Oh! Ini Sungguh Kreatif


(beberapa produk kreatif berasaskan minuman yang aku rasa ohsem!)


Ini adalah produk Nescafe yang berkonsepkan paket 3 dalam 1. Selain bertindak sebagai paket menyimpan serbuk Nescafe, paket ni juga boleh dijadikan sebagai pembancuh kopi dan straw minuman.

Designer dia dari Korea, Youngdo Kim.





Apa yang korang perlu buat just tekan muncung straw tu agar serbuk Nescafe tu keluar dari paket. Pastu bancuh dan minum air kopi tu dengan straw tersebut. Sluuurrppp~!

Oh sumpah style idea ni!


Bagi kehidupan aku sebagai seorang student, benda ni memang praktikal bila menjelang exam. Kalau study last-last minute dalam bilik yang berserabut, and then kau rasa nak bancuh kopi buat segar mata, tak ke parah tyme tu baru tergedik-gedik nak cari sudu yang entah ceruk mana menghilang dia? ye dak?


So.. selain menjimatkan masa, straw 3 dalam 1 juga mampu mengelakkan meja study kau bersepah menimbun dengan paket plastik, in-case kalau korang menggunakan paket Nescafe 3 in 1 yang biasa atau pon.. jenis pemalas yang nak buang sampah. heh!



Oryte.. ini adalah rekaan botol air plastik yang berkonsepkan 'Easy Drink' dan sememangnya unik dan lain dari yang lain. Keistimewaan produk ni terletak dekat muncung botol yang direka dengan bucu bersudut 45 darjah, bengkok sedikit.


Rekaan botol air plastik yang diilhamkan dari 3 pereka kreatif, Hsu Hsiang-Min, Liu Nai-Wen, dan Chen Yu-Hsin ni telah berjaya meng-evolusikan rekaan botol minuman yang sememangnya tidak banyak perubahan dari zaman-berzaman.


Rekaan yang simple dan praktikal ni sesuai digunakan untuk semua peringkat umur especially kepada kanak-kanak sekolah yang selalu bawa bekal air dari rumah.


Dengan muncung botol 45 darjah ni, anak-anak korang tak perlu nak dongak kepala tinggi ke langit sangat sampai terkejang urat leher tu..



Ok! Next stuff..


Rekaan kreatif yang bertemakan 'Dunk Mug' ni memang sesuai buat penggemar biskut yang suka cicah biskut dengan air kopi, teh, milo, ho ho horlicks dan sekutu minuman dengannya.


Sambil layan movie, korang tak perlu bersusah payah nak capai biskut yang terletak kat atas meja. Just selitkan biskut di bawah ruang kosong mug ni, korang boleh jimat sekeping pinggan nak letak biskut.


Perghh! Kalau ada biskut Oreo lagi sedap ni. Isi mug tu dengan susu, pastu bubuh jer Oreo kat bawah dia. Baru arr menjadi trademark Oreo kalau nak cicah biskut dengan susu ; " putar, jilat dan celup! " hahaa..


###########


Oryte. Cukup sekadar sini. Aku harap agar rekaan yang super-kreatif ni tak membuatkan manusia untuk menjadi pemalas, tapi dimanfaatkan sebaiknya untuk menyenangkan urusan kerja dalam kehidupan seharian. ^^

Wassalam..


27 KRITIKAN KAW-KAW:

nor amni sarah muhammad zin | January 22, 2012 at 12:20 PM

awes0me!

Fabulous Me | January 22, 2012 at 12:34 PM

Ahha comel.

I wong (依之汉) | January 22, 2012 at 1:22 PM

Serius kreatif! Sekarang banyak syarikat tak ikut dah rekaan sama jer. Kalau tengok kat Jepun tuh, banyak benda-benda kreatif diorang buat. Cuma tak sampai la kat Malaysia nih. Takat Jepun jer la sebab mahal. Hehe. Semua ni berkonsepkan multi-functional.

Amie. | January 22, 2012 at 2:33 PM

waa produk straw nescafe tu tolonglah jual kat malaysia ni pelis. hehe.

cik Q | January 22, 2012 at 2:34 PM

Memang terbaik ! :D

FYA PELANG! | January 22, 2012 at 3:42 PM

gilak ! TERRRBAIK !

Azhafizah[フィザ] | January 22, 2012 at 3:43 PM

Memang kreatif la dorang ni.thumbs up!

Syafiq Ahadin | January 22, 2012 at 4:02 PM

style!!!

♥ Muncett Cima ♥ | January 22, 2012 at 4:20 PM

awesomee (:

caliph shuriken | January 22, 2012 at 4:44 PM

stylo laa idea ni ^^

NighBerkz’S Blogs | January 22, 2012 at 5:02 PM

meme coolll


http://nighberkz.blogspot.com

khairul | January 22, 2012 at 5:44 PM

nampak unik

Lily | January 22, 2012 at 6:11 PM

Wah, mmg sgt kreatif :D

e4ezzati | January 22, 2012 at 6:27 PM

style gilooo

azeelia azman | January 22, 2012 at 6:33 PM

haha..kreatif betol..

naiemah_ramli | January 22, 2012 at 6:58 PM

kreatifnya ha...
^___^

si robot comel | January 22, 2012 at 7:18 PM

sangat efisyen.

Saddila | January 22, 2012 at 7:44 PM

tiga2 awesome gila :))

Mr.Sepet | January 22, 2012 at 8:00 PM

stylo melo . .

Nur Aischa | January 22, 2012 at 8:25 PM

wahh bagus2 ni, paling suka rekaan air botol mineral tu. senang, tak payah susah2 nak dongak ke atas utk minum..

Allya Riff | January 22, 2012 at 8:36 PM

awesome gila struktur produk ni. harap dpat cuba! hehe :D

MaYa MustWany | January 22, 2012 at 8:41 PM

terbaik la..
yang first tuh xleh tunjuk kat mak,darah tinggi tak lok.hihihi

yang botol tuh menarik la.kalau de,nak beli.hihih.

cawan tuh tak best sangat coz nak makan banyak biskut.hahahah

budak kacamata | January 22, 2012 at 9:28 PM

huh..marvellous..bile da tercipta rekaan nie, bru terpk, npe la be4 nie xpernh terpk nk wt inovasi cm 2 ek...org yg hebat, besenye sifatnya ckup hebat..mampu berpk out of the box..neway, very knowledgeable post..sallute u incek fik..!huhu

Afiq Bukhari | January 23, 2012 at 3:37 AM

sangat kreatif!

Amierah Nabillah | January 23, 2012 at 7:31 AM

cool gilaaa! :DDD yang botol easy drink tu, baru sekarang orang terfikir nak buat eh. hehe :D

Teacher Basariah | January 24, 2012 at 11:31 AM

kreatif betoila..hehe

YOUsoF | February 13, 2012 at 10:39 AM

Mantap!

Kreatif mengalahkan orang kurang kreatif.. haha

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.