Oh! Ragam Budak Asrama


(entry skema yang tak berapa nak ber-ilmiah)

Balik solat Jumaat tadi, perut aku dah mula buat perangai biadab. Bunyi efek kriukkk krukkk krakkk yang aku tak berapa nak paham jenis bahasa ibunda nya cukop jelas menunjukkan ciri-ciri kritikal bagi si tuan perut.


Haish! Cuba la tahan lapar tu sikit -bentak hati aku sambil menampar-nampar perut.


Sampai jer kat bilik, benda first yang aku cari ialah buku teks biologi. E'eh! Kau gila? Sila berpijak di bumi yang nyata. Sudah tentulah aku mencari makanan. Heh!


Selongkar punya selongkar, ada la terjumpa sebungkus megi kat dalam almari. Perasaan hiba tetiba menusuk ke dalam kalbu tatkala menatap megi tersebut. Rasa menyesal pon ada sebab ter-bawak sebungkus megi bila pulang Beijing tempoh hari.




Okla tu Fik. Bersyukur la dengan apa yang ada - pujuk hati aku bila mengenangkan nasib orang kurang berkemampuan yang susah untuk menjamah walau pon sesuap nasi. Oh! Timbul rasa keinsafan di situ ye kawan-kawan.

#######

Baiklah. Sambung cerita balik.


Bila terpandang megi tu tadi, aku rasa tergelak sikit tapi masih dalam nada yang siuman. Sebut pasal megi ni, aku dari kecik sampai la ke besar panjang tetap jadik makanan peberet aku. Walawehh! Takabbur sekejap sambil kontrol lubang hidung.


Tak kira masa dan tempat, megi boleh di ibaratkan sebagai makanan ruji aku.
Bak kata pepatah melayu versi klasik; takkan tumpah kuah megi kalau tak ke dasar perut.




Yang lebih nostalgik, banyak kenangan megi aku tyme kat asrama dulu. Nak aku bukak cerita? Haa! Meh duduk diam-diam sambil panggil mak tiri join baca sekali. Meh!

#######

Oryte. Masa kat asrama dulu, aku ni agak ketagih nak makan megi. Boleh di-consider gian tahap kronik dah. Dalam seminggu tu mesti wajib nak melantak megi, kalau tak mungkin aku akan meroyan sambil hentak kepala kat dinding. Oh! Itu over sangat. Tipu tipu.


Bila nak masak megi, aku ajak member join tumpang sekaki macam undangan kenduri tahlil. Tapi bukan ajak makan free. Heh! Banyak cantik perut kau. Nak join, ko kena bawak megi sendiri. No paw-paw. (bukan kedekut, tapi kegawatan ekonomi)


So.. bila dah dapat ahli jemaah dalam 4 - 5 orang, proses pengorbanan pun bermula. Pengorbanan dalam konteks di sini ialah ke-ikhlasan menyumbang baldi sendiri sebagai tempat memasak megi. Eh, kejadah camna kau masak tu?


Senang jer hadirin sekalian. Kau masukkan air panas dalam baldi, pastu bubuh megi, taruk perencah dan last sekali ko kacau dengan hangar patah. Kemudian, boleh dihidangkan buat santapan seisi member. Amacam.. style tak?



Hahaa.. Sekali pandang, dah macam orang primitif masak dalam gua. Dua kali pandang, dah macam bangsa tak bertamadun. Oh! Tiga kali pandang mungkin dah macam gampang.

#######

Bagi menambahkan sedikit unsur keseleraan, telur goreng adalah gandingan yang ideal bagi memanthopkan megi di dalam baldi tersebut. Tapi, nak goreng camna tu? Kuali dengan tong gas mana ada kat ceruk asrama.


Ahh! Itu kau tak payah berfikiran futuristik sangat. Lazimnya, bebudak asrama memang dianugerahkan sebijik otak yang kreatif lagi ber-intelektual.


Cukop lah dengan meng-eksploitasikan sebuah seterika panas yang bercop SIRIM. Kasi pecah telur, dan kau goreng la kat atas permukaan seterika tu. Siap!




Hahaa.. Kadang-kadang rasa bangang pon ada tyme muda-muda dulu. Sumpah lawak. Tapi tyme nak dekat SPM tu aku dah start berhenti makan megi.


Sebenarnya, megi ni bukan elok pon untuk perkembangan DHA, DNA serta segala nutrisi untuk otak dan tubuh badan kau. Wah! dah macam iklan susu Enfagrow pulak.



Okla.. perut lapar ni.


Doakan aku berjaya masak megi.

47 KRITIKAN KAW-KAW:

Semut Senyum | September 9, 2011 at 6:52 PM

alahai... ni first time tgok masak megi dlm baldi n goreng telur atas seterika... mmg creative.. pandai betol korang hidup berdikari ye...

cik mun | September 9, 2011 at 9:07 PM

hahaha...dulu time duk asrama dah jadi mkanan ruji dah megi ni..

Sharpy Razak | September 9, 2011 at 9:08 PM

HAhaha.. Sya tinggal kat asrama gak time sekolah dulu.. Err, tp, budak2 asrama perempuan mungkin lebih sopan santun dlm hal cmni kot.. Paling2 dasyat pun masak megi guna gayung... *pakai baldi besar sgt kot*.. Pastu kiteorg sharing2..murah hati kan? kehkhekhe... Masak telur guna serika baju xpenah try.. Nak try la nnti =,=

Sharpy Razak | September 9, 2011 at 9:08 PM

hahaha.. teringat time kat asrama dulu2 jugak >,<

Bella Bell | September 9, 2011 at 9:21 PM

hahahhaa.. gi-la kreatif guna seterika nak goreng telur.. aku pun tak pernah terfikir.. hahahahaha..


err.. tapi kisah ko masak megi dalam baldi ni aku macam pernah TERbaca kat blog kawan aku.. tapi aku tak ingat siapa.. hehee.. aku rasa mungkin perkara biasa bebudak lelaki ni masak megi dalam baldi.. sangat kreatif! hahahahah...

Amoychanteks | September 9, 2011 at 9:30 PM

Ya Allah. style giler cara masak telur tuh. haha! mmg tak pernah dgr org buat. kalau dlm baldi tuh mmg febret boys laa..

cik kiwi's | September 9, 2011 at 9:32 PM

haha. dasyattt gila tang telur tu...megi tu biasa buattt..:)

cik bulan | September 9, 2011 at 9:49 PM

hanger patah??buat kacau..aiyek..kowang sua muka lam baldi ke mkn..euuuuuuuuu..ahahahha

Diana Jamal | September 9, 2011 at 9:56 PM

Hahaha. terbaik! budak asrama mmg terlebih kretif!! hehehe..

Scarlett O'Hara | September 9, 2011 at 9:58 PM

Tak suka makan maggi.Nape ntah!

cik panadol | September 9, 2011 at 10:00 PM

subhanallah masak meggi dalam baldi? mungkin masukkan sedikit sabun basuh kain...megi korg akan kelihatan lebih menarik dan rasanya lagi sedap!

iron pon leh guna...mmg la korg ni kreatip tak bertempat....

BISKOT | September 9, 2011 at 10:21 PM

gua tak pernah tinggal asrama. tapi gua slaloo dengar kisah klasik macam ni. tapi abang gua selalu tambah, kisah makan kasut cecah kopi.

itu asrama mana, aku tak pasti. haha. yang nyata, megi plaing hoholiaw adalah megi yang nenek gua masak masa gua 5 tahun. sedap giler. mak bapak gua mmg lampu merah je bila sebut megi, sampai datuk gua kesian, mintak nenek gua curik2 masak megi untuk guaaa...

indahnya rasa megi dikala itu T___________T

neesa_jun | September 9, 2011 at 10:49 PM

hahhahaa...respek aa masak telur atas seterika...

Miszyuyu | September 9, 2011 at 10:49 PM

ayarkkk dlm baldi ke :-s adessss

KUKUMALU | September 9, 2011 at 10:53 PM

Memang budak asrama mcm ni.

Kawan aku pun sama (lelaki).

Aku x, sebab aku pompuan..bahaaaha~!

eh? Kau kawan aku ke neyh? eh eh eh?..

noornazuha | September 9, 2011 at 10:58 PM

mak aiii..sabo jeh laa...

Mohd Izzar | September 9, 2011 at 11:13 PM

dlm baldi tu, aku da biasa da.
kdg2 dlm gayung jgk aku buat gn membe2 kt matrik.

yg goreng telur pki seterika tu tak ble tahan.hahahah!

mirakim | September 9, 2011 at 11:29 PM

memang terbaek cara kau masak megi..ahaha

anamizu | September 9, 2011 at 11:49 PM

dok asrama mmg standard kene tempuh hidup ala2 primitif gini =.=

syieda_joy | September 10, 2011 at 3:17 AM

skrg pun still ngn megi...^_^

L Y N | September 10, 2011 at 5:15 AM

Ya Allah!! terkejut aku tgk telur atas seterika!!!!!!!!!!!!!!!! =_=

Farahin Ahmad | September 10, 2011 at 9:03 AM

kombinasi baldi dan seterika. sumpah aku tak pernah gune..aiyakkk weh boleh selere ye kau...

maszull | September 10, 2011 at 9:41 AM

salam...selamat belajar kembali yer...terkejut mama tengok telur tu kat atas sterika apa ke halnya masak atas tu...cian nyer die...:)

Nur Hanis | September 10, 2011 at 9:53 AM

tak pernah tengok orang masak megi dalam baldi dan masak telur atas seterika..memang kreatif la.. :)

♥Aien Najwa♥ | September 10, 2011 at 10:46 AM

hahaha..gasak la weiii..megi gune baldi..telor gune seterike..huiyooo..terbaik wok..betul..ape gune otak dan akal kalo tak gune..yeh..budak2 asrama mmg dianugerahkan akal yg genius..=)

cik azeya | September 10, 2011 at 12:45 PM

serabai!!


tak tertelan aku weh. masak pakai baldi, goreng pakai seterika. kacau pakai hanger. -_-

hahaha.

ASSOYFINGER67 | September 10, 2011 at 1:44 PM

Tu belum rebus ayam cikgu dalam periuk letrik lagi,ayam cilok kat kantin (mentah) kantin cicah sos..lampu padam kat dewan makan...serangggg!

cik ungu | September 10, 2011 at 3:26 PM

ok sep.

lebeh kurang sama sume benda yang kita buat.


yang tak samanya cuma satu.


aku buat, nampak comel.
kau buat, nampak puaka.

sekian.

.bLoG aKu KaN. | September 10, 2011 at 3:53 PM

ya ampun............selalu tgk megi dimasak dalam rice cooker je...pess time ni tgk masal lam baldi...adeh....terbaaeeekkk.....hahaha

I wong (依之汉) | September 10, 2011 at 4:36 PM

Meggi oh meggi. Lawak jer baca. Rupanya bebudak asrama semua memang idea sama jer. Masak megi guna baldi. Terbayangkan pula baju yang penuh dengan bau kelakian melekat di baldi. Huh!? Errrgh. Susah nak menelan megi gitu. LoL.

Nasib baik Fik tau yang megi tu tak elok. Sekadar alas perut boleh la kan? Nak buat makanan ruji, alamatnya 10 tahun lagi dah jadi prof hacks.

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga. Semoga sentiasa 在北京高兴.

khairul | September 10, 2011 at 5:01 PM

teringat masa kt jepun dulu bawak magee 1 bag

aku | September 10, 2011 at 8:51 PM

yg mkn dlm baldi tu prnah tgk..yg tang msk telo tu..hurmm..kool gk..hihih

liyana shamsuddin | September 10, 2011 at 11:52 PM

ya betul3...macam tu la budak2 duk asrama tak akan lepas dengan makan maggie..da sebati dengan sesiapa saja yang jadi penghuni asrama..woooww info baru..masak telur guna iron..kena cuba balik kolej ni..:D

fiqah | September 11, 2011 at 1:27 AM

magi dan bdk asrama mmg x leh dipisahkan trutamanya tima malas brjalan ke cafe...ingatkn cite dri kwn2 laki msak dlm baldi stu ilusi..rpnya mmg brlaku..:)..first time dgr masak tlur gn seterika..trasa lucu plak..hihi

Sheda Argos ツ | September 11, 2011 at 2:55 AM

ini otak leh bikin btu cincin hihi gile wei msak telur cmtuh huhuhuhu folowwwwww

kaktuscomei | September 11, 2011 at 7:58 AM

hahaha..dulu w'pon duk hostel xpernah buat...sy budak skema..hak3...skrg curi2 bwk ricecooker kt u..terbaek..:)

caliph shuriken | September 11, 2011 at 8:16 AM

lain kali nk tambah thrill lapar, cari buku resepi dulu.. pastu baru cari megi, hukk..

mmg kreatif giler teknik masak tu :p

~SaL IjOu~ | September 11, 2011 at 5:34 PM

x kisah dok asrama ke idak..megi asam laksa tetap menajdi pujaan hatiku!~ ;p

i am S!L4H.. | September 11, 2011 at 5:58 PM

perghhh.
guane nak makan tu.
selera ke?
aiyohh >.<

Addin | September 11, 2011 at 9:23 PM

hahahaha sangat kreatif !

goreng telur guna iron ! bole try ni :p

ctk | September 11, 2011 at 11:07 PM

eiii...cmne kOrang ley mkn telur dimasak dimasak atas seterika...adOi.. memang betOi2 terdesak neh...

Hidayati | September 12, 2011 at 1:40 PM

Adoi mak.., tak sempat nak tarik nafas ni. Gelak tak hingat. Kak ni tak pernah dok asrama..., sungguh tak ku sangka... seterika bole ganti kuali & dapur. Bijak.... bijak.

Ustaz Love | September 14, 2011 at 1:27 PM

Salam...

Kihkih.. ingatkan Ustaz Love je yg pernah buat kenduri tahlil meggie ni.. tapi Ustaz Love dulu buat megi goreng.. jemputan satu row blok asrama sebagai tanda kesyukuran duit belanja dah masuk..

:D

ajunfatin | September 14, 2011 at 9:40 PM

aku duk asrama jugak dulu..haha.. tp first time tgok cam gini.. terbaik lah.... :)

deem | September 15, 2011 at 2:10 PM

baru saya tau seterika boleh masak telur selain iron baju n rebonding rambut.hahahahaha

dakwat hitam | September 30, 2011 at 1:16 PM

..hahahaaa woaa!! sangat hebat iron tu,lain kali gas mak tiri gua abis nk masak telur gua syorkan pesyen pakai iron masak telor cengini la..baru syahdu

wawa wadzir | October 10, 2011 at 6:09 PM

hahaha...selaku budak asrama..
mmg ada yg mkn begitu..
tp xdk laa baldi..gayung tu ada..hihi

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.