Oh! Sepagi di Pantai Qingdao, Shandong


(kembali 'rujuk' dekat blog setelah talak dua bulan gara-gara curang dengan pesbuk)


Sebulan dua ni aku agak malas nak apdet entry, memang tak istiqomah dan tak berwawasan betul la.. heh, konon awal-awal buat blog dulu nak tulis entri paling koman sebulan lapan belas bijik entry. hampeh.


Tapi aku tulis entry yang perangai kejap ada kejap takde macam chipsmore ni pon ada bersebab jugak. Memandangkan musim sejuk kat sini dah lama start dan masih membeku dengan suhu di bawah paras kosong, so adalah munasabah dan munasarawak untuk aku berhibernasi sekejap.


Okla.. kalau nak sembang kepoyoan-lama-tak-apdet-blog pon bukan ada orang kesah. ye dak? Even kalau aku sembilan tahun menyepi pon korang boleh hidup bahagia duduk depan pc sambil makan kuaci cap bunga.


Oryte. Hari ni aku nak tempek gambar bercuti kat Qingdao sem lepas dulu. Kebiasaannya, pihak Beiwai (universiti aku) akan bawa pelajar Malaysia melancong kat area China semester satu kali. Destinasi kali ni depa nak bawak pi Qingdao.


Qingdao yang terletak kat provinsi Shandong ni terkenal dengan jenama arak mereka, Tsingtao. Kalau diikutkan pihak universiti nak kitorang melawat kilang arak depa. Heh! apa kejadahnya bawak student Islam kat tempat minuman syaiton tu..


Setelah kitorang berbincang dengan pihak universiti dengan mengambil sensitiviti sebagai Muslim, deporang bersetuju untuk menukar lokasi lawatan ke kilang elektronik, Haier. Kilang ni boleh dikatakan agak terkenal jugak la kat satu dunia, jenama dia berkualiti dan produk dia banyak dieksport kat luar negara termasuk la Malaysia.


Selain tu, salah satu daya tarikan yang terletak kat Qingdao ni adalah struktur geografi dia yang berdekatan dengan tepi pantai. So.. taknak bebel banyak, meh layan gambar yang aku snap sepanjang persisiran pantai kat sana. Chekidaut!



Sambil bersiar-siar kat tepi pantai, banyak ciptaan Allah yang cantik
terpampang kat depan mata kita supaya kita berfikir tentang
keagungan PenciptaNya..
Subhanallah!


Sekawanan burung camar berlegar di tepi pantai sambil
berlatar belakangkan pembangunan yang pesat di sekitar Qingdao..


Kulit kerang di tepi pantai..


Gambar ni spesial. Waktu aku jenjalan kat tepi pantai.. ada gelagat
sorang makcik cina ni yang menarik perhatian aku.

Aku tengok dia tekun jer kauk pasir kat tepi pantai guna pencakar besi.
Bila datang dekat dengan makcik ni, baru la aku taw dia tengah gigih
cari ketam yang bersembunyi kat celah pasir pantai ni hehee..

(perhati gambar yang aku bulatkan tu. ketam bukan?)


Haa! Ni la gambar anak ketam yang makcik tu kauk guna pencakar tu.
Banyak la jugak tangkapan ketam si makcik tu. Tapi kebanyakannya
kecik-kecik jer saiz dia..

Dah tu.. kalau tetiap hari main tangkap maw tak pupus ketam tu..


Yang ni gambar aku snap tyme orang jual kulit siput yang beraneka
corak dan warna. Wow! Semua lawa-lawa belaka..


Kapal perang kat atas ni kesan tinggalan jajahan Jerman yang pernah
menakluki kawasan Qingdao satu ketika dulu..


Okla.. cukup saja dokumentari buat kali ni. Aku pon banyak hal nak kena urus. Nanti ada masa kita jumpa lagi.

Wassalam..

15 KRITIKAN KAW-KAW:

manis | January 20, 2012 at 10:54 PM

indahnya...

cikgu nadia | January 20, 2012 at 11:05 PM

untung ye, muda2 dapat peluang tengok negara orang. good luck!

TheGirlNamedNoor | January 21, 2012 at 12:20 AM

Perghh!! Punya lama aku tunggu entry baru kau. Ni baru dapat baca. heh~ ("~)

Syafiq Ahadin | January 21, 2012 at 12:34 AM

sangat lah lama tak berupdate!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TiraPengemis | January 21, 2012 at 12:38 AM

hen piaoliang~

caliph shuriken | January 21, 2012 at 12:43 AM

owh, tgh hibernasi rupanya, hikk...

naiemah_ramli | January 21, 2012 at 2:03 AM

wahh..cantiknya :)
indah ciptaannya :)

Original CikTeddy | January 21, 2012 at 7:40 AM

fuyoo..tngkap ketam mcm tu je..ei,takut ketam tp suke mkm..ehehe

Azekzk | January 21, 2012 at 8:08 AM

terbaik punyer.

I wong (依之汉) | January 21, 2012 at 10:30 AM

First of all nak ucap Xin Nian Kuai Le!

2nd, lama menunggu update dari seberang nih.

seronoknya dapat jalan2 di China. Nasib baik tak jadi ke kilang arak. Kalau tak... kung fu mabuk diajar pulak nanti. Heh.

Kumpul cengkerang siput tu buat cenderahati untuk tersayang. Heh. Ketam buat sup sedap gak.

ICAH BAJARMASIN | January 21, 2012 at 11:41 AM

Mantef sekaliii...beutiful.

budak kacamata | January 21, 2012 at 3:26 PM

nice view..

Nur Aischa | January 21, 2012 at 5:29 PM

wahh cantik pantai dia, teringin pula nak pergi china. hee~

umairah safiyyah | January 21, 2012 at 8:56 PM

assalamualaikum..
waa cantiknya pantai tu
bestnya dpt merantau d negara org..
sy pun teringin nak ke sana..huhu

cik kiwi's | February 17, 2012 at 8:11 PM

perghh!!!. besar gila ketam tu!!!!!!!!!!!!!!!. nakkkkkkkkkkkk!!!!!

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.