Oh! Buah Letup-Letup


(mengimbau nostalgia dolu-dolu..)

Entry kali ni aku nak bawak korang ke dunia luar sikit, atau dalam istilah biologinya menjenguk ke alam flora dan fauna. Cewah! Anggap je la macam kau tengok dokumentari diskaberi channel kat tv, tapi versi bisu punya. Ok?


Sekali-sekala apa salahnya kau tengok citer sains cenggini, biar terbukak sikit otak tu dengan pengetahuan am dan segala keunikan ciptaan Allah kat atas muka bumi ni. Kalau dok hadap drama Korea tetiap hari apa yang kau dapat?


Oryte.


Hari ni aku nak tunjuk kat korang sejenis buah-buahan liar yang mungkin anak-anak zaman sekarang ni tak berapa nak mengenali sangat gara-gara ditelan dengan arus kemodenan, atau mungkin juga terleka dengan game Angry Birds sampai terlupa nak keluar rumah..


Kenal buah ni?



Ya.. ini buah letup-letup namanya.


Kenapa orang panggil cenggitu?


Oh, bila kau picit buah ni.. nanti dia akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop. Tapi bunyi dia pelan la sikit, dan mungkin lebih merdu dari dentuman kentut korang.


Sesetengah orang mungkin panggil buah ni dengan nama buah ulat bulu. Mungkin buah dia dilitupi dengan sarung kerawang berbulu yang bila kau pegang seakan bergetah dan melekit sedikit.




Secara fizikalnya pokok buah letup-letup ni mudah membiak kat sekitar kawasan ladang getah mahu pon di kawasan ladang sawit.


Kadang-kadang kat tepi pagar rumah pon dia boleh tumbuh menjalar.


Aku yakin ramai orang menganggap pokok ni macam tumbuhan liar lain yang buat menyemak kat celah pagar. Mungkin korang pandang sebelah mata jer sambil menyampah nak tebas pokok ni kan?


Pokok ni banyak khasiat dia sebenarnya. Selain merawat luka, pokok ni juga mampu melegakan batuk di samping merawat kulit korang yang sengal kegatal-gatalan.




Apa yang best dengan pokok ni ialah terletak kat buah dia.


Bila dah matang, kaler buah ni akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang sedikit harum. Masa kekecik dulu.. kalau main sorok-sorok kat tepi pagar rumah dengan kengkawan, aku suka makan buah dia.


Serius rasa dia sedap. Isi buah ni kalau dah masak ranum memang manis manis masam. Rasa dan tekstur dia seakan-akan buah markisa. Sedap. Manyak-manyak layan woo~

Sekarang ni dah lama tak makan buah letup-letup ni. Rindu weh!


Aku rasa bebudak zaman sekarang ni tak berani kot nak makan buah ni. Mesti depa ingat ni buah beracun, bila makan habis perut meletop-letop nanti.


Ok. Sekian saja dokumentari pada kali ini.

Tamat.

35 KRITIKAN KAW-KAW:

Xim | October 29, 2011 at 12:32 PM

hahaha...aku kecik2 pun suke mkn bende nie...belambak blangkang umah...tp skang da payah nak jumpe bende nie lagi... ^-^

Unknown | October 29, 2011 at 1:18 PM

saya pggl buah ulat bulu...tp dh lame xtgk buah nih...;p

AA | October 29, 2011 at 1:24 PM

buah ni, yang melekat bila kena baju eh? tak pernah tengok. hehe

secret Ash | October 29, 2011 at 1:27 PM

Uwah da lama tak nampak buah letup-letup nie.... Teringat balik zaman kecik2... Pnah try mkn gak dlu... siap gaduh ngan adik2 sbb nak pilih buah yang lagi besar kununnye.. Sengal btul.. Hihi..

EmbunRosaliza | October 29, 2011 at 1:35 PM

Assalam incek fik, akk panggil buah ulat bulu ni, mmg lama betul tak tengok buah ni walaupun dok mesia huhu. Akk pun tak tau buah ni boleh mkn hehhe. Sekitar rumah kampung akk takdak la pulak pkk letup2 ni. Bdk2 zaman la ni mmg tak kenal ngan pkk ni

Rain | October 29, 2011 at 2:30 PM

rain sorang je xreti makan. masa men aci ligan dulu, abang-bang je makan. dah try, tapi xngam ngan lidah rain.

sonok picit bagi bunyi je hehe

Azhafizah MN | October 29, 2011 at 2:48 PM

boleh makan?tak racun ke?dulu suke main2 letupkan..ish..tak sangka ubat rupenyer..mati2 ni buah beracun..adeshh

EyA edamanhatiku | October 29, 2011 at 2:50 PM

e tao bua ne..p nmanya bkan buah letup2..buah letup bkan pnjang2 n ltak di air mletup tu ka??

Ungu Violet | October 29, 2011 at 3:09 PM

tingat masa kecik2 dlu suka amik buah letup2 nih kt tepi jalan..:)

tirahzairi | October 29, 2011 at 4:16 PM

sedap nie...yg kuning tue manis kn...yg hjau kte letupkn je lah...haha...dh lme xjmpa..mse kecik2 dulu slalu jmpe...skunk pokok2 semua da tebang...xjmpa la buah tue...

tiefazatie | October 29, 2011 at 4:50 PM

laa..blh mkn eh?xtau pun..hihi..
pastu leh ubat luka lagi eh..hebat..

Ainsha | October 29, 2011 at 4:54 PM

suka denga bunyik dia bila dia meletup..kih2

mak@dawiyah | October 29, 2011 at 5:03 PM

huhu..teringat kenangan dulu-dulu...

ReramaBiru | October 29, 2011 at 5:27 PM

~pernah makan..hehe suka main letup2 :)

feyza | October 29, 2011 at 5:39 PM

ouhh buah letup letup..

pernh mkn, hri2 jumpa =D

rutikeben | October 29, 2011 at 5:50 PM

macam tumbuhan pemakan manusia

Niza Romli | October 29, 2011 at 6:14 PM

dulu masa kecik2...adik2 suka makan buah letup ni :)

ctk | October 29, 2011 at 6:30 PM

dulu2 ct suka letup2kan buah neh..hahah...tp xpernh mkn :D

Anonymous | October 29, 2011 at 6:40 PM

pernah makan.. sodaapp..^^

Puan Kutu | October 29, 2011 at 6:53 PM

hahaha..igt lg buah nie.tp tobat tak pernah nampak dah skang..

mula2 baca tajuk igtkan buah yg macam kuaci tu, bila buang dalam air di letup2 juga bunyi pop..yg tu tahu tak?

-Incek Fik- | October 29, 2011 at 6:58 PM

Errr... buah apa tu Puan Kutu?

Ezna Khalili | October 29, 2011 at 7:20 PM

oh pernah makan buah ni dulu2. dia tumbuh meliar tepi pagar. yg kata leh makan tu bibik :-)

Brilliant Marjan | October 29, 2011 at 7:32 PM

boleh mkn ye..dulu masa kecik suka amik je..ingat tak berguna..tq info ni

Adell | October 29, 2011 at 8:03 PM

saya suka buah ne.. saya xtau apa nama dia.. sya panggil mini markisa..sebab rasa dia mcm markisa.. ahh..teringat kembali zaman kanak-kanak :)

Unknown | October 29, 2011 at 8:32 PM

hahaha tp agak lain mcm bentuk buah tu kan. first time tgk ni. haiyaa

Unknown | October 30, 2011 at 12:30 AM

buah ni boleh mkn kan

Unknown | October 30, 2011 at 12:39 AM

buah ni boleh mkn,,,best gak ase die,,masa kecik2 dulu penah la mkn,,skrg x da,,ehehe

iza azmilia | October 30, 2011 at 7:31 AM

buah letup tu kalo dh kuning bleh dimakan, tp skng ni kalo jmpe da xbrni nk mkn tkut dh drcun. kcik2 dlu suka ambik wt main msk2. hehe

Unknown | October 30, 2011 at 9:23 AM

pernah makan buah ni.. mase kecik2 dulu la. tapi skrg da tak brani makan. hehehehe

tunz | October 30, 2011 at 9:25 AM

mama pena dgr..tpix pena mkn..x tau ia boleh di makan..uhuhuhuhu

biskut chipmore | October 30, 2011 at 3:33 PM

weee..macam penah main jer bnda ni..tapi xhingat da..

simanis | October 30, 2011 at 3:36 PM

buah ni nama dia letup2 eh??
saya kerap makan...
sbb mak kata, burung salu dtg makan buah ni xmati pun, jadi manusia pun mesti boleh makan hahahaha...tumbuh dpn rumah...
tu zaman kecik2 la...skg tade dah

caliph shuriken | October 30, 2011 at 6:02 PM

wktu kecik2 dulu sy pun suka makan buah ni ^^

CikguShikin | October 30, 2011 at 10:10 PM

dulu pas balik sekolah suka main buah ni.orang cakap boleh makan tapi takut nak makan, takut beracun

ƨнαтιяα ! ♥ | October 31, 2011 at 8:03 PM

seriously masa kecik2 aku suka makan buah letup ni! haha ! dpe kata beracun ? beracun mende nyee . aku makan okay je ! hahahaha

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.