Oh! 祝您生日快乐、 爸爸..


(ucapan befday khas buat incek ayah dari anakmu di perantauan)


Waktu kekecik dulu aku memang nakal, pernah sekali tu aku dengan member khusyuk tangkap ikan pilai (pelaga) kat tepi parit, dari pagi sampai la ke tengah hari.


Bila dah nak masuk waktu zohor, mak aku jerit dari tepi tingkap panggil suruh masuk rumah. Dah menjadi lumrah seorang ibu, mesti la risau kalau anak dia dok berjemur seharian kat luar rumah. Masa tu pak bilal dah ready ambik wudhuk nak laung azan.


Tapi tyme tu bebudak lagi kan, mana nak dengar sangat cakap mak.
Durhaka sungguh.


Entah apa yang best dok gigih sauk ikan pilai aku pon taktaw. Mungkin masa tu femes dengan musim laga ikan. Letak ikan pilai dalam botol sos kosong, pastu kasi laga dengan member punya ikan.




Hahaa! Era zaman aku dulu, benda ni dianggap trend taw.


Masa tu masing-masing berlagak nak tunjuk ikan pilai sapa yang paling cun dan seksi. Lepas tu, bila jumpa dengan member yang bela ikan pilai, pakat laga nak tengok ikan mana yang paling cantik ekor dia mengembang tyme rapatkan dua botol sos tu.




Bila teringat balik memori tu, rasa cam bingai jer buat mende camtu. Kesian kat ikan tu, tak bersalah apa-apa pon. Tapi tu la memori dan perkara nostalgik tyme aku kekecik dulu. Bebudak zaman sekarang ni aku rasa mungkin kurang pendedahan dengan persekitaran alam kat luar rumah tu.


Ye la.. bebudak zaman sekarang dah diracuni pemikiran dengan game angry birds, counter strike, dota dan se-lagha dengannya. Main tak keluar peluh pon heh!


Oryte.. sambung balik kisah kat atas.


Kalau tak silap aku, masa tu mak aku dah panggil dua tiga kali suruh masuk rumah makan. Tapi aku still buat dek jer. Waktu azan zohor mula berkumandang, memasing gagah mengauk ikan buat kali terakhir, kot-kot ada rezeki tersangkut kat jaring tu.


Habis jer azan, kitorang pakat bersurai. Dengan perut yang berbunyi krukk krakk cukup jelas menandakan kelaparan yang amat sangat hasil memerah kudrat mengauk ikan pilai tu.


Sampai kat depan pintu rumah, incek ayah dah tercegat garang dengan misai tebalnya sambil tangan dah standby nak hayun rotan buluh yang boleh tahan runcing dia.




Ahh.. masak la aku kali ni - bentak hati aku. Memang tepat sangkaan aku. Tanpa banyak cakap, incek ayah terus libas punggung aku dengan hayunan rotan berkali-kali.

Piaaappp!

Bila rotan tu hinggap kat punggung ko, dia punya penangan memang padu habaq hang! Meraung-raung aku jerit mintak ampun. Pastu aku terus lari masuk bilik sambil nangis tersesak-esak sambil kunci pintu buat tanda merajuk waakakaa..


" haa! Pergi la masak ikan pilai tu buat makan. Main sampai tak ingat dunia " marah si incek ayah kat aku dengan nada nasihat.


Pergh! Sampai sekarang aku ingat lagik kenangan tu hahaa.. tapi memang salah aku pon sebab kalau ikutkan, hari tu aku kena siapkan kerja sekolah matematik yang cikgu aku bagi. Tapi aku boleh pulak keluar senyap-senyap dari rumah pi tibai tangkap ikan.


Walaupon begitu, aku tetap nak berterima kasih kepada insan yang bergelar ayah ni sebab..






..dan banyak lagi jasa dan pengorbanan incek ayah yang tak ternilai untuk diungkapkan dalam wardah ni.


Ya, aku akui kadang-kadang incek ayah memang tegas dalam mendidik anak-anak beliau, tapi aku pasti di sebalik ketegasan beliau terselit kasih sayang seorang ayah dalam membentuk anaknya untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama dan negaranya.


Ayah mana yang suka tengok anak dia gagal dalam hidup. ye dak?


So, atas kesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada incek ayah kerana berjaya melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang mithali hehee.. Akhir kata, saya doakan semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah :)


Saya sayang ayah saya!


*gambar kami sekeluarga tyme beraya kat rumah nenek
tahun lepas. aku (baju hitam) duduk kat sebelah incek ayah hohoo..


p/s: hepi befday kat incek ayah yang ke-52, sorry la lambat wish semalam ngee~

14 KRITIKAN KAW-KAW:

Aien Not Alien | January 26, 2012 at 1:27 PM

Selamat Hari Lahir Incik Ayah... ^_^"


*saya sayang ayah awak...opsss...hehehe..ayah saya laaa...hihi

LidiaSuraya | January 26, 2012 at 1:47 PM

panjangnya ucapan untuk encik ayah...

:)

btw salam kenal n singgah n follow u here

Azhafizah[フィザ] | January 26, 2012 at 1:49 PM

Selamat hari jadi untuk ayah incek fik.semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta di beri kesihatan yang baik oleh-Nya.memang jasa ayah tidak ternilai..I love my abah too..

p/s:err..fiza baru tahu name ikan tu ikan pilai..hehe..noob sungguh kan.

Azekzk | January 26, 2012 at 2:24 PM

walaupun kdg2 ayah kita tegas tp ada hikmah di sebaliknya. Jgnlh kita mudah terasa hati kerana mgkn itu adalah salah kita sendiri.

naiemah_ramli | January 26, 2012 at 3:18 PM

selmat hari jadi utk ayah incek fik.. semoga dipanjangkan usia & gembira disisi anak2..amin =)

*teringat wktu kcik2..pnah kena rotan jga ngn ayah =..="

budak kacamata | January 26, 2012 at 4:17 PM

alhamdulillah..turut berkongsi kegembiraan mempunyai ayah yg sanggup berkorban apa shja demi mendidik anak2..=)tringat zaman kecik2 dulu..dulu, lebih kpd permainan tradisional n jalan2 keliling kg..skang, sume ngadap laptop jer..teknologi..akhirnya aktiviti kemasyrakatan kian lenyap ditelan zaman..

khairul | January 26, 2012 at 5:17 PM

happy bday ayah !

HaFez Hisham | January 26, 2012 at 7:17 PM

Selamat Hari Lahir..

p/s:Xade hadiah ke?? hahaha..

Kamikongsi | January 26, 2012 at 9:52 PM

Amboi panjang gila ucapan. walaupun bukan ayah yang menyusukan kita tapi jasa diorang jangan dilupa.Kita mungkin malu nak buat something bermakna untuk diorang pada hari biasa tapi hari2 macam ni la kita kene amek peluang untuk cium,curahkan kasih sayang kita kat diorang.

P/S: teman nak taw bonar macam mana nak sebut tajuk entri ni wei~

-Incek Fik- | January 26, 2012 at 10:15 PM

Terima kasih kepada korang yang sudi komen, wish befday dan mendoakan kesejahteraan ayah saya.


Saya pasti korang semua pon sayang dengan ayah sendiri. Dialah insan yang perlu kita sayangi selepas ibu. kan?

*p/s: oh, lupa nak letak sebutan melayu kat tajuk entry tu hehee.. sorry ekk.

"Zhu Nin Sheng Ri Kuai Le, Baba!"


:)

caliph shuriken | January 26, 2012 at 11:06 PM

hepi besday utk ayah bro ^^

*kecik2 dulu sy pun dok sauk tangkap ikan pelaga mcm bro, klau sauk kt air mcm karat2 tu lagi laa dpt yg kaler lawa2, hikk...

aimaniman | January 26, 2012 at 11:08 PM

alahai.. dia simpan lagi gambar ikan plaga tuh... opps gambar google kot,.. saja akak melawak, tengah tensyen isnin nak present projek,.. tahniah dan selamat hari lahir buat ayah adik tuw..

CintaKhadijah | January 26, 2012 at 11:22 PM

epi hari lahir encik ayah.. semoga bahagia sampai syurga.. ^^

I wong (依之汉) | January 27, 2012 at 1:12 AM

Selamat hari lahir juga kepada ayah sahabat ku walaupun tak lah kenal mana. :D

Kisah kau ni buat aku mengimbau kembali kisah aku dan ayah aku. Terasa sebak di dada ni apabila memikirkan pengorbanan mak ayah aku terhadap aku sehinggalah kini. Terima kasih aku ucapkan sebab secara tak langsung buat aku hargai jasa mereka.

祝您爸爸生日快乐!

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.