Oh! Berjalan di atas sungai..


(siapa cakap manusia tak boleh jalan kat atas sungai? hehee.. melawak jer)

Cuti winter aku pada tahun ni tak semeriah macam tahun lepas. Banyak terperuk dalam bilik dan masa dihabiskan dengan berhibernasi, ya.. hibernasi macam beruang kutub utara. Tidur berbulan-bulan sepanjang musim sejuk sambil menternak lemak. Oh! kena pi gym lepas ni (sambil tengok perut)..


Oryte.. tyme aku bosan tengah malam tadi, saja aku belek album cuti winter lepas. So adalah terjumpa foto-foto waktu melancong kat Korea dulu. Actually.. bukannya melancong sangat pon, kitorang ada program daurah sikit.


Daurah? Eh, apa mende tu?


Daurah dalam konteks kat sini bermaksud perjumpaan dalam sesuatu program dan tidur kat tempat tu dalam beberapa hari. Jadi, dalam daurah tu kitorang pelajar Malaysia dari China dan Jepun dijemput oleh pelajar Malaysia dari Korea untuk bertandang ke sana, memandangkan mereka menjadi tuan rumah bagi program tersebut.


So.. taknak citer banyak, hari ni aku nak tempek sikit pemandangan kat bumi Korea tyme aktiviti kitorang kat atas sungai beku..



Subhanallah!

Satu pemandangan cantik dengan berlatar belakangkan
bukit-bukau yang keemasan di waktu petang yang hening..



Sungai kat pedalaman Korea ni beku sampai nak main hoki ais
pon kau boleh luncur ke sana ke mari..


Hahaa.. ada sorang member aku ni rileks jer pakai kain pelikat
tyme suhu negatif camni.

Steady bro!


Gambar ni aku snap tyme jalan-jalan kat area hilir sungai,
ais dah mula cair sikit..


Kepingan ais yang tebal, tapi kena berhati-hati jugak waktu nak
jalan kat atas sungai ni sebab...


..ada sorang hamba Allah yang jatuh gedebusshh kat dalam sungai ni.

Haa! tu la pasal, seronok main lompat-lompat sampai tak perasan
kau terperosok kat atas ais nipis ni..


Gambar publisiti bersama Acap, student Korea.
Persamaan antara kami? Yaa.., dua-dua kaki blogger dan
mata sepet hahaa..

###########

Okla.. nanti kalau ada masa aku apdet sikit pengalaman aku sepanjang seminggu travel kat bumi Korea ni.

Wassalam..


18 KRITIKAN KAW-KAW:

Syafiq Ahadin | January 29, 2012 at 12:15 PM

sepet!!!!! subhanallah! cantik!!!!

AzwanRamli | January 29, 2012 at 12:35 PM

fuh...mesti best bro blaja oversea...

依之汉 | January 29, 2012 at 12:45 PM

Teringat pula video OSEM bulatan gumbira di bumi Sonata. Tiket pergi-balik support sendiri ke?

PemilikCahaya | January 29, 2012 at 12:49 PM

seronoknyer...nak jugak pegi sana 1 ari nanti..terima kasih kerana mmbakar smangat juang aku..

-Incek Fik- | January 29, 2012 at 12:54 PM

-Syafiq Ahadin-

Subhanallah! Err.. aku sepet pon silau terkena cahaya matahari jer hehee..

-AzwanRamli-

biasa² jer bro.. rezeki pinjam dari Allah. kat Malaysia lagi best study, senang nak cari makanan halal dan tempat untuk bersolat hehee..

-Izham Wong-
Ohh.. ada tengok jugak video osem tu..
Ha'ah.. tiket kitorang support sendirik.

-eszyamin-

Hehehee.. nanti mai la singgah Beijing jugak, banyak tempat menarik kat sini :)

Suhaimi@Pakmi | January 29, 2012 at 1:21 PM

terbaikkk..kenangan blh dicritakan utk anak anak.. :)

Cik tikah | January 29, 2012 at 1:31 PM

bestnya. bila pulak rezeki cik tikah nk pergi oversea kan :)

naiemah_ramli | January 29, 2012 at 1:55 PM

wahh..sronoknya =)
teringinnya nk g sana T__T

Puan Kutu | January 29, 2012 at 2:08 PM

wow scenary mmg sgt cantik..:)

acap dengan incek fik mmg lebih kurang sama,.tp acap lebih tinggi.hehe jgn mare gurau jer!

Azhafizah MN | January 29, 2012 at 2:10 PM

saya suke lelaki bermata sepet sebab saya sepet juga[tibe tibe].hehehe..indahnya pemandangan!macam best je jalan atas air ye..bertuah dapat merasa jalan atas ais tu.

budak kacamata | January 29, 2012 at 4:20 PM

subhanallah..indahnya ciptaan Allah..untungla dpt feel dok atas sungai..hukhuk..tp kna be careful jugak kan..tkut ttbe ais tue merekah sbb xley tampung berat tuan pyer badan..hahahahaha

Adam Haiqal | January 29, 2012 at 6:57 PM

assalam..
tertarik dgn entry ni..btw,on this coming october,my family and i are planning to go Korea for our next families vac..so,nak tny,pergi sana brpa byk leh habes?hahaha ade sponsor ke atau u all support sendiri?and ade tak any contact yg blh kendalikan tourist mcm kami kat sane nnt??

-Incek Fik- | January 29, 2012 at 7:09 PM

-Adam Haiqal-

Tyme pi Korea tu.. kitorang habes dalam 200 Dollar (guna elaun jer huhuu). Itu tak termasuk tiket flight. Hmm.. sebenarnya kitorang dapat jimat sikit kos penginapan sebab tidur kat apartment student Malaysia yang study kat sana..

Hmm.. kalau Haiqal nak kontek dengan tourism kat sana, Haiqal boleh add facebook kawan saya, Acap (Ashraf Mohd Razi) yang fik letak link kat atas entry ni..

Sorry la, tak familiar sangat dengan tourism kat Korea ni. Student sana ada buat perkhidmatan tourist guide.. nanti tanya la kat kawan fik tu ekk..

(nanti fik akan inform kat dia kalau Haiqal nak add fesbuk dia)

LidiaSuraya | January 30, 2012 at 12:51 AM

Wahhh wahhhhbest nya... Baru nk ngeri takut terjatuh dlm sg tu.. Sekali daaaaa... Scarry nya mest satu badan beku kn??? Dpt plk yg berkain plekat tu jatuh.. Wooo woooo hebe

Fatin | January 30, 2012 at 10:16 PM

subhanallah! cantik sangat =)

sabarina shzri | January 31, 2012 at 9:53 PM

waa syoknya bro study kat oversea. nak jugakkk belajar kat sana. hehehe n selamat maju jaya. ^__^

YouSOF | February 1, 2012 at 12:47 PM

Baca dua kali enti ni jadikan tahap kejelesan aku bertambah.. ;D

Kalau dapat ke sana aku tak pasti nak pakai kain pelekat atau seluar jeans tebal.. hehe

Bertuah sungguh manusia yang jatuh gedebushhh kat situ...

Unknown | February 14, 2012 at 7:02 AM

Tula, akak baru nak tanya... tak bahaya ke jln2 atas sungai tu...rupa2nya dah ada yg gedebuk jatuh ye :)

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.