[ beberapa fakta tentang 'kebaikan' bermain mercun/meriam ]
1. Tahukah anda.. dengan bermain meriam korang boleh mendapat pujian. Serius ni. Bila kaum-kaum makcik yang lemah jantung lagi cepat melatah ter-dengar dentuman bingit meriam korang tu, apa yang korang agak keluar dari mulut makcik tu?
" Opocot fantat (sengau) mak kau! Terkejut aku dibuatnya! "
" Biadab sungguh! "
Adakah sebegitu nada pujiannya? Oh! Sudah tentu tidak sama sekali. Lazimnya, warga emas secara automatiknya akan ter-spontan melatah:
" Ya Allah! Bertuah punya budak! "
Haa! Nampak. Depa siap puji korang 'bertuah' lagi. Tidakkah wujud perasaan bangga lagi takabbur dalam diri korang sambil mengembangkan lubang hidung selebar 8 inchi?
2. Tahukah anda.. makhluk-makhluk pintar yang menghasilkan produk inovatif berupa meriam buluh serta meriam paip adalah terdiri daripada murid-murid yang kreatif lagi kritis dalam subjek Kemahiran Hidup (KH).
Adalah menjadi satu kerugian yang sia-sia bila tidak mempraktis dan mengamalkan ilmu-ilmu pertukangan yang diajar oleh cikgu korang kat bangku sekolah dulu. Kau ingat nak potong buluh senang ker?
Segala aspek yang meliputi sudut potongan ideal, jenis gergaji yang sesuai serta penggunaan kertas pasir yang bergred bagus adalah penting untuk menghasilkan sebuah meriam yang berkualiti tinggi. Tak percaya sila belek buku KH balik.
3. Tahukah anda.. secara sedar atau pon tidak, bermain meriam turut menggunakan aplikasi ilmu fizik dan ilmu kimia. Penggunaan serbuk kimia yang betul seperti kabait dan jumlah air yang optimum akan menghasilkan daya tujahan serta melibatkan hukum Newton yang ke-3 iaitu berupa letupan super-bingit di atas bumi yang bergraviti ini.
Wow! Tak sangka bukan ?!
4. Tahukah anda.. bermain mercun dan meriam bukanlah ibarat membakar duit seperti yang digembar-gemburkan oleh nasihat orang-orang tua.
Yakinlah, dengan niat ikhlas korang membeli bahan letupan tersebut akan membantu sedikit sebanyak ekonomi si penjual mercun tersebut sekali gus mengurangkan kadar inflasi negara yang sungguh ekstrem dalam abad millenium ini.
5. Tahukah anda walau pon anda buat-buat tak tahu.. bermain mercun serta meriam juga mampu meningkatkan skill serta kemahiran doktor dan jururawat yang membalut serta menyambungkan jari-jemari yang putus, kulit melecur terbakar serta tubuh badan lain yang bersepai akibat khusyuk dek bermain letop berdentum sana sini.
Sudah pastinya suasana hospital dan klinik akan bertambah meriah dengan kehadiran korang yang sudah serba-serbi 'meriah' itu.
Haa! Tunggu apa lagi.. pi la sambung main mercun sama meriam tu lagi.
#######
*bagi orang yang lampi (lambat pikap), ini adalah entry 'sarcasm'.
16 KRITIKAN KAW-KAW:
happy eid :D
kahkahkah
macam2 la hang ni
banyak sungguh kebaikan bermain mercun rupanya! :D
Lupa la nak letak satu, kebaikan bermain mercun tak dapat dinikmati apabila hujan turun dengan lebatnya di waktu malam.
Dengan ini semasa bulan puasa, Tok Imam dan para jemaah tarawih dengan leganya bersyukur.
Gambar meriam meletup tu biar betul! Serius smart!
Salam;
tak sangka main meriam buluh bukan sekadar seronok,tapi banyak kebaikan untuk manusia sejagat.
hehehe..nice ohh.. sape yg lambat pikap atau tak bace post ni sampai abis mesti dorang gi main mercun..hhaha
haha,,sengal,,,nak main jugak ah gini,,kesian gak kat doc n nurse yang xak keje kan,,lalala
tak penah men meriam buluh lg setakat ney.. :)
hahaha..x ley blah
wah, byk sekali benefit bermain mercun!
meningkatkan skill nurse/doctor tu mantap. tak sangka, secara tak langsung bermanfaat.
har har har
XD
hahaha!this is hilarious!
good job bro!
bagus kalau macik2 tu melatah je. buatnye melatah sambil trus heart atck, mau nye kompom buluh tu masuk mulut si pemain meriam tu.
mercun ape mercun??
orang skrg layan bazooka ok.
ceh ~
*pandang kiri wat muka riak ~
haaa , ni bru Cool ..
Selamat Hari Raya~~
haa paling suka ini ENTRI
terbaekk doL...
bikin gua punye ati manyak trasa Ooo..wakakakaka..
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.