Beberapa bulan lepas, sebelum aku balik Malaysia, laoshi (cikgu) aku sempat bagi assignment PPT kat kitorang satu kelas. Setiap sorang wajib hukumnya untuk menerangkan serangkap chinese idiom kat dalam kelas. Tajuk bebas. Oh malasnya..
Jenuh jugak weh nak cari idea. Sebenarnya idea tu ada je, cuma tengah pikir macam mana nak lengahkan masa agar waktu penerangan 15 minit yang diberi menjadi setengah jam. Lagi balance 30 minit boleh la start buat stok tidur belajar muahahaa..
Tak salah kan kalau matlamat dieksploitasi ke jalan yang murni?
Oryte, godek punya godek dekat internet, dapat la beberapa keping kartun cina comel yang matching dengan peribahasa cina aku. Memang sesuai dibuat bahan PPT.
So.. kepada anak-anak muridku sekalian, hari ni cikgu nak ajar peribahasa mengenai pengorbanan ibu bapa dalam hidup kita. Hayati betul² ya.. Cewah! Patriotik sungguh!
Chekidaut!
Masa korang kecik-kecik dulu..
Mak dan ayah tak pernah jemu mengajar korang
cara makan yang betul..
cara makan yang betul..
Korang diajar macam mana nak pakai baju..
bagaimana nak ikat tali kasut..
macam mana nak butangkan baju..
Mak ayah jugak tak lupa nak bawa korang ke bilik air
semata-mata nak mandikan anak kesayangnnya..
Malah, korang diajar cara menyikat rambut..
Dan tanggungjawab yang penting..
Mak ayah mengajar korang akan kepentingan ilmu
dalam kehidupan seharian..
Justeru..
Bila umur mak ayah korang sudah meningkat tua..
Mungkin mereka tak boleh ingat lagi raut wajah korang..
...atau tak membalas panggilan korang..
Jangan salahkan mak ayah korang..
Apatah lagi nak membenci mereka..
Sekiranya..
Mak ayah korang lupa nak butangkan baju mereka sendiri..
Lupa nak simpulkan tali kasut dengan sempurna..
Dan bila mereka tertumpah makanan kat
atas pakaian sendiri..
Dan sewaktu tangan mereka menggigil ketika
menyisir rambut yang sudah bertukar keputihan..
Bila korang meningkat dewasa..
Janganlah sesekali tinggalkan mereka..
Kerana sudah tiba masanya mak ayah korang
memerlukan belaian kasih sayang dari anaknya..
Ceriakan lah kehidupan mereka yang sunyi tatkala
mereka menggembirakan korang di umur kecil..
Supaya mereka dapat merasa kehangatan cinta dan
kasih sayang ikhlas dari anaknya..
Jika suatu hari nanti..
Tatkala mereka tak boleh berdiri dengan sempurna lagi..
Jika mereka berjalan dengan menggunakan tongkat..
Janganlah korang segan nak memimpin tangan mereka..
Peganglah tangan mereka dengan erat..
Temankan mereka berjalan dengan penuh kesabaran..
Seperti mana..
Mereka menggenggam erat tangan korang sewaktu
kecil dahulu..
#######
p/s: Berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih bernyawa di dunia ini. Jangan sesekali kita menjadi durhaka seperti Si Tanggang. Buat insan yang sudah kehilangan ibu bapanya, doakan lah kesejahteraan mereka di akhirat kelak. ^^
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.'' (HR Muslim).
*entry ini ditranslate, ditaip dan diedit dengan
penuh kesayuan pada pukul 1.30 pagi -Incek Fik.
37 KRITIKAN KAW-KAW:
i love myparent... aku akan sentiasa menjaga kamu walaupun susah sekalipun...n3 yang terbaik.. membuatku menangis mengenangkan mereka kt kg... ibu n ayah.. tungguu.. aku akan pulang..
aduh...sedihnya...
hehe dah macam iklan petronas..
sayu je kalau masuk bab mak ayah ni -_-
tacing nye...
tuan belog yg lukis ke??
sob3...nanges...T_T...
nice sharing.. baca en3 ni seperti tgk iklan petronas yg slalu kuar kt tV time ada event2 besar ^^
:) best :) tape2 walau di translate, still ade mkne tersirat :)
nice bro...~
entry yg menyengat...sayu gak nih...huhu
nak tulih agi bleh...hihi
hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada......jenguk2lah dorang selalu...huhu
aaaaa ! tOuching.
tertetes2 air mata. sedih pulak kan. huhu !
ibu bapa kita adlh hrta paling berharrgaaa. tak kan mungkin ku sia2 kan mereka.
huhuhuuhu !
*sambil lap2 hingOs*
Salam kenak;
bagus entry ..sesuai untuk renungan tua atau muda..
Oh sungguh kita yang bergelar anak tersentuh baca entry kau ni Fik...
Baguslah kau banyak dapat gambar² macam tu! Terima kasih jugak perkongsian dan peringatannya.. ;)
bes sangat..terpana baca..^^
wah
rindu pula pada ayah dan emak di jb
hehhe
walaupun tak lah jauh mana
sebab still dlm Malaysia
tapi aku tetap rindu
kat diorang
InyaAllah,,
aku takkan melakukan
mcm tuh
i love my parents so much
rindu my parent.
xsabar nak balik kampung!! T_T
sedih2, :'( tapi memang comel. bagus la idea nk cakp pasal mak ayah, sbb orang yang dengan akan indirectly muhasabah diri masing2 :D good job
tacing.. :/
alin singgah sini. sayu je kn entry ni. alin syg parents alin. =)
cumil gambo2 tue
i love my parent tooo ;D
wooo,
kalau kau susun dalam movie maker,lepas tu letak background musik sedih sikt,
meleleh weh .
huuu`` sayu... balik raye ke x
comel ah gambar .rasa nak curik je heheh :)
kalau nak cerita pasal mak ayah .memang hati ni sensitive laa kan .lagi lagi orang yang duduk jauh dari mak bapak .ermmm
.so sad
sayu ja kalau masuk bab2 parents ni..
huhuhu..
~menarik entry nie..hehe ^_^
T-T
sayangi mereka semasa mereka masih ada.. i love my parent =)
www.dunialandax.com
salam...baru terjah blog ni....kupasan yang menarik tentang jasa parents terhadap anak2...pastu ada plak picture yg menarik...
Insyaallah sentiasa mendoakan kedua ibu bapa sy tenang disana..Al-fatihah..
Sesi membalas kunjungan sesama kita.
sedihnya baca entry ni... hargai mereka selagi mereka masih adekan..
terpesona dan terpegun. aku telah memfollowmu!
ya....hargailah ibu bapa selagi mereka ada...
i love my family....sob3..
i love my mum toooo...
btw, fof pon penah kene wat cmni.. laoshi suoh.. adoiyai... nasib dpt tajuk senang.. paling susah, kne story moly secara spontan bile d bg topic.. kuo peloh jantan.hehe
aiiiii...sweetnye... i love my parent~ sayu hatiku..huhu
sedihnya baca ... tak kiralah cina ke melayu ke tujuan tetap sama .. hargai ibu bapa sepertimana mereka menghargai kamu masa kecil dulu ...
sedihnye,,sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
mak ayah la segala-galanya...selagi dia masih ada..., berbaktilah sepenuhnya pada mereka...sedih la n3 ni... (T____T)
Jom, cek berat bLog anda!
sedih betul entri ni..
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.