(sesi berangan..)
Waktu kecik dulu, aku selalu berangan alangkah seronoknya kalau hujan turun dalam bentuk makanan. Haha! Best tak? Imaginasi budak-budak la katakan, masa tu aku just terbayangkan coklat Ferrero Rocher jatuh sebijik-bijik dari atas langit.
Pergh! Memang cool la kalau benda tu jadik realiti. Nak beli tak mampu, mahal sangat. Duit belanja sekolah tujuh posen sehari, aku simpan 20 sen buat beli Roka Apollo. Alaa.. coklat Roka kan mirip-mirip macam Ferrero Rocher. Kira jadi la ye dak?
Kadang-kadang, bila aku pikir balik rasa nak tergelak pon ada. Macam mana imaginasi aku boleh melalut sampai ke tahap tu. Korang ada terbayang tak turun hujan nasi ayam ker, cheese pizza ker, atau pon mekdi sama ayam kentaki. Ada tak? Ada tak?!
Heh! Ker aku sorang jer yang terpikir macam tu?
=__='
Hmm.. baiklah. Demi tak menghampakan diri sendiri, aku nak share kat korang satu kartun omputih yang berkongsi angan-angan seperti aku. Tajuk dia 'Cloudy with a Chance of Meatballs'.
Citer ni dah lama sebenarnya, tahun 2009 tayang kat pawagam. Mesti korang dah tengok kan? Bagi sapa yang belom layan, meh aku citer sinopsis dia sikit:
Kisahnya begini.. dalam satu pulau terpencil Swallow Falls di celah peta Atlantik, tinggal sorang ayah bersama anak dia yang bernama Flint. Rata-rata pekerjaan penduduk kat situ berkait rapat dengan ikan sardin.
Setiap hari pi laut tangkap ikan, proses jadik tin sardin, bisnes jual sardin, sampai makanan harian pon korang dah boleh agak.. ya, ikan sardin la lauk santapan depa orang. Pendek kata, memang satu badan ko dah beraroma ikan sardin heh!
So, bagi mengatasi kebosanan dan muak sardin yang melampau, Flint si saintis ni mencipta satu mesin yang boleh menukar molukel air H²O menjadi makanan. Wow! Bunyi macam gempak & futuristik bukan?
Waktu eksperimen pertama.. si Flint ni gagal dalam cubaan pertama nak hasilkan burger keju dari mesin tu sebab satu makmal dia blackout, takda karan.
Disebabkan mesin tu memerlukan sejumlah volt elektrik yang kuat, Flint pon bawak la alat ciptaan dia kat stesen janakuasa elektrik yang berhampiran.
Entah mana silapnya.. tyme Flint supply tenaga elektrik, tetibe mesin dia melompat laju naik ke atas awan dan lesap dari pandangan Flint. Mungkin arus voltan letrik tu kaw-kaw sangat, itu pasai dia terbang macam roket tu.
Si Flint kecewa la jugak sebab segala usaha dan eksperimen sains yang dia lakukan sebelum ni macam sia-sia jer. Frust menonggeng la katakan.
Nak dijadikan takdir, beberapa jam lepas tu datang segerombolan awan keunguan menuju ke pulau Swallow Falls tu. Wah! Sandiwara apakah ini?
Tanpa disangka-sangka, turun cheeseburger berduyun-duyun menghujani pulau Swallow Falls tu. Semua penduduk terkejut unta sambil ternganga mulut melihat fenomena pelik tersebut termasuk la Flint sekali.
Rupa-rupanya mesin yang terbang kat atas langit tu menyerap wap air yang terkandung dalam awan, lalu menukar molukel air tu ke dalam bentuk makanan.
Memandangkan projek sains Flint ni berjaya, penduduk pulau tu meraikan kejayaan mamat tu dengan menyuruh Flint turunkan beraneka makanan dari awan ajaib tu.
Cakap jer nak makan apa; burger, nugget, sosej, makaroni, semua beres. Just masukkan kod makanan, tunggu mesin tu proses data maklumat, pastu turun la makanan dari awan. Hahaa! Really awesome dude!
Oryte. Ini jam kita stop dulu pasai citer kartun ni. Sekarang ni apa kata 'kalau' kita bayangkan yang mesin tu betul-betul wujud, makanan apa ekk yang aku nak turunkan dari atas awan tu?
First thing yang aku nak - makanan tradisional Melayu.
Memandangkan aku balik Malaysia pon setahun sekali, jadi peluang nak taste Malay's food agak kurang la. Dekat tengah Beijing ni mana ada orang bukak warung nasi lemak. Nak harap lepak kat kedai mamak pekena roti canai sekeping dua apatah lagi.
Jadi.. dengan adanya mesin ni, bukan setakat nasi lemak jer yang boleh turun, nasi kerabu, soto, lemang, rendang dan segala juadah lain yang aku mengidam boleh ditunaikan. Wah! Demand nak yang tinggi-tinggi jer. Melampau!
Ok. Second thing pulak ialah minuman.
Setakat pepsi sama coke aku campak tepi jer. Pebarang minum air bergas, buat reput gigi jer. Sebagai anak jati berpatriotik, aku harus memartabatkan minuman Malaysia di bumi perantauan. Baru la market sikit produk negara kita, ye dak?
So.. dengan adanya alat ni, aku boleh setkan hujan yang turun tu berperisa air kepala pandan. Pergh! Panas terik camni memang segar anak tekak kalau dapat minum sejuk-sejuk.
Kalau nak ubah selera, boleh la kasi turun ABC atau pon cendol. Style jugak!
Hmm.. apa lagik makanan yang aku mengidam ekk?
Oh ya! Buah-buahan!
Memandangkan hutan tropika Malaysia meriah dengan musim durian, jadi aku agak jeles dengan adik-beradik aku yang puas melantak raja buah sampai dua tiga talam kalau tiba musimnya. Ceh.. Mana aci!
Bagi membalas dendam mengidam yang kritikal ni, aku akan setkan mesin pengubah molukel air tu kepada buah durian. 'Muahahahaa' - hilai tawa saintis gila.
Ini jam aku dah send kod 'DURIAN D49' kat mesin tu. Dalam kiraan aku, lagi beberapa minit akan turun hujan durian yang super dahsyat.
Ok. Get ready! 3..2..1..
Dush!
###########
"CHINA: Penduduk Beijing dilaporkan berada dalam keadaan
kucar-kacir kerana hujan durian yang turun bagaikan bom atom
telah mencederakan orang ramai di samping menjahanamkan
rumah, kereta dan premis awam. Kes ini masih disiasat oleh
pihak polis dan disyaki angkara projek sains gila yang dilakukan
oleh malaun yang tidah bertanggungjawab" -Harian Netro.
38 KRITIKAN KAW-KAW:
hehe tinggi sunggoh daya imaginasi ko bro
Gile apa malaun ni!!!!
perghhhh....isi durian tu tak tahan tengok!
Hujan durian?? mmg dasyat la ahli sains tu...huk3
hai org perantau...
jauh ke merantau???
Hehe..Roka tu best kan...xla mahal mcm ferrero tu..
aan pun suka gak...
movie tu pun sama...
enjoy kan...:)
Cheese! Walaupun ini entry ulangan, tapi aku masih tak rasa bosan.
Juga sedikit jeles sebab aku belum dapat tengok pun lagi cerita ni.. ;D
lepas tu kita pi kutip durian tu tau...boleh jual tu..kena bersihkanlah sikit kulit durian tu..kot ada sisa-sisa daging manusia yg terlekat kat situ...tapi kan..jgn tamak lah yaaa...agak-agak mana yang tercacak kat kepala orang tu..tak leh nak makan dah tu..di kira najis lah yaaa...(ngerilah pulokkkkk)
ngeh ngeh..sedap gilaa.....nak jugakkkk hujannn ayam golekkkkk!!!
hahaha gempak harian netro..kalaulah kan..makin byk la obesiti dikalangan rakyat malaysia nampaknya..:)
untungla kalau hujan betul2 selama 2 minit sehari pada pukul 12-12.2 minit.. <---tetiba aku ikut sekali berangan.. hadoih!
tapi cendol, tak nak haku.. roti canai boleh gak.. hihihi
hahaha....kesian penduduk beijing yek....hahaha....ermmm...nmpk sedap jer nasi tu yek.....lapo di wat nye....
aishhh. wat terliuq jelaa fik oiii. cendol is my favoritassss ;p
bagusla tu komersilkan makanan mesiaaa ;p
haha.mesin tu kalo wujud mesti setiap rumah ada 1.haha :)
lapaq cendoi llaa mleleh air liuq
aiseh..kalaulah boleh cipta camtu.setiap saat nak mintak macam2 tapi nasi goreng 13 in 1tu direject awal-awal lah..perghh..mintak durian?mao berdarah kepale..huhu
pergh,....lapar plak tgok entry ni..tapi yg pasal movie tu memg besh...heheheh tgok byak kali pon besh gak..heheheh
bro, seriusly sama. aku dulu selalu imagine ada hujan makanan, snack2 yang merapu2 turun. disebabkan aku dulu obses nak jadi cool guy, aku bayangkan air coke dengan roti panjang turun dari langit, and makan sambil jalan dengan macho nya
(bagi aku dulu roti kaya yang panjang dengan air tin sangat cool)
oh and meatballs tu dh tengok. mmg best gak
bca en3 ni tingat plak kt doraemon sbb bole request mcm2 sbb ada poket ajaib tu, huh...
ujan cam iklan coco crunch melimpah ke ldg gandum tu. bole? hehe
sedapnyeee cendol.. slrppp
suka cerita tu, tekan jek nak makan apa, semua turun dari langit. HAHAA
wua.... makananan! ^_^
kalau betui jd ujan durian ! peh ! mmg hebat lah , melantak durian ta hingat . haha~
hujan durian? ouwh, tidak.... huhu
~lama xmkn cendol pulut.. huhu
wahh..
kalau betullah durian turun dari langit, confrim awak yang kerajaan beijing carik dulu an.. lepas dia baca entry ni lah..huhu ..
Ngah makan durian ni. Sedapppppp!
tingginya imaginasi!haha.nak hujan turun duit :D
suka tgk cter tuh,, hujan makanan..hehehe...ujan durian?gila kOt..hahaha
lyne dah tengok cite nie...best2..sesuai utk org kaki mkn mcm lyne
semangat kau bercerita kisah tu.. aku pun suka cerita tu weyh.. haha..
ewww.. aku suka ABC.. dan aku juga suka makan durian :D
sedapnyaaa!!! btw, lawaklah dream tuan blgo nie. haha...
dush2 tumbuk awk laju2 sbb tayang mcm2 mkanan kt saya
hahaha
haha..nie kes nak makanan kat malaysia nie kan2..hee
aku tak tau la kenapa aku rasa layan jer baca blog ni. =)
kecik2 aku idamkan hujan batu. Boleh mandi dengan ais batu. Kutip tepi rumah jer. Buat cendol pun senang nanti. Heh.
Perisa air KEPALA pandan?? Ada ke kat Malaysia terchenta nih?? haha..
duriannnnnnnnnnnnnnnnnnn !
sudah jadi mcm org mengidam,nak makan ni nak makan tu,memang mcm tulah kalau berada jauh dari negara tercinta,eh!sekarang ni durian Malaysia banyak dieksport ke China.
eh macam cita the machine masa belajar dekat sekolah dulu kala hakhak .nak gak machine ceni
cendol jatuh nanti siap dalam mangkuk ke?
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.