Oh! Tahun Baru Cina di sekitar Beijing


(lu olang ada kasi angpaw sama saya?)




Dua tiga hari ni satu dunia meriah sambut Chinese New Year. Bunyi dentuman mercun dan bunga api semarak bersepadu di kaki langit sambil menghiasi kegelapan malam dengan kilauan cahaya yang berwarna-warni.


Kat Malaysia camna sambutan? Pasti kaw-kaw kan?


Memandangkan ini dah masuk tahun ke-2 aku study kat China, so aku nak sembang sikit sambutan Chinese New Year kat sini.




Kebiasaannya bila menjelang perayaan cina dekat Malaysia, korang mesti dah biasa dengar depa cakap " Gong Xi Fa Cai! Gong Xi Fa Cai! " kan? Tapi cina kat Beijing ni lain sikit.


Masyarakat kat sini bila nak wish akan ucap " 春节快乐~! " (Chun Jie Kuai Le!) atau pon " 新年快乐~! " (Xin Nian Kuai Le!)


Kedua-dua ucapan tu membawa maksud yang hampir sama yakni ' selamat tahun baru '. Jadi, yang Gong Xi Fa Cai tu apa pulak ertinya?


Oh, kalau di-translate secara keseluruhan dalam bahasa melayunya bermaksud "semoga hang menjadi lebih kaya-raya". Ucapan ni lebih popular diucapkan oleh masyarakat China di bahagian selatan. So, takda hairanlah sangat kalau cina Malaysia ucap perkataan tu sebab kalau diikutkan dari fakta sejarah, depa pon datang dari selatan China.




Oryte.. berbalik kepada topik asal, aku akan citer sikit serba-serbi sambutan Chinese New Year kat Beijing ni.


Dua tiga hari sebelum menjelang perayaan cina, penduduk Beijing kat sini dah sibuk berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing. Masa aku naik bas hari Khamis lepas, dia punya padat toksah citer la.. mengalahkan tin sardin.


Mana taknya, makcik-pakcik mak-bapak anak-cicit semua sakan pulang sambil jinjing bungkusan beg sorang sebunjut yang aku rasa maw empat lima kilo berat dia. Jalan raya dia lagi la.. Ya Rabbi, sesak macam besok dah nak kiamat.


Kereta berderet-deret manjang, jammed. Serabut!


Tapi start hari Ahad tu jalan kat Beijing dah mula beransur lengang. Nak kata lengang dan sunyi dia sampai ko boleh baring sambil guling-gulingan kat jalan raya tu hahaa..


Waktu tu depa dah siap berkumpul dekat rumah. Ada gathering besar-besaran bersama family depa, prepare nak makan jamuan besar.




Selalunya depa akan buat dumpling banyak-banyak bagi meraikan kemasukan Tahun Baru Cina ni. Dumpling atau dalam istilah mandarinnya " Jiaozi (饺子) " adalah makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat dari doh tepung yang diuli berintikan daging berserta sayuran.


Berbeza dengan kaum cina Malaysia, depa lazimnya terkenal dengan makanan Yee Sang. Alaa.. yang macam ala-ala bihun tu, pastu depa kasi gaul dan tarik tinggi-tinggi guna chopstick tu.


Actually.. banyak perbezaan cina Malaysia dengan penduduk Beijing kat sini, faktor dia mungkin budaya dari sesuatu tempat tu. Macam yang aku cakap tadi, cina Malaysia kebanyakannya berasal dari selatan China.


So far, buat masa ni aku belum tengok lagi ada pertunjukan tarian naga kat area Beijing ni. Pastu, depa pon tak sesakan cam cina Malaysia yang terlalu obses dengan buah oren atau pon limau mandarin bila menjelang Chinese New Year.


Tak seperti Malaysia, kau masuk supermarket tu dah terpampang depan mata kotak buah oren yang disusun bertingkat-tingkat sampai nak cecah permukaan siling dah aku tengok. Punya la meriah hahaa..


Ok dah dah.. sambung balik citer kat Beijing ni.




Oryte.. bila depa dah settle makan malam yang besar, aktiviti membakar mercun dan bunga api jenis skala mega rancak berjalan. Dia punya bingit toksah citer la, berdentum sana-sini.


Dia punya suasana macam Hari Raya AidilFitri kat Malaysia.. orang lain sibuk bakar lemang, yang bebudak pulak sibuk nak bakar mercun sama meriam sambil lawan bunyi 'sapa yang paling gempak' dengan kampung sebelah.


Tapi kat Beijing ni lagi extra-gempak la. Dia punya bunga api sama mercun jenis stok macam orang nak berperang. Dah tu, awat nak heran. Orang cina kan pakar dalam bidang bahan api dan letupan ni. ye dak?


Dalam pukol 8 malam bunyi mercun dan bunga api dah start memecahkan gegendang telinga. Bangunan-bangunan besar serta pencakar langit pula meriah dihiasi dengan sinaran lampu neon yang berwarna-warni.



(suasana fireworks di sekitar China Central Television
pada malam 22 Januari 2012)

Ok. Nak digambarkan betapa meriahnya pertunjukan bunga api kat sini.. start pukul 10 malam sampai pukul 12 malam lebih, nak kata sesaat pon tak berhenti bunyi mercun yang meletop kat pelusuk bandar Beijing ni.


Jalan raya tu boleh bertukar jadik merah dengan sisa kertas mercun yang bersepah sana sini. Bau belerang pon kuat di sekitar jalan raya.


Malah, beberapa bijik helikopter juga turut berterbangan di udara bagi merakamkan aksi menarik tersebut sambil meninjau keselamatan awam in-case kalau berlaku kebakaran yang tak diingini.


Tak caya? Meh layan video ni hehee..




Oryte. Tangan pon dah penat taip ni hahaa.. Kalau nak sembang pasal sambutan kat Beijing ni memang tak cukup jari nak tulis. Silap hari bulan maw terbenam butang keyboard aku ni dok tekan banyak kali.

Okla.. ada masa kita sembang lain entry.

Wassalam..

19 KRITIKAN KAW-KAW:

NighBerkz’S Blogs | January 23, 2012 at 9:10 PM

wahh serius menrik entry... terbaek ar...




http://nighberkz.blogspot.com

budak kacamata | January 23, 2012 at 9:46 PM

untungla dok ngara org..boley blaja dorg nyer culture..kat cni pon boley jer kalo nk blaja culture dorg, tp xfeel r...kna g blaja cina gk nie..hukhuk

依之汉 | January 23, 2012 at 10:37 PM

Aku ingatkan ada la tarian naga kat sana. Takkan tak dapat ang pau kot jalan2 kat Beijing tu. Laoshi talak bagi angpau ka? Hehe. Laoshi aku kat sini bagi limau 2-3 biji jer.

Puan Kutu | January 23, 2012 at 11:26 PM

ah serius meriah gila CNY kat Beijing..Sini pun berdentam dentum jugak tp takdelah smp bertaburan kertas merah mercun tu.helikopter pun takde.haha..

NighBerkz’S Blogs | January 23, 2012 at 11:36 PM

meh tapau limau bnyak2..hekhke



http://nighberkz.blogspot.com

Unknown | January 24, 2012 at 12:31 AM

Pergh. berpinar aku baca entri ni tapi tak sangka kat sane ada yang sama,ada yang tak sama dengan culture chinese malaysia tapi yang confirm tak ada kat sane.Kat malaysia,kalau raya cina,budak melayu yang kuat bakar mercun kat tempat aku.haha..tu betul2 shock-culture..kui3.. apapun,dumpling tu memey nampak sedap~

Entri menarik: Bagaimana buat duit dengan fanpage Facebook?

✿Cik Suer✿ | January 24, 2012 at 12:50 AM

Untungla dpt rasa beza raya cina sana & sni Malaysia.. hehe.. Apapun jgn main mercun lebih2 nti kena tngan ~ Pesanan dr kementerian Kesihatan Malaysia.. hihihihi :)

caliph shuriken | January 24, 2012 at 12:59 AM

patut laa kdg2 dgr gong xi fa cai.. kdg2 tu dgr chun jie kuai le..

*siyes sy lahir tahun naga ^^

Alia Azmi ◕‿◕ | January 24, 2012 at 2:40 AM

wahh, mesti meriah kan!
untunglah kan!~

naiemah_ramli | January 24, 2012 at 3:28 AM

wahh..meriahnya...
banyknya mercun.. =.="

Lelord | January 24, 2012 at 4:08 AM

wah bestnya...kat doha x dapat la nak dengar bunyik2 mercun seb baik la limau mandarin ada jual hehhehe

Pengumpul Blog | January 24, 2012 at 10:29 AM

Meriahnya. Selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya. mintak limau oren 1 boleh!!!!hehehe...

Si Pensel | January 24, 2012 at 11:38 AM

kt malaysia bese je.. x meriah pon nan bunga api.... tp yg meriahnya kt highway...jem memanjang...hahahah

najihahfara | January 24, 2012 at 12:39 PM

besnye dpt tengok sambutan kat negara real :)

Unknown | January 24, 2012 at 7:25 PM

ohh rupanya itu maksudnya disebalik gong xi fa cai tu kan, baru tahu ni :D tp meriah lagi sambutan dkt china kan, bestnya. cantik2 tmpt dia..

thomas | January 24, 2012 at 11:21 PM

Bagus betul dapat merasai suasana Tahun Baru Cina di Beijing.

C i k P i p i T e m b a m | January 25, 2012 at 12:12 AM

haha cool ! macam best je bila dengar mercun tak benti2 bunyik. tp kita bila dengar je terus lari sembunyikan diri. HAHAHAHA. dasar penakut ni. hakhak... apa2 pon gong xi fa caii !

Yatie Musa | January 25, 2012 at 9:44 PM

gila meriah smbutan kat sana.

tp baru kat malaysia baru masuk berita pasal budak yg main mercun kena muka, kalau x silap maut. kalau x silap la. huhuuuu

YouSOF | February 13, 2012 at 10:48 AM

Oh baru aku tahu banyak beza orang cina kat sini dengan kat sana ek..


perkataan 'China' memang ada dekat kebanyakan mercun yang kita main, so memang tak pelik la tengok tempat diaorang berdentum meriah macam tu sekali kan..

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.