(kalau semua manusia dianugerahkan kuasa terbang macam burung, mesti ada kes orang tersangkut tengkuk kat pencawang elektrik.. ye dak? --just imagine *sengal)
Seperti yang dibebelkan pada entry lepas, kali ni aku akan apdet sikit cebisan diari sebagai pemandu pelancong kat sekitar Beijing. ceh! bunyi macam bawak segerombolan mamat saleh datang melancong jer, walhal bawak sepupu sorang tu pon..
Oryte.. minggu lepas aku ada bawak dia mai jejak kaki kat Bird's Nest Stadium. Tempat ni antara lokasi pelancongan yang korang wajib kunjung kat Beijing sebab kat sini la temasya sukan Olimpik 2008 dulu pernah berlangsung.
Layan!
Jenjalan kat sekitar luar stadium percuma jer,
kalau nak masuk kat dalam tu yang kena bayar sikit..
harga tiket dalam 50 Yuan (lingkungan 25 ringgit)
Sesi bertenggek kat gelung bulat
yang merupakan lambang rasmi Olimpik, turut kelihatan
tugu obor yang dibina sebagai simbolik perasmian temasya
sukan Olimpik 2008 dulu..
Masa kitorang pi hari tu, stadium dia tak berapa nak menarik sangat,
nampak macam suram dan berhabuk. Maklum la.. hujan dah
berbulan-bulan tak turun, pastu udara dia pulak kering berdebu,
silap haribulan lubang hidong kau pon boleh berlumut tebal dok sedut
udara kotor. ngeee~
(huh! berderet jer gambar muka mamat ni, kerek betul)
Memang untung la sepupu aku dapat tourist guide macam aku,
siap boleh jadik tukang photographer lagi.. kau mampu?
Masa ni kitorang dah prepare nak balik dah. Nampak jer macam
cuaca terang-benderang, tapi suhu dia sejuk di bawah paras negatif,
sepupu aku dah menggigil kesejukan, sampai menyucuk-nyucuk
kat lutut katanya hahaa..
Okla..
Cukup saja dokumentari tak berapa nak berilmiah ni, ada masa aku gagahkan jugak dua batang jari ni menaip, InsyaAllah kita jumpa kat next entry :)
18 KRITIKAN KAW-KAW:
hahah berdebu tu mmg dapat aku nmpak walaupon tidak berada disana..seronoknyerrr..
Salam Fik,
Ya Allah, lama betul akak tak lawat blog ni... Besar ke stadium tu, mana lg besar? Stadium Bukit Jalil ke atau Bird Nest's Stadium ni?
hurm..bpe nk byr ko jd tour guide jenjalan kt beijing ni?
Apa guna yea stadium tu lepas Olimpik habis? Boleh cer sikit?
-eszyamin-
wah! tajam jugak daya penglihatan bro yea, hehee.. :)
-Marya Yusof-
Oh! Kalau ikutkan.. stadium Bukit Jalil lagi besar dari stadium sarang burung tu..
-kyoshi sousuke-
heheee.. sarang burung buatan manusia
-a little less conversation-
Wahh! nampak gaya boleh buat bisnes ni hahaaa.. takda la bro, aku jadik tourist guide ni suka-suka jer sebab ada kelapangan cuti buat masa ni.. kalau bro datang beijing tyme aku cuti, boleh la aku bawak sehari dua jenjalan kat sekitar sini..
-I Wong-
Buat masa ni, stadium tu masih digunakan untuk permainan ski ais masa musim winter.. tiket bayaran 120 Yuan kalau tak silap aku..
Selain tu, stadium ni juga digunakan untuk acara sukan peringkat kebangsaan serta aktiviti kebudayaan & hiburan di China ni :)
wah..untungla study sna...=)
besntnye jalan-jalan ke tempat orang~~ :)
Nak pergi jugak sini..leh jadi tourist guide merangkap photographer fiza tak?hihi..nampak bersih je kan tempat ni..ni kira berilmiah lah ni..ada info..^__^
ngehh ngehh.
tumpang kumen kumen tok.
cucu excited neh ha masuk belog tourist guide yg sejatii. alahaii, untunglah dapat g sangkar burung tuh kan kan.
jangan lupa r tok , len kali turn cucu plak ye, buleh r tok jadik tourist guide lagi sekalii.
bro ..aku nk p China gak la...leh tumpang rumah hang kan :)
Bertuahlah sepupu kau dapat jalan kat sana sambil menikmati kesejukan yang menyucuk lutut.. ;D
Stadium tu memang unik. Harap² tak ada burung yang tersalah landing kat situ.. hehe
free itu lebih ohsemm.. hehehee.. bestnye ....
suka logo olimpik tuh :)
best r dapat jalan2....
sarang burung ni ada burung2 dok lepak x? hukk...
dasat gila guna 2 batang jari ja.hahaha.
-_-] bila la aku nk pi sana en..*sobs.haha
waaaa..bestnya.. :)
*ok nak g berangan jup.. :) ok bai..hikhikhik
pasni kalo fly ke beijing, ley la mintak incek fiq jadi tourist guide..free kot..hahhahaa
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.