Oh! Bila musim bunga berputik..


(bermusafir sambil men-tadabbur alam)

Ufuk mentari bersinar indah di pagi hari. Kedengaran kicauan merdu sang burung bersahut-sahutan yang sekali-sekala mengusik cecuping halwa telinga. Tenang rasanya menghayati simfoni alam ini..

Subhanallah!




Musim sejuk kian beransur, mungkin memberi ruang kepada musim bunga untuk mencari rentak di sekitar bukit-bukau, gunung-ganang, hutan belantara mahu pon di pelusuk bumi pinjamanNya.


Kuntum bunga yang terkucup comel mula berputik menghiasi reranting daunan. Warna sesegar hijau alam, kuning keemasan, serta merah jambu sakura meriah berkembang di sana sini.



" Oh! Alangkah indahnya ciptaan Allah ini bagi
manusia-manusia yang mahu berfikir "


-tetibe tersentak aku seketika dari lamunan akal.

Dah dah.. malas aku nak berpuitis segala bagai kat sini. Aku bukannya budak sastera pon hehee.. Baiklah, aku sendiri pon taktaw nak citer apa sebab dah lama tak apdet entry. Kepada korang yang sudi menjenguk teratak hamba dan bertanya
" eh! lama menyepi, sibuk ker? "
tu, aku balaskan dengan sekuntum senyuman tanda sayang kat hangpa semua :)


Ada jugak orang yang prihatin (perasan giler) kat aku yea. Malu rasanya.. hiew hiew!


huh! kengkadang aku pelik jugak kat diri sendiri, entah celah mana yang sibuk aku pon tak berapa pasti.. anggap sajalah aku ni blogger yang pincang dari nilai istiqomah.




Oryte.. Beijing sekarang ni dah masuk musim bunga, makna kata matahari makin hari makin awal terbit menyingsing di kaki langit. Walau pon waktu sini dengan waktu Malaysia sama, tapi waktu solat dia ada sedikit perbezaan.


Hari ni pukul 4.16 pagi dah masuk waktu solat Subuh. Dalam anggaran 5.30 pagi tu, kalau kau jenguk kat luar tingkap dah boleh tengok langit sebentang tu mula cerah disinar mentari.


oh ya! bila sembang pasal musim bunga ni, tak terlepas juga dengan dugaan 'bunga-bunga' yang melambak di sana-sini. 'Bunga-bunga' yang aku maksudkan tak lain tak bukan adalah dari kaum hawa tu sendiri.


Manakan tidak.. suhu makin lama makin membahang panas, minah-minah saleh mahupon amoi-amoi mula mendedahkan segala bentuk geografi mereka. Kain mula singkat, ketat, sendat, padat, mampat dan terburai la segala aurat.



" Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka.
Demikian adalah lebih suci bagi mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang
mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka,
dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),
kecuali yang (biasa) terlihat."

[Surah An-Nur; ayat 30-31]


Depa yang seksi, mata den pulak yang ter-seksa..
(=__=')


22 KRITIKAN KAW-KAW:

D | April 7, 2012 at 1:20 PM

huntunglah duduk negara bermusim musim.
ekekek.
sibuk memetik bunge bunge letttewwww.

kalau pakai sendat ketat bukan jadik lagik panas keh.
lalala

Unknown | April 7, 2012 at 1:28 PM

subhanallah, cantik :)

aku HaniAsyira | April 7, 2012 at 1:56 PM

hahaha.. wahai mata fik sila bawok bersabo... =)

Ikam | April 7, 2012 at 4:46 PM

ko bawak bunga sakura pos kat aku..aku nk buat singgang

Unknown | April 7, 2012 at 6:06 PM

As salam Fik,

Hola Chico!

Akak kan teringiin gila nak pergi negara yg ada 4 seasons... Lg2 belah Beijing & Japan ni... Nak tgk sakura...hiew3 (tiru ayat kamu tu) ;p

Wangi tak? Geramnya... :D

Time mcm ni lah dorang nak bergaya sakan... rezeki mata kamu lah tu..keh3... Jaga pandangan, jaga iman k ;) *w*

athirahmazlan | April 7, 2012 at 8:51 PM

Comelsss gambar.

Puan Kutu | April 7, 2012 at 10:34 PM

musim bunga dengan musim salji mana lg best?musim bunga kot,sbb mata terseksa.haha..

syira | April 8, 2012 at 11:51 AM

cantiknya

Fatin Liyana Alias | April 8, 2012 at 11:51 AM

oh! cantiknye bunga-bunga tu =)

Rtp Farra Arisha | April 8, 2012 at 3:31 PM

love to see the colourful and beautiful flowers! ia sangat menenangkan..

caliph shuriken | April 8, 2012 at 3:38 PM

sungguh puitis en3 kali ni ^^

*terseksa laa bro klau bentuk geografi panas2 mula muncul, hukk...

NAL | April 8, 2012 at 6:17 PM

wah, suka giler bunga sakura..best kan dapat tgk depan mata..

CikTeddyCorner | April 8, 2012 at 8:46 PM

nak bunga skit,nk buat mandi..haha

依之汉 | April 9, 2012 at 8:48 AM

Mesti cantik dengan pemandangan bunga plum di sana. Aku dengar orang Cina suka tanam bunga plum sebab pada musim bunga akan terserlah bunga-bunga plum di sana.

Kadang-kala Fiq kena baca gak cara menulis dengan baik. Mungkin boleh up motivasi menulis sikit macam aku nih. Heh. Tulis sikit pun tak apa tapi biar dapat dinikmati bersama.

jaga mata tu. tabaruj banyak sangat. Haha.

M@W@R Q@SeH | April 9, 2012 at 2:54 PM

bestnya...slp hribulan dpt menantu org beijing plak fmly fik nnt ni...hehehe

Kamsiah yusoff | April 9, 2012 at 4:27 PM

salam
pada setiap kejadian dilangit dan bumi,terdapat tanda2k kebesaran ALLAH (bg yg mahu berfikir)

Nana | April 9, 2012 at 5:39 PM

Untungla awak dapat merasa semua tuu..haha..saya ni dalam mimpi jelah dapat kan..hee

neway,mai singgah blog saya.New funny story.
"Mak Tanggang Lagi celaka."

Cik tikah | April 9, 2012 at 7:31 PM

subhanallah, cantiknya!!

Liyaa Mf | April 10, 2012 at 6:04 PM

Wahhh! Bestnyaa ada musim bungaaa! Mesti suasana sekeliling cantekkk jek kan?

Terseksa ya? Bagus2. Jagalah pandangan tu sebaek mungkin :)

Unknown | April 14, 2012 at 9:54 PM

cantek nya bro

Rain | April 15, 2012 at 12:13 PM

ni hao?..

cantiknya bahasa. berpuing-puing puitisnya. kagum sebentar hehe..

nanti bawak akak g sana melancong china wokey

AzwanRamli | May 7, 2012 at 3:29 AM

Ya Allah cantiknya,bila la aku dapat ke sana...hehe

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.