Oh! Download Font yang Kemas & Lawa


(e'ehh.. tetibe rajin buat tutorial. sandiwara apakah?!)

Pada awal tahun 2012 ni, aku rasa nak buat anjakan paradigma sikit. Dalam erti kata yang lain nak buat entry berilmiah sikit. Taknak merapu sangat. Hidup mesti maw ada transformasi bai..


So kali ni aku nak buat tutorial sikit. Tutorial camna nak download font yang cun dan superb dari laman internet. Walau pon tutorial ni dah ramai orang yang taw dan sedikit ketinggalan zaman, aku tetap nak buat jugak hahaa..

It is better late than never.. Am i right?



Seperti yang korang sedia maklum, font ni digunakan meluas dalam mendesign poster, iklan, banner, baju dan sekutu papat dengannya. Malah dalam mendesign header blog pon boleh diselitkan font yang kaw-kaw manthop.


Kebanyakan pembaca blog akan menilai first impression pada penampilan header blog. Kalau font yang digunakan cantik, unik dan kemas, InsyaAllah pengunjung akan tertarik 'kau memang da bomb' dengan keseksian header korang tu. Pendek kata ada aura dan seni la hahaa..


Baru arr orang melekat nak baca blog ko nanti.. Jadi, taknak sembang banyak, meh kita start tutorial sekarang.

###########

First sekali korang kena cari laman web yang menyediakan perkhidmatan font. Actually, serius melambak website font percuma yang designer reka kat internet ni. Semua best dan menarik. Yang penting korang kena rajin explore satu-persatu.


Tapi aku lebih prefer carik kat Dafont.com

Website ni free of charge. Bagi yang belum try meh klik kat link ni.


Oryte. Bila korang dah masuk website dafont ni, korang boleh la carik font yang korang minat. Kalau konfius nak pilih mana satu, korang boleh klik dekat button 'Themes' tu. Kat situ ada ada bermacam tema dan pilihan font yang menarik dibahagi mengikut jenis dan style tersendiri.


Butang 'Top' tu untuk ranking font yang ramai orang download. Kot-kot ada yang berkenan dengan citarasa korang klik la kat situ.


Kalau dah jumpa font yang melekat di hati, haa korang terus jer klik button download kat bucu kanan tu. Sebagai contoh, aku download font 'Display' dekat website Dafont ni.



Bila dah settle download, nanti korang akan dapat satu file WinRAR ZIP yang mentah taw. Haa.. lebih kurang begini bentuk dia:




Ok. Pastu korang double-klik dekat file ZIP tu. Nanti dia akan keluar page yang lebih kurang cenggini rupa dia:




Next step, korang klik dekat bahagian fail 'Extract To'. Nampak tak? Lepas tu korang klik dekat file yang ada kod 'ttf' atau pon 'otf'. Lazimnya dekat sebelah kiri kod tu ada tertempek gambar kertas berhuruf A besar.

(*kebiasaannya file 'Extract To' kena tekan bila first tyme nak download, bila dah banyak kali korang just double-klik jer.. tak payah susah nak klik kat 'Extract To' tu..)

Oryte.. Bila korang klik kat link tu nanti akan keluar page camni:




Last sekali, klik button 'Install' dan SIAP!


Kalau korang menggunakan perisian Adobe Photoshop dalam projek mendesign ni, font tu secara automatiknya ter-install kat situ.


Bagi yang rasa rumit dengan Adobe Photoshop, boleh try guna PhotoScape untuk design font yang dah korang download tu. Nak installer PhotoScape boleh klik kat link sini.

###########

Kat bawah ni aku tunjuk sikit contoh font
yang aku download dari web Dafont.








Okla.. cukup saja tutorial buat masa ni. Korang boleh carik lebih banyak lagi font yang cantik dan menarik. Yang penting korang kena rajin explore.. oryte?!

Selamat mencuba! ^^


16 KRITIKAN KAW-KAW:

Pamie | January 21, 2012 at 3:58 PM

dafont.com ni memang best kalau nak download font..macam2 ada..

xim | January 21, 2012 at 3:58 PM

wau...cntik la....nk dwnld la...thanks sbb kasi taw...heheeh... ^_^

Rain | January 21, 2012 at 4:14 PM

fuuuuuuuuuuuuuuuuh!

eeiyss | January 21, 2012 at 6:36 PM

dah donlod..yey!

budak kacamata | January 21, 2012 at 6:42 PM

xberjaye la..xley nk extract..sbb die tulis zipped file is empty..

-Incek Fik- | January 21, 2012 at 6:46 PM

-budak kacamata

Hmmm.. try font lain pulak ok?
Semoga berjaya! ^^

budak kacamata | January 21, 2012 at 6:55 PM

dh berjaya install..tp cmne nk applly kat photoscape 2 ea..?

budak kacamata | January 21, 2012 at 6:56 PM

eh,lpe nk ucap thanks..thanks ea sbb share..n ajar.,

budak kacamata | January 21, 2012 at 6:57 PM

eh sori3..memperbkkan komen plak kat cni..bru phm konsep die..kna taip ciap2 word yg kiter nk , bru dwld kan..hukhuk..maafla slow plak..hahaha

-Incek Fik- | January 21, 2012 at 7:06 PM

terima kasih jugak sebab sudi baca dan mencuba tutorial kat atas ni hehee..

Oh! Camna nak apply kat PhotoScape ekk?

First sekali.. bila dah berjaya install photoscape, tekan button 'Editor' kat bahagian kiri atas tu.

Dekat situ la part nak design font tu.

Sebelum tu, pastikan background sudah didownload siap². Background boleh ambek kat Google pictures.

Oryte.. lepas dah klik kat bahagian 'Editor' tu.. ambik background yang telah disave tadi dan klik jer kat gambar tu.

Ok, pastu klik dekat button "Object" dan klik pulak dekat button yang ada tertera huruf'T'..

Sekarang dah boleh start tulis font yang kita pilih tu..

EnciK AxixOu | January 21, 2012 at 7:23 PM

owh..die terus leh pakai kat mane2 lps install ea??kat word leh x??

-Incek Fik- | January 21, 2012 at 7:29 PM

-EnciK AxixOu

Yuppzz.. even kat dalam Microsoft Word pon dia dah install secara automatik. :)

-Incek Fik- | January 21, 2012 at 7:38 PM

p/s : semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan diharapkan agar ilmu yang dipinjam sedikit dari Allah ni diberkati dan diredhoi olehNya..

InsyaAllah.. Amiin~

^^

sweetbanana | January 22, 2012 at 1:43 AM

waaah..superb!! ada masa nk try lar..huhu..:) thanks for sharing..:)

budak kacamata | January 22, 2012 at 10:22 AM

huhu..dh berjaya..thanks taw incek fik..smpai lewat tengah malam semalam cube taw..sy memang minat kalo bab2 design tulisan..really appreciate..next tyme, share la lagi ea..hukhuk

Guli Cantik | January 22, 2012 at 11:14 PM

best la blog ni, banyak info aku dapat :)

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.