Oh! Tips menjaga bayi anda


(entry lapuk yang dah terdelete dulu, namun aku re-post dan edit sikit untuk kebaikan sejagat)

Pejam celik pejam celik tak sangka tahun ni umur aku dah cecah ke angka 21. Satu anjakan paradigma yang kalau diikutkan dari segi zahir dan batinnya, aku boleh menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Ya.. dalam erti kata lain sudah sampai serunya untuk aku mengahwini anak dara orang.


Oh! Bila difikir balik.. banyak ilmu rumah tangga yang aku kena explore dari pelbagai aspek, termasuklah persiapan untuk bergelar seorang ayah yang berkaliber. yeah! semangat berkobar-kobar ni!




Lantaran itu, aku dah selidik beberapa tips menjaga bayi yang aku rasa memang sesuai dikongsi untuk korang semua. Kaum lelaki yang bakal menjadi bapak orang harus ambil serius dengan isu ni, karang risau korang di-cop kurang cerdik oleh si isteri nanti..

Jangan risau, aku tak kedekut ilmu.
Mari kita terjah sekarang!




Jangan korbankan anak sebagai bahan eksperimen
untuk menyusu di bahagian dada anda.

Ketahuilah dada yang berbulu lebat boleh
menyebabkan bayi anda pitam dan
lemas tak bernafas.




Walau sesibuk mana kerja anda di rumah,
luangkanlah sedikit masa untuk mengelap anak anda
dengan tuala lembut selepas mandi.

Mengeringkan badan bayi
dengan mencampak ke dalam mesin pengering
bukanlah satu tindakan yang bijak.




Jika si isteri sibuk dengan urusan mengemas rumah,
apa salahnya sang ayah membancuh susu anak
tatkala beliau merengek kehausan.

Namun pastikan susu tersebut berapa pada suhu
yang optimum dengan menuang beberapa titis susu
ke lengan anda.

Jangan sesekali anda menjelirkan lidah
untuk merasa suhu susu tersebut, dikhuatiri bau busuk
mulut anda mempengaruhi tekstur susu tersebut
dengan perasa tambahan seperti budu, tempoyak,
petai mahu pon sambal belacan. eww!!




Menimang anak merupakan satu kaedah
praktikal yang sesuai digunakan untuk
mengekspresikan kasih sayang seorang ayah
terhadap anak anda.

Namun begitu, menimang anak sambil melambung
tinggi-tinggi adalah tidak wajar dilakukan kerana
kebarangkalian kepala anak anda teradak
dengan bilah kipas sampai hancur bersepai
menghampiri nilai positif.




Hiburkanlah anak anda sesuai dengan paras IQ
beliau. Jangan terlalu serius memaksa anak anda
menyelesaikan masalah algebra, bermain catur
mahu pon mengajar anak anda tentang
teori fizik kuantum.

Hal ini boleh mengakibatkan bayi anda stress dan
berpotensi tinggi untuk menconteng dinding rumah anda
dengan kaler krayon sebagai tanda protes..

###########

Oryte.. buat masa ni aku kongsi 5 tips dulu, akan disambung edisi seterusnya sekiranya mendapat sambutan hangat dari pihak pembaca :)



14 KRITIKAN KAW-KAW:

yad'z | February 15, 2012 at 4:21 AM

kahkahkah.. lawokk lawokkkk

Cik tikah | February 15, 2012 at 8:22 AM

hehehehe.. tpi yg main chess tuh mcm boleh dipratikkan je :P

Miss Butterfly | February 15, 2012 at 8:51 AM

hahahahhaa sengal gile! ohsem! ;)





masukkan dlm bloglist. sbb lepasni nak terjah lagi. ^__^

naiemah_ramli | February 15, 2012 at 9:24 AM

tips yg menarik.. ^_^ terima kasih sbb berkongsi tips..nnti nak suruh laki masa depan baca..hahaha :P

Yana Libra | February 15, 2012 at 10:19 AM

Dah pernah tgk..memang lawak~~~ :p

izan mama mia | February 15, 2012 at 10:56 AM

tq..singgah blog akak..
wah siap bg tip jg baby lagi...:)

Zakaria's daughter | February 15, 2012 at 11:25 AM

wuuu. doploh satu nak minang anak dara dah .
woot2 , lantaran ituh , berapakah umur si perawan ? belas2 kah? agaga.

aii , pacik. memang taleh belah lah tenguk gambau2 tuh. ahahaha! sengalish.

p/s : biology f5 chap 4 bukan ke pasal reproduction and growth? huh. peberet?
pheww. ask me anitin about that chap ,
i will make myself broke into ber pieces pieces. haha.

nur_za | February 15, 2012 at 12:38 PM

fulamak..dah nak kahwin ke..hehe
yang baling anak tu..takkan la nak baling2..hahaha

miss faten | February 15, 2012 at 1:02 PM

HAHAH!

Oke, lawak :D

Tips yang bagus untuk para suami ^^

Fisha Adura | February 15, 2012 at 1:08 PM

info yang menarik, bagus and kelakar. heheh

C i k P i p i T e m b a m | February 16, 2012 at 12:21 AM

hahhaa.. yg last tu mcm nakharom. best gila doe !

budak kacamata | February 16, 2012 at 7:16 AM

Haha..klakor3..tips yg baek..dh berpk jauh ke depan..persediaan awl ye dak..?entry re-post kan..?umur 2 update x?ker umur masa entry yg dulu ag..ahahaha..

yana-feehily | February 16, 2012 at 10:08 AM

hahhaa..kelakar kot..

21 thn dah ye..dah daftar mengundi ke belum ni? ^__^

M@W@R Q@SeH | February 16, 2012 at 3:56 PM

adeiii nk baca tipss tp dh terkekeh kekeh gelak tgk gambo...hahaha

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.