Oh! Tempias Ca-Ya-Nun-Alif


(satu kebenaran yang kau tak boleh sorok)

Baru-baru ni seluruh pelusuk dunia kecoh dengan rakaman tragik CCTV di mana seorang budak perempuan china 2 tahun, Yue Yue yang digilis dengan sebuah van.


Rakaman ni berlaku kat bandar Foshan di Guangdong. Walau pon lokasi kejadian tu jauh dari tempat belajar aku di Beijing, tapi tempias dia cukup terasa sebab ianya berlaku di China.




Aku pasti ramai antara korang yang dah tengok video ni sampaikan dah tersebar kat berita TV3 di Malaysia.. betul tak? Malah, dekat youtube pon dah melambak orang yang up-load video ni kat internet. Apatah lagi di medium blogger yang tengah hangat dengan isu ni.


Respons orang awam?


Ya, aku pasti ramai antara kita yang mengecam dan marah dengan tindakan orang cina yang haram nak tolong budak kecil tu. Rata-rata orang yang menonton video tu pasti hati dan mulut nak mencarut segala bagai kat makhluk yang berbangsa cina ni.


Buktinya?


Kau tengok dan baca jer komen kat youtube tu. Ramai yang mengkritik dan mengeji moraliti masyarakat China sampaikan terkeluar bahasa kesat lantaran mengomen dengan perasaan serta emosi di luar kawalan.



Mana taknya, 18 orang yang lalu lalang di sekitar jalan tu langsung tak hulur sebarang bantuan menolong gadis kecik tu yang dah terkulai layu dan berlumuran darah di tengah jalan. Depa hanya tengok dan buat tak endah jer..


Langsung takda sifat belas kasihan nak menolong gadis tersebut. Tak berhati perut!


Rentetan peristiwa tersebut, kitorang satu kelas ada tanya perkara ni kat beberapa laoshi (cikgu).


Ada sorang laoshi tu hanya geleng kepala dan malas nak komen. Kemudian beliau cepat-cepat menukar topik lain. Mungkin beliau malu nak mengulas akan sikap segelintir masyarakat China agaknya.


Bila ditanya kat laoshi lain, beliau juga turut geleng kepala dua tiga kali tanda kesal sambil berkata:

" Xianzai Zhongguo ren de taidu buhao ~ "


Maksudnya: " Sikap orang China zaman sekarang ni teruk "


Lepas tu beliau bukak satu cerita yang mungkin ada kaitan dengan kejadian budak digilis tu. Dulu ada berlaku satu insiden di China. Seorang makcik ni naik basikal dan tetiba eksiden dilanggar lari oleh sebuah kereta. Entah mana malangnya, makcik ni ada la cedera sikit.

(gambar hiasan)

Pastu ada la sorang pelajar universiti ni nampak kejadian tersebut, dan dia lekas menolong makcik tu atas dasar kasihan dan belas ihsan sesama manusia sejagat.


Yang celakanya, makcik tu sewenang-wenangnya menuduh student tu yang langgar makcik tu. Habis semua kos perubatan budak tu yang tanggung. Heh! Ibarat susu dibalas tuba.


Lagi satu kes.. ada seorang warga tua (makcik) yang terjatuh dan tercedera. Memandangkan takda sorang pon yang sudi membantu, akhirnya ada la sorang askar ni ikhlas menghulurkan bantuan.


Sama macam cerita kat atas, bila anak kepada makcik tu tengok askar tu pegang dan memapah ibunya, askar tersebut dituduh menolak orang tuanya. Lantaran itu, askar tersebut telah disaman dan terpaksa membiayai semua kos perubatan makcik tersebut. Bertambah sengsara, askar tersebut telah dipecat dari pekerjaannya.


Ok. Berita kat atas ni dah lama tersebar kat seluruh China. So, berdasarkan berita tersebut, orang china takut nak tolong budak kecil yang digilis tersebut.


Mereka lebih pentingkan diri sendiri. Nilai materialistik mengatasi nilai kemanusian. Kalau depa tolong pon, depa juga yang akan menanggung akibatnya.



Oh! Mana perginya nilai moral dalam diri orang China ni?

#######

Baiklah.. Sekarang kita berbincang pulak topik mengenai pemandu van yang berperangai jahanam tu.


Dalam video tu, korang perasan tak satu mende? Masa dia terlanggar budak kecil tu, pemandu van tu berjenti sekejap. Masa tu budak kecik tu berada di antara tayar depan dengan tayar belakang.


Masa tu pemandu van tu mungkin dah kalut gila sebab dah tergilis seorang budak. Waktu tu dia berhentikan sekejap van dia, mungkin dia terdesak dengan dua pilihan:



a) Hantar budak tu ke hospital untuk diberi rawatan.

ATAU pon..

b) Langgar lari dan biarkan budak tu menggelupur kesakitan.



Oryte. Sebelum tu aku nak explainkan sikit undang-undang kat China ni. Kalau sesorang tu didapati bersalah melanggar mati seorang mangsa, dia akan didenda sebanyak 10 ribu Yuan sehingga 20 ribu Yuan. (bersamaan dengan 5 ribu sehingga 10 ribu ringgit Malaysia)


Ok. Yang tu langgar mati. Kalau langgar hidup pulak? Oh, yang tu kau mungkin kena tanggung semua kos perubatan dan segala kos yang berkaitan dengan hidup si mangsa se-umur hidup.


Memandangkan pemandu van tu rela menggadaikan sifat kemanusian, dia lebih sanggup melenyek budak perempuan yang tak berdosa tu dengan tayar belakang.


Alasan?


Dia berharap budak kecik tu mati dan dia terlepas dari undang-undang yang bakal dia tanggung seumur hidupnya. Celaka! Itu semua duit semata-mata. Materialistik sungguh!


Lepas tu dia boleh rileks dan cabut lari meninggalkan budak tu dalam keadaan yang sungguh kritikal. Memang jahanam punya perangai, heh!




Alhamdulillah.. nasib baik dengan izin dan pertolongan Allah, akhirnya ada la sorang makcik tua yang sanggup tolong angkut budak perempuan ke tepi jalan.


Ya Allah.. secara jujurnya, aku sendiri pon tak sanggup nak tengok video ni. Serius aku tak boleh bayangkan penderitaan budak tu.


Kat sini aku selitkan beberapa fakta tragis mengenai insiden tersebut:



1. Budak perempuan tu terlantar kesejukan hampir selama 7 minit di atas jalan.

2. Bapa kepada mangsa tersebut amat kesal dan sedih kerana dalam 18 orang yang lalu lalang di jalan tu, sesetengah daripadanya mengenali bapa si mangsa.

3. Makcik yang menolong budak tersebut, Chen Xian Mei yang merupakan seorang pemungut sampah, telah diberikan ganjaran RM10,000 dari kerajaan tempatan atas sifat keprihatinannya.

4. Kedua-dua pemandu yang melanggar budak tersebut akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa.



Semenjak peristiwa tu, aku nak lintas jalan kat Beijing ni pon dah cuak. Lebih-lebih lagi bila nampak van. Dah macam trauma tau tak?



Haishh! Memang aku kena toleh kiri kanan bahu jalan berkali-kali sebelum melintas. Takpa, biar lambat asalkan selamat.


Oh! Lagi satu perkara.. kalau korang tengok video kat atas ni, korang janganlah terus menghukum semua penduduk China ni berperangai sedemikian. Aku bukan nak back-up depa sebab aku ni study kat China, tapi just nak betulkan sedikit tanggapan orang terhadap masyarakat cina ni.


Dalam setandan pisang tak semuanya busuk. Bukan?


So, sama jugak dalam konteks dalam insiden ni. Tak semua orang cina berperangai sedemikian. Kalau begitu, memang tak ada la makcik tu nak tolong budak kecik tu.


Apa yang penting, kita perlu mengambil iktibar dan buat peringatan pada masa akan datang.


Bagaimana kalau perkara tersebut berlaku di Malaysia, dan betul-betul berlaku di depan mata kita?




Adakah kita mampu menghulurkan bantuan... atau pun sekadar tergamam melihat dan membiarkan orang lain yang membantu?


" Tepuk dada tanya iman sendiri.. "


Sekian. Wallahu'alam~


p/s: Aku mintak maaf kalau ada kecacatan dalam entry ni kerana aku menulis dengan emosi yang hiba, sedih dan pilu bila mengenangkan nasib yang menimpa budak perempuan tersebut.

*Mangsa, adik Yue Yue telah meninggal dunia pada Jumaat yang lepas. Semoga Allah menempatkan rohnya di syurga kelak. InsyaAllah..

46 KRITIKAN KAW-KAW:

Wilayah Sepet Kuku | October 22, 2011 at 6:07 PM

As salam...

Bila nilai kemanusiaan tak lagi ada...apa lagi yang nak di kata??..

senyum tak perlu kata apa-apa :)

Azhafizah MN | October 22, 2011 at 6:13 PM

opss.terkomen pulak..btw,undang2 dorang tu xleh pakai la..haa..jangan trauma,fobia atau seangkatan dengannye bile lalulintas kat sane..pandang kiri kanan banyak kali,bile dah cukup teleng baru melintas..[jangan pakai petua ni]..okay,yang penting berhatihati dijalan raya ye..tapi kalau dah berhatihati ade orang lain tak berhatihati pulak..haa cemane pulak tu..sile jawab..eh,ingat forum ke?salah segmen pulak..lalala~

p/s:jgn berhati haiwan mcm dorang tu.huh

nam | October 22, 2011 at 6:15 PM

sedih...ngeri sgt bila tgk berita ne. nasib ada makcik tu tolong. ya Allah, lain lagi cerita bayi kena kelar...dunia akhir zaman.

mikeyvio | October 22, 2011 at 6:35 PM

btul3. sya pon sdih sgt tgk vid 2. snggup gadaikan sense of humanity bcuz of duit. :(

ctk | October 22, 2011 at 6:57 PM

arap2 rakyat malaysia xgitu
erm,,undang2 punye pasai
kejam! :(

*terima kaseh nek tolong, budi baik nek tuhan je dpt tolong :)

KUKUMALU | October 22, 2011 at 7:09 PM

duk pk duit boleh tanam sekali dalam kubur lah tu..hrmmm

Maira Quee | October 22, 2011 at 7:10 PM

sedeynye...takde hati ke orang2 nie??

jemput ke blog sy..mairaqueen.com

Tropical Ice Cream | October 22, 2011 at 7:59 PM

okeh org malaysia bila eksiden yg penting amek gambar dulu then baru tolong kot .cett

MiSaEi | October 22, 2011 at 8:15 PM

1st skali aku doa kn ko success kat sane...sedih gile aku beb...aku mmg xtengok video tu...xkuat...hati keibuan aku mmg xle trime mende2 mcm nie...hope kerajaan China gubal la undang2 bangang tu or rakyat china lebih peka pd ape yg berlaku...nyawa budak tu weyh...perhhh...aku emosi sikit...huhu...nice n3 kawan...done follow u

Anonymous | October 22, 2011 at 8:18 PM

undang2 dah macam tu, rakyat takot. buat salah, xbuat pun salah. yang jadi mangsa, rakyat jugak..

harap2 Malaysia xda undang2 macam tu..takot..

Hafiza Yunus | October 22, 2011 at 8:24 PM

betul tuh tak semua masyarakat china macam tuh. ade yang baik dan ade yang pentingkan diri, but most of them pentingkan diri. tapi bagi saya yang sekolah kat sekolah cina nie. so far okeh takde yang pentingkan diri. malah lebih membantu! :D

Haszrol | October 22, 2011 at 8:38 PM

kesian budak tu... dunia akhir zaman... manusia semakin kejam

Anonymous | October 22, 2011 at 8:39 PM

simpati sangat kat budak tu..:(
smoga rakyat negara kita tak seperti mereka
sis doakan awk bjaya jugak..

Cikgu Jaja™ | October 22, 2011 at 8:50 PM

xpe..benda dh jadi. usah sibuk mencari kesalahan org lain, yg bersalah tu tetap bersalah, dh dihukum pun kan.. apa yg perlu kita buat skg? jdkan peristiwa kejam tu satu hikmah dan pengajaran. dari sekrang la kita wajib menanam sikap empati/kasih sayang sesama makhluk xkira manusia, haiwan mahupun tumbuhan.. ingat, bagaimana kita mahu diperlakukan, begitu juga kita lakukan terhadap org lain..

boo | October 22, 2011 at 9:16 PM

speechless.

ryzalyusoff | October 22, 2011 at 9:31 PM

bila negara dah terlampau maju la kot jd cmni

Ungu Violet | October 22, 2011 at 9:41 PM

tanda2 dunia akhir zaman..:(

AtieAbid | October 22, 2011 at 9:41 PM

patut la..orng diorang jugak yg buat org lain jadi sampai hati. kalu x pernah jadi kes2 sebelum ni, rasanya pemandu van tu xde la amik keputusan langgar budak tu lagi kan..

Puan Kutu | October 22, 2011 at 10:28 PM

jumaat hari tu perkara nie dibincang di MHI.Betullah semua tak nak tolong sbb material.semoga kisah budak nie dijadikan pengajaran

smp sekarang sy tak sanggup nak tgok video tu,cuma dengar cerita org dan melalui berita yg sy dengar..serius tak sanggup!

aduh nak ter emo..sekian..

Shida Radzuan | October 22, 2011 at 11:06 PM

dah tgk video tu..mmg pilu tgk tak ade org yg tlg ank kecil tuh..cuma bhrapa keluarga mgsa dapat relakn kpergian ank tu dgn tenang..

kpah k-poh Sharifahnor | October 22, 2011 at 11:21 PM

kpah cuma tgk yg tv3 siarkan jer..sbb tak sanggup nak tengok..Cuma satu jer yg kpah nak tahu, kenapa dibiarkan anak sekecil itu bersendirian? mana pegi makayah nya?

依之汉 | October 23, 2011 at 1:10 AM

Akhirnya. Baru lah rasa lega ada juga rakyat Malaysia yang study di China komen mengenai ni. Nasib baik di Malaysia tak terjadi lagi hal sebegini. Ni semua gara2 terlalu suka I see u in court. Aish. Kalau I see u in bed ok gak...

btw, nice sharing.

Icah Banjarmasin | October 23, 2011 at 1:44 AM

Astagfirullahalladziemmm...

Syafiq Ahadin | October 23, 2011 at 1:58 AM

First, saya doakan abang sukses di China dan selamat dari segala bala petaka semasa di sana.
Saya dah berkali-kali tengok video tu sampai meremang bulu roma sebab marah yang teramat. Dan bila baca pasal komen abang pasal peraturan kat sana, tambah lah marah! Diorang memang mata duitan. Oh tidak! Kenapa harus jadi camtu?!
Abang kawan saya yang meninggal last year pun pasal eksiden gak, takda pa, tak cedera parah, tapi lepas dilanggar, pelanggar tu langgar lari. Dan arwah abang kawan saya tu dibiarkan di tepi jalan ditutup dengan kain. padahal belum meninggal pun. 3 jam terbiar!
3 JAM dibiar kat tepi jalan dengan jasad ditutup tanpa dapat bernafas. tak ke mati camtu?
oh, sory, saya emosi kenangkan pasal benda tu. tapi apa nak kesal, benda dah berlaku.
Saya pun kadang terpikir juga, saya mampu ke buat camtu kalau berlaku benar2 depan mata or just wait for the others to come. Huhu!
Sungguh dahsyat orang sekarang.
Syukurlah dengan makcik tu. syukurlah ada cctv. kalau takde, mesti makcik tu pula dipersalah.
MasyaALLAH. Sory, emosi!
Wassalam. Thanks for sharing :D

syimiekitty | October 23, 2011 at 7:21 AM

oh gitu!!! :)

Unknown | October 23, 2011 at 8:16 AM

tak pernah tengok pun video tu..tak sampai hati..

sian kan bila perasaan dah jadi keras sekeras batu :(

nasib baik la tak jumpa perkara2 pelik spnjg kat sana aritu..

LiNa_Pg | October 23, 2011 at 9:07 AM

masa tgk dlm berita ras sungguh geram ngan org awam yg lalu lalang hanya memandang bdk kecik tu terlantar.Tp bila sy dapat e-mail yg isi kandungannya sama cam dlm n3 ni, terus terjawab segalanya.patutlah org ramai enggan membantu.Begitulah kalau manusia hnya mementingkan diri sndri.
Terus tergugat mood nk bercuti ke Beijing 26hb ni huhuhu.

Fazri | October 23, 2011 at 9:15 AM

kenapa taQ ada yg mau menolong. kasihan anak manusia disangka hewan. sungguh taQ ada rasa kasihan masyarakat disana

simanis | October 23, 2011 at 10:04 AM

Sangat sedih, fik...sedih sungguh bila tahu kanak2 itu akhirnya meninggal dunia kerana ketidak perihatinan manusia...

Puteri Kayangan?@#$%???? | October 23, 2011 at 10:17 AM

Hrmmm susah nak kata ..tolong pun susah tak tolong pun susah.Kan bagus kalau pada mulanya orang yang menerima bantuan tak pergunakan ehsan orang yang tolong.

Kalau tak perkara tak membantu nie takkan berlaku ..betul tak?


Hrmm banyak tangapan buruk terhadap orang china masa kini kan?

blog-tips-kurus | October 23, 2011 at 10:28 AM

saya pernah kerja dengan company kaum itu (di M'sia), majoriti memang kureng.. susah nak jumpa yang betul-betul boleh ngam..

*tak sanggup tengok video itu..

Anonymous | October 23, 2011 at 11:00 AM

waaahhh gile aku baca dgn serius.. mmg kasihan budak tu, aku pun tak sanggup nak tengok sampai habis klip tu..
kejam, sib baik macik tu datng..
kalau dulu diorng fobia nak tolong orng kena langgar sbb takut kena tuduh.. harap selepas macik tukng pungut sampah tu dapat duit dorng akan berebut2 nak tolong orng if ada yg dilanggar.. gila metrialistik...

abu
www.ashgive.com

Unknown | October 23, 2011 at 1:18 PM

baru jijah tahu kesahnya...kesiannya budak tu..untung lah kat malaysia walau pon orgnya bz body tpi xde lah sanggup biarkan budak tu kena gilis banyak kali...menakutkan je..tak sanggup tengok! zalim jugak dorang ni..huhuhu

Yu. Chekgu LK | October 23, 2011 at 1:32 PM

aduhai..kesian'y..mudah2n kamu dijauhkan dari ditimpa masalah sedemikian rupa.. kes ney menjadi pengajaran buat kita semua

Unknown | October 23, 2011 at 1:40 PM

bagi aku..gubal balik la undang-undang yg China pakai 2..xrelevan lgsung..sebab rakyat takut buat buat slh dan byr denda 2..last2..org lain yg jadi mangsa...

shahirah negro | October 23, 2011 at 2:08 PM

haaa.. ira pun penah dgr..
org ckp.. kalau g china. kud nmpk owg jatuh..
SILA JGN TOLONG..
sebb nanti kite yg kne..

fi | October 23, 2011 at 2:20 PM

Alhamdulillah ada CCTV kat situ, kalau tak entah2 makcik tu yg kena dakwa. Kita tak boleh letakkan kesalahan tu 100 peratus di bahu orang-orang tu. Cuba tengok balik undang2 di China dan cerita2 yg mereka dengar. Fyza yakin mereka bukan berpendapatan tinggi dan takut kalau2 mereka yang terpaksa tanggung kesalahan si pemandu van tu.. Semoga kerajaan China sedar kekurangan tu.

fatenalina | October 23, 2011 at 2:25 PM

tak sanggup tengok video tu..
astaghfirullahal'azim...

Uji Hussein | October 23, 2011 at 4:43 PM

TV S'pore tak tayang habis time budak tu kena langgar atas alasan terlalu kejam.Rupa2nya gitu senario di Cina ye!Nasib baiklah kita jad org Malaysia.

Rain | October 23, 2011 at 4:50 PM

wa pu nen chiang se me..

hen kan tong (pronounce)

Nuriy Arisa | October 23, 2011 at 5:18 PM

kesian budak cina tue..

dorg lebih penting kan duit dri nyawa budak tue..bertape teruknye sikap pemandu van dan pemandu lori yg langgar kaki budak tue..x perikemanusian langsung..:(

tiefazatie | October 23, 2011 at 11:58 PM

tq 4 this n3 fik..tq sbb menjelaskan sebenar2nya..ada if abaca gak psl undang2 mereka sendiri ygmenyebabkan rakyat mereka jd nie mcm nie..papepun..syukur la ada cctv nie..tp yg sedih tue..smp hati ada antara yg lalu tue kwn2 ayah die kan..mereka tega biarkan je sbb tkt kena tuduh kan..agaknya nak gi bagitau mak ayah budak tue pun dorg takut kot kan..

caliph shuriken | October 24, 2011 at 4:58 AM

kali pertama tgk vid ni aritu mmg speechless...

Unknown | October 24, 2011 at 10:40 AM

betoi ka perangai org China camni ?

YouSOF | October 24, 2011 at 3:38 PM

Menyedihkan dan mengejutkan.. Mula² tengok mesti la marah..

Tapi bila dah tahu apa sebab manusia² tu buat macam tu, sedih tetap sedih. materialistik lebih mahal dari nilai keprimanusiaan tu sendiri ke?? Semoga benda tu tak terjadi dekat Malaysia..


Ish² ish.. Niat murni dibalas dengan tuduhan jahat....

Kau berjaga-jaga lebih la lepas ni ek..

tunz | October 24, 2011 at 6:38 PM

jadikan ini satu pengajaran kpd kita semua.Moga Tuhan permudahkan segalan urusan kamu di rantauan.mama doakan kamu dilindungi Allah s.w.t.

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.