ialah terletak kat kuah kari. Roti canai sini style dia tak cicah kuah. Dia unik sikit.
Haa.. tang mana unik tu Fik?
Meh aku review sikit..
Ini la rupa roti canai dia setelah di'bogel'kan. Dia punya style macam kebab sikit. Dalam roti canai tu ada ayam perap, sos cili sama daun salad segar.
Serius sedap woo!!! Ayam perap dia yang kaw-kaw masyuk tu. Wangi, empuk dan ber~aroma. Oh ya! Rasa roti canai dia memang sebijik cam mamak Malaysia buat punya.
Sebenarnya, banyak lagi pilihan yang korang boleh pilih. Kalau tak suka ayam, boleh pilih daging atau pun telur. Nak gabung pon boleh hahaa.. Bagi yang tak suka pedas, boleh gantikan sos cili tu dengan mayonis, sos Thousand Island mahu pon keju. Sumpah meriah inti roti canai kau tu nanti.
Harga roti canai ni dalam 5.5 Yuan. Kalau dikonvert lebih kurang RM2.75 sen la..
Ceh! Sekeping dah nak cecah 3 hengget bhai.. Kalau kampung aku letak harga macam ni memang sah-sah la aku bedal meggi jer.
Dah la, aku nak pi mandi ni. Wassalam..
54 KRITIKAN KAW-KAW:
haha..best2..my friends ade gak yg blaja kt china..ntah2 same u x? :P
aduh..siyes terliur!~ ;p
hahaha..kesiannya dia mengidam..tapi cam sedap je roti canai tu..boleh tahan mahal jugak kan 5.5 yuan..tapi kalau sedap tak apa la..
bukan mahu menge-dog (menganjing) ni :P ;
Jom, diana tengah makan nasi lemak kukus.. Yummy yummy
lain dari yang lain~~~ hoho
Ahak! Ni diorang panggil Chinese pancake kan? Aku gak aku pergi taiwan diorang buat camni.
http://youtu.be/oq75zPry9xI
dan
http://youtu.be/Xs1Baao_r5U
Memang sedap! Tapi harga pun sedap la. RM3.00 untuk satu roti kosong. Huh!?
Tapi yang sukanya takda sentuhan peluh mamak. :D
terbeakk , arr roti canai diaa ..
sedap takk .
err , handsome mamat tuh , bhahaha xD #gurau
memang best le roti canai kalau ada mcm2 isi...
pergh.nampak sedap ja ayam dalam roti canai tu. heks~
amboi roti canai , glamernya . ahaha
kem salam org2 kt china tu, nk pegi sana tp xlepas bhg kastam...hikhikhik
nampak sangat lainnyer..ade umphh ke fik makan xde kuah..macam pelik pulak ade ayam,salad tu..tapi macam sedap je kan..takpe..nanti bg resepi..fiza buat ek..inti je la..roti canai beli je..hehehe
bestnyer merantau ke beijing ! dah tahun ke berape? ;)
dulu fik pernah buat entri psl kedai ni kan?ada ayam dlm tu..nyum2.lbh berkhasiat, siap ada salad lg.nak teh tarik fik buat sendiri jek ye.hehe.anak rantau tak mati kempunan di rautau org kan fik?
fuy0ooo.....dh lme xmkn roti canai neyhhh.....
wah..best2..ok la tue..ad agak roti canai!yeay!hehe
MCM SEDAP JE...still xbole lawan roti canai la bro..maap maap hehhe =)
sy lebih suka roti canai style ni.. bro, kurier satu dozen ok, hikk...
sdap2 roti canai kat sana...hahahaha,,,yummmm ^_^
tp roti canai kat sini sdap lg..hikhikhik
macam roti canai cicah kari ayam jew. rasa mesti lebih kurang :)
wah! best! sana ada roti canai! :D
sedap kew??
wah...gilew best roti canai tuuuuuuuuuuuu!!!!
nasi lemak depan simpang tue sedap..best lah makan haritue (tetiba jek)..
apasal aku nampak macam lempeng mak aku buat..tak sedap ah roti canai tue,dh lar mahal..tak kaww2 mcm mamak malaysia..heee
wah...sedapnya!!! kirim 10 keping hantar kat malaysia plizz!! :D
bernafsu jugaklah aku tengok roti canai tu!
tapi aku rasa,,kari mamak tetap terbaekkk!
wahh sedapnyaaa! tp mahal kemain nak dibandingkan dgn kat sini..hahah tp bestlah roti canai tu :D
waaa!!! tingin la plak nk mkn shou zhua Bing ney..
post ckit kt malaysia...
roti canai dah jarang makan, sebab ari tu nampak tukang masak india tu tak pentingkan kebersihan! wooooooo~~~ dia letak kotak kotor dari lantai kat atas tempat dia penyek2 tebar adunan tu, dan i was....euwwwww!!!
hehe!
rm 2.75 sen tu sekali daing n salad kan?standart arr dengan harga kebab..takkan roti macamtu nak harga seringgit macam kt malaysia kot.hehe..
kt ini takde lg kot roti canai letak ayam n daing..setakat roti salad adalah..roti telur n sardin jer kot.
Nampak roti canai beijing tu macam sedap.pos sini sikit nak cuba rasa.hahaha..
eh eh egypt pun ada roti canai lagi byk perisa! dorg pggey fatirah ^^
apa pon bagi aku...walaupon kau mamak..kau tetap pujaan hatiku....
bila nak bawa zureen makan roti canai kat sini ;p
bila nak bawa zureen makan roti canai ni?
adehh yg skrg blaja kat malaysia ni pn tgh craving roti canai teh tarik..blk kg br dpt rase..huhuu
Sedap nye roti canai tu....nnt bawak balik Malaysia yek....nak rase gak....hhahaah... ^^
Dulu pegi time sejuk gila baban; pekena roti tu ntah berapa keping nak bg panas badan huahahahaha
wahhhhh.....
menyelerakan la roti canai dye...
lapo trus prut nie ^_^
wow! mcm sedap je.. kalau jual resepi tu kat sini, agak2 laku tak?
HAHA aku pun suka membalas macam ayat kau tu bila kawan aku menge-dog aku.. ;D
Dekatdua minggi dah aku tak makan Shou Zhua Bing ni.. hehe. Terbaiklah siap boleh selit ayam dalam dia ek. Harga pun comel.
pehhh!,.best best best,..dh al lapo ni,.adus,.huhu
pergh, nampak mengancam roti canai beijing tu.. post kat malaysia sedozen boleh tak? hoho
errk terkomen lagi
lama tak makan roti canai walhal duduk malaysia :P
sedap tak roti canai sana?? nak sikit..
tapi tetap tak sesedap roti canai mlysia kan ?
mlysia punye sedap,, ade kuah ,, ade sambal,,, beijing ade ke ????
kalau mcm Shou Zhua Bing tu , kat mlsia ade kebab ... =P
saje menJELESkan.
bapak mahal roti canai sane...kalo kt sini, dah leh dapat 3-4 keping dah tu....takpe2...org tlg masakkan cekodok ye hahaha
roti canai versi Beijing, boleh layan gak tu daripada kempunan terus kan hehehe
sblum ni xsuka roti canai tp bila tengok cam sedap lak . ehee
mcm sedappp aje! asal ade roti canai kan kan? g belajar masak roti canai la. leh buat sdiri. hehe :D
Nie namanya transformasi roti canai..hahah
p/s : aku suka roti canai kalau melayu penebarnyerr.. pasal roti dia gebu dan garing..huhu
Nice kakaa.. :)
wah!kalau sedap mcm tu bolehlah cuba2 jual kat M'sia.
mahal..
hey roti canai beijing lagi sedap nampaknya ! pfft.
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.