(tragedi biadab di bilik 326..)
Seperti malam-malam hening yang biasa..
aku selalunya aktif meng-onlinekan diri dengan membukak
laman-laman web yang ber'faedah' seperti pesbuk atau pon
melayan movie inggeris yang bebas dari aksi ranjang..
Tatkala rancak melayan peminat (retiss la katakan)
kat ruangan chatting pesbuk, tumpuan aku terganggu dengan seekor
hamba Allah yang biadab buat aktiviti kawad kat skrin pc aku.
Makhluk yang bernama Blatella Asahinai atau pon dalam
nama saintifiknya, ' lipas ' merupakan makhluk berkaki enam
yang paling aku buru selama dua tiga sem ni..
Antara jasa dan sumbangan beliau yang paling besar
di dalam bilik aku adalah meraih pingat emas dalam
temasya sukan Olimpik, yakni terjun kuak lentang ke dalam
mug Milo aku sambil berenang buat gaya bebas..
Ya, aku akui.. aksi beliau sememangya berjaya memukau
dan menambat hati aku yang penuh dengan sifat
keperi-binatangan ni..
Namun, itu semua tidak menjadi penghalang aku untuk
menyabotaj karier seekor lipas walau pon aksi biadabnya
dipandang tinggi dan dianggap berprestij di mata dunia..
Muahahahaa~!!! -gelak kejam
Lantas..
Aku terus mencari sebuah 'rumah sewa' bagi
menumpang teduh terhadap makhluk kecil tersebut dari
menggangu-gugat keamanan hidup dan kesucian mug Milo aku..
Sambil gigih menabur 'makanan' yang enak di ruang tamu,
aku sabar menunggu dengan harapan beliau sudi menerima
undangan yang tak seberapa mewah ini..
Akhirnya..
Setelah menunggu beberapa jam
dengan penantian yang menyeksakan,
beliau pun muncul dengan comelnya..
Tadaaa~!!!
*padan muka hang, heh!
###########
p/s: kalau difikir balik, Allah cipta lipas ni bukanlah dengan sia-sia. Mungkin untuk menguji kesabaran seeorang hambaNya atau pon untuk menyedarkan manusia yang lalai untuk membersihkan bilik yang berserabut macam tongkah pecah..
Oh, maafkan hambaMu ni Ya Allah.. aku telah gagal dalam ujianMu.
**payah gak nak lukis bila tangan dah jadi kayu ni (=__=)'
25 KRITIKAN KAW-KAW:
kotak lipas tu, nak satu! hehe!
haha ! sabar je la .
:P
Smart gak kau melukis. Aku pun nak melukis gak la dalam blog. Heh. Nantikan~
Di Malaysia ni ada [i]Periplaneta americana[/i] jer. Bayangkan dari Amerika sampai ke sini. huh.
Pernah gak bedah lipas ni semasa kelas entomologi. Banyak bebudak pompuan "EWWWW!" jer keluar. Hahah. Budak laki apa lagi... bergumbira dengan lipas. Heh.
Bahaya gak eak lipas ada kat bilik. Takut nanti bawa penyakit.
Apapun, beli lah ridsect untuk penyelesaian cepat.
p/s: shield Tox pun boleh~
eeyuk...cikgu plg geli dgn lipas..klu ada lipas dalam kelas mesti suruh budak2 halau dulu..hehehe..
hahah. comel je lukisan tu. betul tak tipu -,-
haklamakkk !!! lipasss !!! errr . .
tak suke lipas..lg2 kalau dia main terbang2..eeii~ =)
btw,lukisan y cantik..:)
erkk.. lipas adalah kacuak !
ouh..makhluk bernama lipas ni rupanya..eh.macam best je rumah tu..xde kat mesia pun..ape lagi2.cepat2 lah kemas bilik tu.mesti makhluk berkaki 6 ni xde lagi dah..die segan nak masuk.hehe..btw,lukisan tu sangat awesome!
seko je ? membazir neh . haha
kotak lipas tu mau biaq ja 2-3 malam... sure lagi meriah dalam tu nanti XD
wah, terbaek! :D
btw, lukisan tu macho~ :P
hahha~
pandai tu lukis,comel jer..umah sy pun byk beliau nie.mmg menguji kesabaran..(sy bukan malas nak bersih rumah yg macam tongkang pecah yer..tak tau sbb apa beliau rajin sgt masuk rumah sy)haha
Style jugak la lukisan kau! Sla banyakkan entri lepas ni ok.
Request ni. ;D
Jaga kebersihan dan perangi lipas.. heheh
*Fik boleh bagi aku link entri sambutan raya cina kau tu tak? Aku sempat baca tajuk je semalam..
Geli dengan cicak! Euwww!
HAHA ! lepas ney, rajin2 kn diri anda wt gotong royong dlm bilik 2 ya ! (^_^)v
jalan cerita yg menarik...sbb da illustrasi skali..hang sketching bagus oo..sje pura2 tgn kayu ea..?incek boley perdayakan lipas..but not me..hahahha
alahai,... ni mesti bukan pembunuh paling dikehendaki ni,.. nak bunuh lipas pun sikit punya susah, kalau akak, siap ko akak bantai ngan surat kabar,.. lenyek dia..
hebat..siap ada lukisan lagi..huhu
steady laa bro, kreatif jaa lukisan.. en3 ni mmg menarik ^^
suka entry ni!
lipas meme comel ye, tp lg comel tang die naek syap nk seran org pdhl ;)
haha...aku pon sem lpas kat kolej ape jadah bnyak gile lipas..dahla semua jumpak masa aku ada ja..tah jodoh hape tah..slame ni xpnh aku beli ridsect..aaaaaah..ada seketoi dah siap..muahahaha
lukis sndri ke gambar tu? errr...cantik.. =)
cantik2.. gambar org dpn fb & gambar milo tu ye yg cantik..bkn gmbar lipas real tu ha :P
#lipas ni baik,tak ganggu org..tp cuma mnyemak mata org ada la..hihi *lipas di rumah naiemah la
Post a Comment
Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.