Oh! Salji Di Bumi Beijing


(entry yang bersepah dengan foto-gedik)

Hari ni tanggal 1 Oktober 2011. Satu tarikh yang cukup keramat bagi masyarakat China pasal hari ni depa meriah sambut Hari Kemerdekaan untuk kali ke-62 tahun.


Justeru.. sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan sifat toleransi sesama kaum, aku menganggap tarikh hari ni sebagai satu rahmat kerana China 9 hari cuti Merdeka. Yippie! Ini bermakna sembilan hari merdeka dari buku teks dan homework hahahaa..


Ok. Seperti tahun-tahun biasa, China pon ada jugak buat sambutan Merdeka kat tengah bandar Beijing. Selalunya depa buat kat Tian An Men. Kira tempat ni macam saing-saing Dataran Merdeka orang kita buat perarakan kereta berhias sama kawad kaki segala bagai tu la..




Kalau ikut plan, awal pagi camni aku dah nawaitu nak tambat kamera sebijik kat batang leher, pastu gerak kat Tian An Men tangkap gambar amoi yang cun-cun. Tapi rasa malas pon ada sebab suhu hari ni 20 darjah Celcius. Sejuk jugak tu weh. Maw menggigil beku kepala lutut aku nanti brrrr... brrrr... brrrr... haachooom!


Oh ya! Sekarang ni musim luruh kat Beijing. Walau pon daun-daun pokok kat sini belum bertukar kuning-kekuningan dan gugur kat atas tanah, tapi sejuk dia macam nak masuk musim winter dah. Buah anggur pon dah banyak jual kat tepi jalan sebab suhu sekarang ni memang sesuai dengan musim buah dia. Manyak manis woo..


So.. memandangkan aku tak dapat nak tempek gambar Kemerdekaan kat China, aku godek la foto-foto masa first year dulu kat Beijing ni. Jadi, hari ni aku nak bawak korang jenjalan kat sekitar universiti aku. Oryte.. chekidaut!




Ok. Kat atas ni pintu gerbang universiti aku. Ini kira daya tarikan utama la kalau orang dari luar datang singgah nak mai belajar. Orang cina kat sini panggil gerbang ni " 红门口 - Hong Men Kou " atau dalam istilah melayu nya, pintu merah.




Oryte. Gambar kat atas ni aku snap kat depan apartment aku masa tahun pertama dulu. Bangun-bangun pagi tengok salji dah turun menimbun. Dia punya salji boleh tahan kaw-kaw tebal. Kalau kau pijak salji tu maw terbenam sampai kat buku lali tu.




Yang atas ni pulak gambar kat Chinese Department aku. Makna kata, semua foreigner yang belajar Mandarin study kat bangunan ni la. Ramai kawan asing yang aku kenal kat sana. Bagi aku, deporang ni agak friendly dan seronok dibuat bersembang.


Kat sini.. kalau nak berkomunikasi dengan mat saleh ker, orang korea jepun ker, orang negro ker atau pon mana-mana foreigner yang lain, kitorang tak guna english sangat pon. Just borak guna bahasa mandarin. Hahaa.. lawak bukan?


Kalau korang bukak youtube, taip perkataan Dashan kat kotak search tu. Nanti korang tengok betapa fasihnya mamat saleh tu cakap cina. Perghh! Lancar gila.




Selalunya.. kalau musim salji, aku tak kayuh basikal pi universiti. Salah satu sebabnya pasal jalan licin. Kalau aku naik basikal pastu jatuh tergolek, tak ke malu kalau muka tersembam hinggap kat tapak jalan. Oh! Sungguh tak berwawasan di situ.


Alaa.. bukan susah mana pon. Kalau berjalan kaki dari asrama aku tu, 10 minit dah sampai tercangak kat dalam kelas. Hidup ni kadang-kadang kau kena usaha gigih sikit. Jangan nak mengharap sangat kereta limosin mewah datang jemput kau dari asrama sambil hampar karpet merah. Heh! Bajet retis.




Ok. Kat atas ni bukan tokong cina ekk. Nak kata menara pagoda pon jauh sekali. Apatah lagi menara condong Pisa kat Itali tu. Oh! Mengarut sungguh aku taip entry ni.


Baik lah.. tempat ni kira gazebo untuk orang santai-santai nak baca buku, nak layan novel jiwang karat mahu pon lubuk setan pasangan kapel nak main ramas-ramas.


Heh! Biadab di situ.




Oh! Ni gambar makhluk-makhluk Malaysia yang teruja nak main salji sampai sanggup tinggalkan member sorang-sorang kat dalam bilik. Ahh.. malas aku nak tacing. Umur pon dah tua, tak kuasa nak merajuk heh..




Errr.. yang ni no komen.




Oryte. Gambar last ni saja aku capap landing kat depan kereta orang. Bajet macam kereta tu moyangkauyangpunya. Amacam? Hensem tak sudut ter-kangkang aku?

Eh! Kenapa korang buat muka muntah.

Ok. Fine..

27 KRITIKAN KAW-KAW:

simanis | October 1, 2011 at 9:12 AM

best tak main salji? hehehe...last year saya nak ke beijing juga...last minit mak kena masuk hospital dan operation mata dia. Kuciwa rasa...hehe...

salam kenal...

Unknown | October 1, 2011 at 9:39 AM

last skali main salji 8 thn yg dulu

Unknown | October 1, 2011 at 9:55 AM

Cantik beijing waktu snow.. :)

Unknown | October 1, 2011 at 10:25 AM

hye there!wow,nice pic,love ur blog..membalas kunjungan eyk..huhu..anyway,follow ur blog yaa..keep in touch..hope so,u'll hit me back!thank u..=)
p/s:stay cool always..=)

Norfarahniza | October 1, 2011 at 10:50 AM

wahhhhh, best sangat....
nak follow.. !!!

Anonymous | October 1, 2011 at 10:56 AM

untung la dapat belajar luar negara kanss.. seronok2..^^

pinky_liscious | October 1, 2011 at 11:11 AM

wah besnya.....heheh

RinsyaRyc | October 1, 2011 at 11:17 AM

untungla...

http://bulatmata.blogspot.com/

Pendamba Mawar | October 1, 2011 at 1:06 PM

best dan jeles boleh?

Unknown | October 1, 2011 at 2:38 PM

untungnya dapat duk sana... cantiknya bijing ada salji..teringinnya nak g..

Jajas | October 1, 2011 at 4:48 PM

syok la bro...teringin nak main salji...hehe

bukanretis | October 1, 2011 at 4:54 PM

best gilak dapat pegi sane...hohoho

thomas | October 1, 2011 at 5:01 PM

singgah tgk org main salji

pa | October 1, 2011 at 5:28 PM

wahhh.. untunglah dapat men salji. weee :D

依之汉 | October 1, 2011 at 5:35 PM

teringin pergi ke Beijing China. Setakat ni belajar 汉语dalam kelas jer. Bila cakap dengan kawan cina tergelak jer diorang. Katanya ada pelat Melayu. Huhuhu. Kalau pergi China kompem tak da pelat. Cadang nak LI kat Beijing tapi tak kesampaian sebab takda contact ladang di Beijing. Mungkin Taiwan menjadi. Aminn.

Semoga teruskan usaha yea.

p/s: cemburu tengok gambar2 orang perantauan walaupun saya dah pergi Taiwan 2 minggu. =D

Alis Misnan | October 1, 2011 at 7:09 PM

seronokny..tetiba teringat kat melbourne wuuu

eita | October 1, 2011 at 7:31 PM

waaa....best nya dapat main salji..jeles tau.....
(nada gedik) hahahaha

Unknown | October 1, 2011 at 7:36 PM

weyh! bestnye..

baiklah lepas nih nak letak dalam wishlist nak pergi melancong kat Beijing ;D

Anonymous | October 1, 2011 at 9:35 PM

bestnya dapat main salji,jeles

Syairani Tarmizi | October 1, 2011 at 9:44 PM

huwaaa.. nak ikot p beijing leh tak?

tiefazatie | October 1, 2011 at 10:31 PM

wah!!!bestnya!!nak gak..hihi

caliph shuriken | October 1, 2011 at 11:00 PM

blom pnah main salji ni, huh...

Unknown | October 1, 2011 at 11:01 PM

Lawa landscape bersalji tu. Sekali pon dalam hidup akak tak pernah main salji. Nasib baik ader benda yang di panggil PETI AIS. Bolehlah buat snowman kecik2 kat dalam tu. Seriuss..., akak dah buat dah. baik dari kempunan.

yui | October 1, 2011 at 11:29 PM

aku tak pernah jumpa salji secara live...huhu

依之汉 | October 2, 2011 at 10:10 AM

and nak tambah komen sikit.

China sambut Merdeka lamanya. Hush. Negara komunis rupanya begitu.

Ok. habis tambah komen. =P

YouSOF | October 4, 2011 at 12:46 AM

Ha'a lama habis cuti merdeka kat sana ek.. Kalau baca novel jiwang dah boleh dapat 3 tajuk dah aku rasa.. ;D


Haha aku ingat nak merajuk jugaklah sebab tak dapat ke sana main salji.

Gadis dekat bawah pokok tu classmate kau la ye?

Tropical Ice Cream | October 12, 2011 at 11:21 PM

serius !best .nak p jugak buleh ?

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.