Oh! Perangai Jahiliyah Zaman Kecik-Kecik Dulu


(90% kejam, 9.99% sengal, 0.01% lucah)

Zaman bangku sekolah dulu, aku ni boleh di-kategorikan sebagai budak yang agresif. Banyak perkara jahanam yang aku buat masa kekecik dulu. Sekarang.. bila dikenang balik peristiwa yang lampau, hati aku terpacul nak cakap;

" Oh! What the stupid of me?! "



- Usha spenda budak pompuan.

Masa tu era tahun 1997. Incek ayah yang berdarah guru memang tak kasi chance zaman kanak-kanak aku untuk di-bazirkan begitu sahaja dengan melepak seharian kat rumah dok seret kereta mainan.


Mana tak nya, umur 4 tahun aku dah disumbat ke tadika. Setahun lepas tu, incek ayah masukkan aku kat darjah satu, kasi tumpang sementara kat sekolah tempat beliau mengajar. Haa! Waktu tu aku dah bergaul dengan budak-budak yang boleh tahan tahap 'senonoh' nya.


Satu hari tu, member aku ajak buat projek setan. Berbekalkan sharpener pensil bulat yang ada cermin kat atas dia tu, member aku mengaplikasikan kaedah pantulan cahaya untuk mengintai spenda budak pompuan. Oh! Sungguh gampang modus operandi nya. Walau pon subjek sains belum diajar masa tu, namun hasil eksperimen yang dilakukan terbukti berjaya.


Letak sharpener bawah kain, lepas tu usha buat muka separuh gigih.


Aku yang blur masa tu pon layan jer member buat pedajal macam kerbau dicucuk hidung. Pastu bantai gelak terkekek-kekek dengan member pasal tengok ada corak strawberi bulat-bulat kat spenda budak pompuan yang kaler pink tu. Yang pelik nya, waktu intai tu takda pulak aku tengok dengan pandangan yang bernafsu syahwat.


Ye la, apa yang nak di-stim-kan? Umur belum baligh, bulu kaki belum tumbuh, otak pon masih konfius mencari mana yang haram dan mana yang halal. Heh! Bangang sungguh tulis begini kat dalam blog.



- Mendera binatang.

Ya, aku akui.. dulu aku memang agak kejam terhadap makhluk yang bernama binatang. Entah apa dosa dia pon aku tak tahu. Yang pastinya.. kalau masuk bulan puasa, aku dengan anak jiran sebelah wajib buat pesta lastik cicak secara berjemaah.




Lazimnya, aku bab-bab melastik cicak ni boleh dikira pakar jugak. Sekali malam, maw enam ke tujuh ekor jatuh terkulai dari atas syiling garaj rumah tu.


Bila mangsa dah dapat, sekor-sekor aku sumbat mercun padi kat dalam mulut cicak tu. Pastu, aku cucuh lighter kat sumbu mercun tu sambil menikmati panorama kebaboom yang meriah dengan isi perut cicak yang meletup terburai sana sini.


Oh! Sumpah kejam gila.


Itu belum masuk lagi kes aku ikat kaki anak ayam kat mercun roket thunder-clap waktu Ramadhan dulu. Nak aku citer ? Tak payah la, karang ada orang yang menyumpah seranah kekejaman aku nanti..


* Err.. sekarang aku dah insaf ya kawan-kawan.

34 KRITIKAN KAW-KAW:

Izzaty Ishak | September 17, 2011 at 3:57 PM

Zaty pon penah lastik cicak masa kecik-kecik dulu. Bole tahan jahiliah la jugak kan. Hahaha :D

khairul akmal bin azman | September 17, 2011 at 4:02 PM

kecik2 dulu..curik buah rambutan umah owang..haha

ciNdhaDahniEa | September 17, 2011 at 4:19 PM

ahahahaaha klakar kan mase kecik2 kalaw diingat kan balik....

~ouwh, besnye jadik bebudak... lalalalaaa

RinsyaRyc | September 17, 2011 at 4:57 PM

hoo... jaik nya...

eheh ~~

http://bulatmata.blogspot.com/2011/08/fakta-tentang-kentut-mu.html

Anonymous | September 17, 2011 at 5:15 PM

Hahahah...menarik la cerita lu bro.

a | September 17, 2011 at 5:38 PM

mmg jahiliah la.. nasib bek kita tak kawan mase kecik2 dulu.. hahahaa
nakal tol!

hazirah kasimon | September 17, 2011 at 5:44 PM

haha XD gila la/okeh.tu zmn kecik

Anonymous | September 17, 2011 at 6:55 PM

omg sharpener tu. kecik2 dah terlajak pandai. ahaha

Coke Laici | September 17, 2011 at 8:45 PM

aq selalu tangkap cicak pastu aku salai gune lilin sambil wat muke inesen . kejam ke weyh ? aq kecik lagi time tu .

Just Mini Love | September 17, 2011 at 9:00 PM

amboi nakal nye...

huhu... tapi bgus la bunuh cicak tu..
dapat pahala.. ;)
tambah2 kalau bunuh hari jumaat..

Ceiler Mun | September 17, 2011 at 9:25 PM

nasib baik aku bukan budak kelas ko dulu.. kalau tak, aku jadi mangsa ko kn.. hahahahhaha

依之汉 | September 17, 2011 at 10:22 PM

eh sama lah. Dulu kejam gak la bunuh katak dengan masukk kan bom mercun dalam mulut lepas tu tunggu meletup. Jiran ternampak terus tegur kata tu dosa tak elok buat. Memang lepas tu terus nyesal dan tak main mercun dah. Main benda lain lak. :P

EyA edamanhatiku | September 17, 2011 at 10:48 PM

intai spender..isk3 nsb prangai xbrkekalan ekk

caliph shuriken | September 18, 2011 at 12:05 AM

modus operandi tu siyes amat bkesan dulu, huh..

dulu mmg aktif lastik cicak, byk ekor jgak jatuh ke lantai :p

Unknown | September 18, 2011 at 1:09 AM

Kreatifnyer.... kau mang giler kan tulis cerita. Tak pernah sekalipon akak tak tergelak gila bila baca n3 kau ni.

Puan Kutu | September 18, 2011 at 7:18 AM

haha gila kejam masa kecik2..kehkeh..tp ok lg dr budak skang yg melakukan kekejaman sesama manusia...:)

aswadz | September 18, 2011 at 9:04 AM

masa kecik dlu mmbr ada gak ajak intai spender bdk pompuan. tp aku x join la. aku budak baik.

baik? hahaha...

EmbunRosaliza | September 18, 2011 at 10:05 AM

ooh kejamnya, tak apa itu zaman kanak2, mana ada kanak2 yang tak kreatif, sekarang dah berjaya ok tu, hasil dari kebijaksanaan masa kecil heheh

♥♥ miracle ara ♥♥ | September 18, 2011 at 10:14 AM

gud. Susah nak jumpe orng yg terus terang zaman2 mude dy. HEHE

Norhalizah Mohamed | September 18, 2011 at 10:29 AM

punya la nakal. nasib baik dh insaf :D

ayumiyoshida | September 18, 2011 at 10:38 AM

hahah, tak boleh tahan punya perangai. aku x pernah la buat dua2
1) sebab budak lelaki pakai seluar, camne nak intai.

2) aku geli dengan cicak.sekian.

haha.

Rara. | September 18, 2011 at 12:15 PM

gila kejam betoi smpai boom peghot cicak tu.
err, da besau ni ada buat keje skodeng spenda lagi tak? haaaa? hehehe.

Yatie Musa | September 18, 2011 at 12:50 PM

gila lucah. gila kejam. kehkeh. beb intai spenda tu tak bley blah langsung.

YanaKhai | September 18, 2011 at 12:58 PM

erk :| kejam kau..hahahaha...

YouSOF | September 18, 2011 at 5:21 PM

Haha aku pernah tengok classmate aku masa sekolah rendah dulu buat modus operandi skodeng tu.. Nasib baik masa tu aku tak berminat nak join.


Mungkin aku jugak baik sikit daripada kau sebab aku setakat lastik je, tak sampai membunuh..

♥ SYAWAL FITRAH ♥ | September 18, 2011 at 7:55 PM

ahaa.. memang nakal tahap cipan la tu.. nasib bukan classmate dulu!

Fafa | September 18, 2011 at 10:31 PM

hahahha.nice bro! mmg kanak-kanak yg advance :p

Cik tikah | September 19, 2011 at 5:47 AM

hahaha.. mmg jahiliah btol. kih3x...

CouLeur de Chiqu3 | September 19, 2011 at 9:43 AM

aduhaiii..igtkan aku sorg je nakal gni...ahaha...

Unknown | September 19, 2011 at 12:31 PM

skodeng pki sharpener tu aku pon pernah buat hehe..tp btol la masa tu mana stim pon

Jemari MonteL | September 19, 2011 at 6:27 PM

buruk beno pangai.... kensel nak wat menantuuu...hahahahahahaha *bajet dah nikah kononnn*

~Sal Ismail~ | September 21, 2011 at 1:08 PM

usha spenda budak pompuan..oh, ramai je dak laki camtu kat skola dulu~ huhu

Unknown | September 21, 2011 at 3:47 PM

singgah lepas terok kena hacked

DinBlues | October 23, 2011 at 11:50 AM

Tangkap cicak pastu bagi makan kat kucing kesayangan..2 x 5..kejam tapi kenyang

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.