Sekarang ni aku rasa cam mamai sikit. Taktaw nak taip apa. Blur. Citer pasal trip ke Xi'an tempoh hari tu pon terbengkalai sebulan lebih. Yang tu aku sambung lain kali je la ekk. Punya pemalas bukan?
Ya, aku akui sebulan lepas aku dah tercurang dengan blog. Banyak urusan duniawi yang aku kena setelkan, program kat sana sini dan kebanyakan masa aku tumpukan dalam dunia fotografi. Tapi tetiap hari aku bukak jugak pesbuk sama layan 9gag sambil ketawa terbahak sorang diri cam orang tak siuman.
Tengok.. punya lagha kan?

eh ehh!? bajet cam ada orang kisah jer apa yang aku tulis ni.
Penghujung sem ni aku 'agak' bizi la jugak. Dengan exam mandarin yang akan berlangsung seminggu dua lagi, adalah harus untuk aku bergelumang dengan buku, itu pon tengok sejauh mana kekuatan iman. kalau semangat belajar tu lingkup dan ditambah dengan iman senipis kulit bawang mungkin aku terjebak dengan mukabuku.
Sejajar dengan 'bajetbizilasangat' tu, aku rasa next entry mungkin aku coretkan tyme balik Malaysia nanti. oh ya, tiket flight aku dah tempah. InsyaAllah awal bulan 7 nanti aku balik la.
Sekarang ni pihak AirAsia ada buat promosi turun kat Beijing. So, kalau korang nak mai melancong kat Beijing dengan tiket penambangan tambang murah boleh la try naik AirAsia. Nak naik MAS airline pon style jugak tapi kos dia mahal la sikit, melainkan korang ni jenis dompet tebal atau pon main swipe-swipe kad jer hehee..
Oklaa.. doakan saya berjaya dalam exam & selamat sampai ke tanah air yang ter-chenta nanti. Saya pon doakan kalian agar dipermudahkan urusan di dunia mahupon di akhirat kelak. Amin..
Jumpa di lain hari.
Wassalam.. :)
35 KRITIKAN KAW-KAW:
good luck okay~ :)
gud luck & selamat kembali ke mesia yeee..
gud luck for your exam & balik sini bawak ole-ole tuk kite :)
I'm homeeeee.. ;D
Alhamdulillah kau bizi dalam keadaan sihat. Aku pun tertunggu-tunggu jugak entri kau beserta gambar² cun..
Buat yang terbaik Fik! Sama² kita doakan yang terbaik.. ;)
*Alang² kau nak balik kampung nanti tu kalau kau masih ada minat nak order sticker, aku on je... hehe
all the best exam and selamat kembalu ke malaysia.. hee~~~
Lama aku tak nampak kau update. ikot jejak aku ke dh malas nk update entry? haha
Gudluck exam....hav a save journey time balik m'sia t...dh smpai kat rumah2 roger2 la aku ngn kengkawan lain..aku pon cuti gak bulan 7 t..aku last paper 15, so 16 aku dh balik perak..hihi
I'm home hehehehe
good luck exam ! ;)
feel free come to my blog. ;)
goodluck..
eh kalau nak datang beijing boleh lah jd tour guide kan :)
slmt kembali
patut la dh lme xnampk kamu update...buat yg mana penting dulu yer :D
*goodluck 4 ur exam n selamat pulang ke malaysia :D
all the best :)
haaa,, muncul pun...
good luck exam abg Fik !
dan selamat kmbali ke Mlysia ^__^
all d best :)
all the best atokkk .
mamaii ekkkk.
haha. dush dush dushh
Goodluck infek Fik..sekarang musim orang tengah buy dengan hal memasing..focus pada urusan lebih penting.blog anytime can do ^__^
good luck & selamat kembali
Memang teringin nak ke Beijing tapi bukan masanya.
Semoga teruskan penulisan. Kami menunggu perantau dari Beijing pulang ke Malaysia dengan pelbagai cerita biasa (buat tuan blog, tapi luar biasa buat kami.)
salam singgah dr mama pipie
akhirnya, update juga. hehe :D wahh dah nak balik sini?? semoga selamat tiba ke malaysia ya nanti ^_^
Semoga segalanya dipermudahkan dan kembali ketanah air terchenta dengan kejayaan cemerlang! Bawa kejayaan saja tau, bukan amoi Beijing.
nak letak bookmark kat belog awak sbb pasai china. hihi. sy n member nak travel china secara backpacking nt. hangzhou-shanghai-beijing-xian-chengdu.=)
all d bez yer...moga dipermudahkan urusanmu dlm menghadapi exam..
follower ke 3977
one day, tikah akan pergi beijing gak. tunggu taw. hahaha
As salam Fik,
Good Luck for exam ya! Bestnye nak balik Malaya! Akak pun sama buat mana yg sempat je... Take care... :)))
huyoooo.. smoga selamat smpai XD
tuddiiaaa , nak balik maysia dah .... huhu
haa .... gudluck masa exam tu ..ingt pesan kuarga .huhu....mcm kenal jek bunyinya...
good luck exam..bile abeh blaja..?apepon...all da bez..
wan an !!
slm dik, nk tnya, ader tak sesiapa malaysian student di beijing yg available boleh jadi utk tour guide dlm bln september ni thanks?
As salam Fik,
Sudah balik Msia rupanye patutlah boleh tgk MHI...hehhee... Thanks ya! Lama akak xsinggah ke sini... sory ssgt! take care! Raya di Malaysia ke tahun ni?? :)
Saya suka bila Fik update blog.hehe
Selamat berpuasa :)
ohhhh atukkk :D
i have to learn mandarin for this two sem -______________- seksanyaaaaa tangann mau menulisss.
selamat pulang ke tanah airrrr.
As salam...
Knock...knock... bila nak update ni??! :)
Bro bila nak post baru ni? Wo deng ni~
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.