Oh! Kemanisan Islam di Masjid Niujie


(antara petanda kecil kiamat ialah bila manusia bermegah-megahan dalam membina masjid, namun berapa ramai yang mengimarahkannya? *tepuk dada tanya iman)


Bila aku balik Malaysia.. ramai golongan pakcik yang bertanya kat aku, ada ke masjid kat sana?


Alhamdulillah, sambil melemparkan senyuman aku menerangkan Islam di China sudah lama berpusat jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.


Kalau diikutkan dari faktor sejarah, dakwah Islam telah mula menapak apabila seorang sahabat Rasulullah, Sa'ad Ibn Abi Waqqas mengetuai rombongan untuk berjumpa dengan Maharaja Yung Wei pada Dinasti Tang.


Semenjak tu, sinar Islam telah mula berkembang di China sampai ke saat ini dengan penubuhan masjid-masjid walau pon empayar maharaja telah bersilih ganti dalam ribuan tahun. Di sekitar Beijing saja sudah mempunyai 72 buah masjid.


So, entry kali ni aku nak bawak korang jenjalan kat masjid yang terbesar dan tertua di Beijing, Masjid Niujie.




Istilah " Niujie " tu kalau ditranslate bermaksud jalan lembu. Hmm..
Masjid Jalan Lembu rupanya. Eh! apsal korang gelak? biadab betul la


Ciri binaan masjid kat cina ni banyak dipengaruhi dari unsur kebudayaan mereka. So, kalau korang first tyme datang sini mesti nampak cam tokong cina kat Malaysia tu. apa? Ingat setiap masjid wajib ada kubah-kubah emas gitu ker?


Ok. Jom usha kat bahagian dalam dia pulak..




Hampir setiap pelusuk dinding kayu kat dalam masjid ni dicat kaler merah, ye la.. orang cina kan suka warna tu. membara-bara katanya..


Masjid Niujie yang seluas sepuluh ribu meter kaki persegi ni telah dibina pada seawal tahun 996 Masihi. woww! kalau dicongak usia masjid ni dah melangkau 1016 tahun. lama bukan?




Oh ya.. orang cina kat sini panggil masjid dengan sebutan Qingzhensi (清真寺) .


Kebiasaannya.. kalau habis kelas awal hari Jumaat tu, kitorang pelajar lelaki selalunya pi Masjid Niujie ni. Kalau naik bas dari universiti kitorang, dalam 45 minit tu dah sampai la.


Kat area Niujie tu la jugak pusat penjualan makanan halal seperti daging segar, ayam, kambing bebiri, dan se-halal dengannya. Kawasan ni majoriti penduduknya adalah muslim.


So.. sambil melunaskan tanggungjawab yang wajib bagi kaum lelaki, kitorang sempat jugak berborong beli keperluan barang dapur kat sini lepas solat Jumaat. Harap nawaitu asal nak pi solat tak terpesong la hehee..



(sepupu aku bergambar di ruangan imam bersama pakcik cina)


Alhamdulillah.. sebagai tourist guide muslim, Masjid Niujie ni merupakan lokasi pertama yang aku bawak sepupu melawat sepanjang dua minggu dia melancong kat Beijing ni.


Masa hari tu, kitorang terjumpa sorang pakcik hensem yang bagitu ramah melayan kedatangan kami berdua.


" Malaixiya? Camera.. Camera.. " -ujar beliau teruja sambil ikhlas nak tolong aku tangkap gambar hehee.. Pakcik ni ada la tunjuk kat kitorang dompet dia yang penuh dengan duit ringgit Malaysia, wahh! mesti dah ramai orang Malaysia yang pakcik ni jumpa kan.




Memandangkan sesi lawatan hari tu bertemakan kaler merah, so balik dari perkarangan masjid tu kitorang terjumpa something yang agak ohsem merahnya jugak hehee..


Strawberi ni jual kat atas jalan jer. Saiz dia memang gedabak besar, aku bilang maw dua kali ganda dari saiz strawberi normal kat Cameron Highlands tu.


Rasa dia?


Ya Allah! Sumpah manis weh, manis semulajadi.. tak payah cicah gula. Jazakillahu khairan kepada makcik yang sudi bagi aku rasa strawberi tu sebijik. Sebelum balik, sempat la kitorang beli setengah kilo strawberi comel tu. Harga dia dalam lingkungan
10 Yuan (5 ringgit). yeahh!! terbaik dan segar dari ladang ^^


Oklaa.. cukup sekadar sini.
Kita jumpa di lain entry.
Wassalam..


26 KRITIKAN KAW-KAW:

yana-feehily | February 19, 2012 at 9:10 AM

Oh Masjid
Oh Strawberi
Dua2 pun best..

khairul | February 19, 2012 at 10:20 AM

SubhanAllah Islam ada dimana2

eszyamin | February 19, 2012 at 10:26 AM

OWHHH SI COMEL KALE MERAH YANG OHSEM ITU BUAT SAYA MAHU MELELEH AIR LIUR LA..CAMERON PUNYA PON TAK MANIS CENGGITU KOT KAN?

Zakaria's daughter | February 19, 2012 at 10:28 AM

salah satu teori sejarah pung ada cakap yg islam datangnye dari china kan kan.
( teringat sejarah form 4 chapter 7 )

senibina masjid jalan lembu neh pung cine habessssss.
haha. tatau nak kumen psal senibine.
(bukan arkitek.) alahaii. -,-''

stoberiii tuhhh aumm.
meh posss lajuuu kt snii.
(telan air liur)
tehee

aku HaniAsyira | February 19, 2012 at 10:42 AM

cantekkkkkkkkk sgt2..

Nurul Iman Rosman | February 19, 2012 at 10:46 AM

Ya Allah, Subhanallah!

Cantik dan Unik sangat masjid nye!
Harap2 dapat ke sane suatu hari nanti, insya Allah. :')

ChaCha | February 19, 2012 at 11:06 AM

cantiknya masjid dia...masih kukuh...dan stroberi tu..menggiurkan. :P

Errah | February 19, 2012 at 11:19 AM

cantiknya tempat ni..

I wong (依之汉) | February 19, 2012 at 12:25 PM

Ini satu pengalaman baru aku baca. Tak sangka di Beijing pun ada Masjid tersergam indah. Ingatkan diorang menekan orang Islam sama macam di Thailand. Mungkin faktor varieti yang tu strawberry di sana lebih manis berbanding di Malaysia (sememangnya masam tak berasa).

TiraPengemis | February 19, 2012 at 12:32 PM

ada lagi tak...minta cket! (sambil tadah tgn)...hehe

Teacher Basariah | February 19, 2012 at 2:56 PM

selalu gak tgk dokumentari pasal islam di china..memang menarik dan cantik masjid kat sana..yang strawberi tu..oh sedapnyerr...hehe

imie fatiema © | February 19, 2012 at 4:22 PM

stroberi itu sgt ohsem..mari poskan ke malaysia!!!

rafillet-o-fish | February 19, 2012 at 5:24 PM

dekat malaysia masjid yang senibina nya bertemakan china, rasa2 ada dekat kelantan, jalan nak ke rantau panjang..huhu

Indah Mulya | February 19, 2012 at 7:15 PM

cantiknya masjid kat sana!!untung encek fik dapat tgk smua tu =]

c'axoera ヅ | February 19, 2012 at 9:13 PM

pernah sampai sini last 2years :)

mikeyvio | February 19, 2012 at 9:31 PM

wah...murahnya strawberi 2!! :D hao chi!! :D

merahitujambu | February 19, 2012 at 10:32 PM

suka hasil seni bina diorg..sbb sy budak seni bina..XD

ABU | February 20, 2012 at 1:12 AM

masjid tertua.. wah bnyak gak masjid kat beijing 72..

seronok la belajar kat sana blh jalan jalan..

oh! kat sana stroberi dia manis.. stroberi kat CH tu masam la.. tak sedap sngt,.

caliph shuriken | February 20, 2012 at 1:14 AM

masjid cantik, stoberi gumuk kiut ^^

Muhammad Saiazuan Norhalik | February 20, 2012 at 2:07 AM

nice architecture.. sangat cantik.. :)

zureen | February 20, 2012 at 8:15 AM

nak nikah sini boleh? ;p

Sweetie | February 20, 2012 at 1:46 PM

Oh! Incik Fik, saya dah pernah sembahyang zohor di masjid ni dan bergambar dengan tok imamnya.

mOoN | February 20, 2012 at 2:55 PM

cantiknya masjid ni... subahanallah..

YOUsoF | February 20, 2012 at 4:51 PM

Dulu pun aku terfikir macam tu jugak. Tapi bila tengok kat tv aku jadi lebih jelas.. Kat Russia pun unik masjid dia..

Bertuah dapat tengok perkembangan Islam kat sana kan.. Masjid tu cantik, macam tak percaya dah mencecah 1016 tahun..

Rumah Kuning | February 20, 2012 at 9:11 PM

masa pergi beijing hari tu, kami pun dibawa ke masjid ni. menarik....

Azhafizah[フィザ] | February 20, 2012 at 11:28 PM

indahnya seni dalam masjid ni.rumah Allah yang sangat indah.

p/s:sedapnye strawberry tu..nak!

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.