Oh! Pankek Bluberi


(entry lapuk yang sudah terdelete, namun diapdet semula atas permintaan Nenek Bedah yang ter-addicted baca blog aku sambil duduk menyimpuh kunyah daun sireh)


Seperti sedia maklum, kaum pompuan sememangnya sinonim dengan hal memasak. Bagi mereka, setakat nak berasapkan dapur tu celah gigi je la. Tinggi macam mana pon jawatan dan pangkat pompuan ni, akhirnya akan kembali ke pangkal dapur jua.




Kalau ada anak dara yang sempurna fizikalnya dan sedap duduk mengangkang dalam rumah, tapi tak reti memasak lagi malas belajar, kau boleh terjun sungai sekarang.


Ok. Sambung cerita.


Walau pon begitu lumrah alam, orang pompuan janganlah memandang enteng terhadap kemampuan orang jantan dalam bidang memasak. Ya, aku tak nafikan yang majoriti kaum lelaki teramat-amatlah liar dengan peralatan dapur. Namun, sekarang ni sudah ramai lelaki yang berjinak-jinak dan berkecimpung dalam dunia masakan.


Buktinya? Kau tengok ketua-ketua chef kat hotel 5 bintang, apa jantina nya? Perempuan? Awek-awek cun?! Oh, sila cuci mata dan berpijaklah di bumi yang nyata.


Antara contoh chef lelaki Malaysia yang terkenal adalah seperti Chef Wan.




Chef ni dah sampai peringkat oversea. Mamat saleh pon tabek spring kat Chef Wan, nak kata lazat tak lazatnya masakan dia sampai menjilat periuk belanga. Kalau ada rezeki dan usaha yang lebih, aku rasa mungkin dia boleh sampai ke peringkat overplanet.


Haa, bangga apa.


Aku? Oh, aku pon apa kurangnya. Tapi 'special' sikit la. Aku boleh masak meggi menjadi bubur, menggoreng ikan sampai rentung serta menanak nasi sehingga hangit. Dengan spesifikasi serta pakej istimewa tersebut, sudah tentunya mak-mak mertua akan merejek aku awal-awal untuk diambil calon menantu. Booo..


Tapi itu masa kecik-kecik la, sekarang aku sudah ada transformasi sikit. Ini jam, aku nak kasi resepi buat pankek. Oh! Hampeh betul taip mukaddimah panjang berjela sebegini pada hal aku nak tunjuk kat korang yang aku masak simple-simple je.


Oryte. First sekali, kita sediakan bahan-bahan dia dulu:



400 gram tepung pankek bluberi Nona
320 ml susu segar
2 sudu besar planta
1 biji telur

Baiklah, mari kita mula memasak. Sebelum tu.. baca Bismillah dulu, baru la makanan kau berkat. Ok. Sekarang kau masukkan tepung sama planta ke dalam besen.


Pastu pecahkan telur dan masukkan susu tu sikit demi sikit sambil menggaul adunan tersebut sampai sekata. Jangan kasi cairan tepung kau bergentel-gentel.




Kemudian, sediakan kuali leper. Griskan minyak sedikit kat permukaan kuali tu. Pastu, kau tuang la bulat-bulat barter (cairan pankek) tu kat dalam kuali.


Api tak payah pasang besar sangat. Bukannya nak goreng telur. Sederhana sudah.


Bila pankek tu ada banyak gelembung yang timbul, itu tandanya sudah separa masak. Terbalikkan bahagian sebelah pulak dan biarkan dia masak sampai kuning keperangan.




Oryte. Siap dah! Boleh masukkan ke dalam pinggan. Mudah bukan?

Memandangkan pankek aku berperisa bluberi, maka boleh la kalau nak gedik-gedik tabur buah bluberi sebagai hiasan di akhir nanti. Takkan nak letak durian pulak.




Pankek ni sesuai untuk dibuat juadah berbuka puasa seisi keluarga, tapi tak berapa nak sesuai untuk santapan orang yang ponteng puasa, aku karate laju-laju karang.


Sekarang boleh la korang tengok hasil pankek aku. Jeng jeng jeng..



Apa? Tak sedap? Buruk?

Biadab!

Kalau nak mengumpat pankek aku pon, umpat lah diam-diam. Kan bulan puasa ni..

28 KRITIKAN KAW-KAW:

mas amira | August 25, 2011 at 1:07 PM

tak burok pun . Look nice! ;)

mas amira | August 25, 2011 at 1:07 PM

tak burok pun . Look nice! ;)

Teacher Basariah | August 25, 2011 at 1:33 PM

Lawakla encik fik ni..hehe..tulis resepi ala2 chef wan gitu..nanti cikgu tryla penkek tu..anak cikgu mesti suka..hehe

khairul akmal bin azman | August 25, 2011 at 1:53 PM

laki sekarang byk advance2

Rain | August 25, 2011 at 2:08 PM

kalau tanpa membaca dan melihat gambar je, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ni resipi chef wan masak pan kek .

Unknown | August 25, 2011 at 2:08 PM

hang reti jugak buat..klu aku.hmm..bukan nk jadi Pankek..jdi Pant@$ nanti ha !

Belalang hijau Perisik | August 25, 2011 at 2:09 PM

boleh la cuba nanti :)

El | August 25, 2011 at 2:29 PM

bapak menguji iman pankek kau brader...haha. nice entry and blog :D

nf | August 25, 2011 at 3:52 PM

penkek ni memang favorite saye, senang gile kalau guna tepung instant ni :)

Ms. Siti | August 25, 2011 at 4:10 PM

kadang2 masakan lelaki lagi sedap dari pompuan..
btw, pankek tu nampak sedap :)

Anif Abdullah| AA | August 25, 2011 at 4:23 PM

tak pernah buat lagi..hehe..
laki lebih power :)

Khairull-Dean | August 25, 2011 at 4:28 PM

meme best.....

tiefazatie | August 25, 2011 at 4:39 PM

rajinnya!mmg suka pancake ke?cam aritue ada gak n3 nie..hee

monster kecik | August 25, 2011 at 5:20 PM

nak pancake, nk wat hdgn berbuke :D heee

muse | August 25, 2011 at 8:23 PM

bole try ni hehe....

::ini belog saya . cinta hati saya:: | August 25, 2011 at 8:28 PM

wah penkek
sedap sedap sedap
:)

Hana Atiesya | August 25, 2011 at 8:35 PM

huwaa sedapnyaa~~~~ haishh

mikeyvio | August 25, 2011 at 8:40 PM

hahaha...sengal la!! btw, very nice.:)

Yatie Musa | August 25, 2011 at 8:58 PM

ok, masih ingat entry ni. penah kuar dlu kan. lame gila x dtg sni. wahhh, i'm back now! kehkeh. jangan buat2 lupe eh. *cepuk lelaju kang*

Farah Awang | August 25, 2011 at 9:03 PM

gua tak duduk mengangkang kt rumah
gua duk bersimpuh
gua tolong mak gua masak
tapi gua tak reti2 jgk memasak
ahane tuh?

HAHA

sweetbanana | August 26, 2011 at 12:04 AM

waaaahhh..nmpk sedap jer...nk try wat gak lar..huhu..terima kasih tunjuk ajar mu sifu...hihi..

nadia fatihah | August 26, 2011 at 12:48 AM

pergh, ade la nampak burok sikit..tp macam best jer. hihi :P

Siti Nadzirah Zakariah | August 26, 2011 at 1:36 AM

pankek nih macam lempeng apam ea? x penah makan lah. adus, rugi nikmat Allah !

Cik Sha | August 26, 2011 at 3:20 AM

besela tu -Incik Fik- bila nk buat entri..
byk cite sgt smpai terover pnjg intro nya..
btw, ada org dh komen dlu..
your pancake just nice!

deem | August 26, 2011 at 8:28 AM

wah...sedapnya.nanti mau buat versi buah nangka boleh?hehehehe ;)

fatian athiea | August 26, 2011 at 9:43 AM

sumpah nampak sedap ceyh..

nasib tak goyah iman ak bulan puasa ni..




thanx dtg blog aku.
aku balas kunjungan balik:)

Unknown | August 26, 2011 at 2:49 PM

delicious!!

依之汉 | August 28, 2011 at 9:03 PM

ada kreativiti dalam gambar pancake tersebut. Ingatkan kutip dari Google. :P.

Sedap tak sedap, itu tuan empunya jer tau. Saya di sini hanya meleleh air liur jer baca. T.T

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.