Oh! Bujang Berempat


(bila orang bujang di perantauan mengasapkan dapur)

Tahun ni genap dah dua tahun aku belajar kat Beijing.. kejap betul masa berlalu. Rasa macam semalam jer turun kaki dari flight. Oh! Tak semena-mena jari-jemari ini seperti rancak menaip di atas keyboard.. seolah-olah ingin menghambur sedikit kenangan di zaman dulu.


Baiklah..


Masa first day kat Beijing dulu, aku agak terpinga-pinga seperti rusa masuk ke kampung. Banyak pengalaman baru yang aku lalui bila berada kat negara orang ni.


Hari makin gelap, perut pulak makin lapar. Berbunyi-bunyi dah beliau mintak diisi, gamaknya penat sangat dok seharian kehulu-kehilir daftar borang kemasukan kat universiti sambil sibuk memunggah barang kat apartment bersama pelajar Malaysia lain.


Tika itu.. jam menunjukkan 8 malam.


Walau pon masa tu kitorang tak berapa kenal antara satu sama lain, tapi aku pasti dari raut wajah mereka terpancar sinar kebuluran kat celah gigi memasing.


' Ahh! tak boleh jadi ni, aku mesti bingkas bertindak! ' -bentak hati aku terpaksa.


" Weh korang! "
"Aku ada sardin tuna, jom makan nak.. "


Tiba-tiba aku berani bersuara memecah kesunyian kat dalam bilik tu. Alaa.. macam le aku taktaw. Sekor-sekor malu nak bertegur. gedik sungguh.




Sambil mengeluarkan se-tin tuna mayonis, aku perati sorang satu kemain ligat datang kat arah aku. wah wahh.. bab makan nombor satu yea, heh!

" Err.. sory la ekk "
" Aku ada tuna jer, kalau korang ada roti, boleh kita salap buat makan "
-ujar aku jujur.

Ceh! Masa tu muka masing-masing cam hampeh, ibarat aku menabur harapan palsu jer kat deporang..


" Takpa.. aku ada bawak roti,
nanti aku ambik " -balas member aku
sambil bergegas menyelongkar barang kat
dalam beg bagasi beliau.


Malam tu merupakan malam yang paling sadis buat kitorang. Berbekalkan roti Gardenia yang hampir penyek dek tertindan dengan barang berat, kitorang gagahkan jugak menyuap roti tuna ke mulut sambil sembang berkenalan antara satu sama lain. Sesekali teringat juga famili yang berada jauh di nun sana..


Masa minggu pertama tu kitorang just bedal meggi dengan serunding daging jer.



Haishh!

Takkan tetiap hari nak hirup kuah meggi jer? Botak licin kepala tu nanti. Memandangkan hidup di perantauan ni kena berdikari kat atas kaki sendiri, so saat tu la kitorang berempat pakat nak buat team masak.


Masuk minggu kedua, kitorang dah start 'bertukang' kat dalam dapur malam tu. Hahaaa.. masa tu skill macam-macam keluar dengan efek bunyi sudip berlaga kat punggung kuali macam nak hancur retak.


Sedap tak sedap belakang kira, janji perut kena isi~!!




Tadaa!!

Ni la menu resepi hasil eksperimen kitorang:

Kepak ayam berempah, sardin lenyek,
telur dadar hangit serta nasi putih setelah
hasil cubaan menanak buat kali kedua hahaa..




Waakakaa.. tyme ni sempat aku snap muka member yang kelaparan dan eksaited nak mencuba makanan hasil air tangan kami berempat hahaa..


Sedar tak sedar sudah dua tahun berlalu..


Walau pon sekarang kitorang berempat dah berpecah bilik sebab pindah ke bangunan baru, namun memori tu masih tersimpan kemas dalam ingatan aku sebab semenjak saat itulah hubungan kitorang mula terjalin erat.. kisah pahit dan manis kitorang kongsi bersama.. ibarat adik-beradik yang takkan putus hubungannya walau pon dicincang berpuluh kali..

:)


19 KRITIKAN KAW-KAW:

PemilikCahaya | February 23, 2012 at 1:45 AM

eeeeee...seronoknye kan? haha kadang2 memang best bila kita dapat ingat balik bagaimana pertemuan itu mula2 terjalin..sebab kdg2 ada org yg x perasan pon tau bila masing2 stat bercakap antara satu sama lain..so anda bertuah sbb ada moment yg buat anda ingat bagaimana perkenalan itu bermula walaupun hnya kerana setin tuna..tragik sgt aihh!!

nazc | February 23, 2012 at 1:55 AM

bestnyer belajar kat luar negara, banyak pengalaman... susah ke cari kedai makan yang halal?

Unknown | February 23, 2012 at 8:03 AM

hahaahahh!!!
lucu jek!
bese la mula2 suma malu2 ala2 pengantin bru kwen..tp kalo dh kbuluq nmpak pe'el sbnar..ahaah

smoga sntiasa selamat di perantauan~

yana-feehily | February 23, 2012 at 8:35 AM

cubaan menanak kali keidua? kali pertama tu mentah ke lembik sgt? hihi..

masak sendiri puas hati, walaupun masak telur goreng je...

Unknown | February 23, 2012 at 9:04 AM

lagi brapa thn nk hbs bro ?

Nyue | February 23, 2012 at 9:10 AM

terbiasa sudahhhh....skang lama xmkn...rindu plak nak mkn cm 2..he3

misyamissyou | February 23, 2012 at 10:29 AM

oh..bila bace mcm sweet gile korang ni..kongsi tuna setin..aww! baru2 memang mcm tu kan...nak makan pn xtau nak buat ape..xpe..pengalaman yg best! kalau x, xde la entri ni :D

Yatie Musa | February 23, 2012 at 11:25 AM

sedihnya bace entry ni. sungguh terkesan jauh di sudut hati ini. kejap je da 2 tahun kan. eh da same umur dgn blog akk yg 2 tahun tu. wakaka. lagi berapa lame kat situ dik?

Liyana Anuar | February 23, 2012 at 12:12 PM

saya tak leh hidup di perantauan..homesick ngan malaysia nanti..huhu~~ :p

CikTeddyCorner | February 23, 2012 at 12:46 PM

wah..sonoknye mkn cmtu..pngalaman brharga woo hdup di ngara org..hehe klakar lak tngok muke sorang2..

aku HaniAsyira | February 23, 2012 at 1:40 PM

oklah kan... dari situ terjalin kwan.. cewahhh

M@W@R Q@SeH | February 23, 2012 at 3:17 PM

hidup merantau kt tempat org mmg kena byk sbr...seronok baca entry ni...

-Incek Fik- | February 23, 2012 at 3:26 PM



-eszyamin-

hehee.. setiap perkenalan pasti ada ceita yang menarik disebaliknya.. saya pasti saudara juga mempunyai cerita unik dan tersendiri dalam menjalinkan persahabatan.. kongsilah cerita tersebut di dalam blog :)


-Nazri Hanafiah-

kedai makan halal kat sini boleh tahan banyak.. cuma masa tu lidah melayu ni tak berapa masuk dengan masakan cina hehee..


-mimi mimo mimo-

taw takpe, dah kebulur la baru terserlah perangai sebenar hahaa.. fik pon doakan Cik Mimi selamat di sana ^^


-yana-feehily-

tak.. jadi bubur hahaa :D
betul tu, masak sendiri jugak best sebab masuk dengan selera dan anak tekak kita


-khairul-

InsyaAllah.. ada tiga tahun lagi bro :)


-Nyue-

Hehee.. nanti ajak le kengkawan berkelah makan sama-sama kat tepi air terjun, baru la syok


-misyamissyou-

betul tu.. pengalaman yang mematangkan kita ^^


-Yatie Musa-

wahh.. sedih ker entry ni akak? tapi terima kasih bebanyak la sebab sudi baca cebisan diari fik ni hehee.. fik ada 3 tahun lagi kak, doakan yang terbaik untuk fik ya akak~!!
Wish the best for ur too :)


-Yana Libra-

hehee.. homesick tu perkara normal la. nanti dah lama-lama familiar la tu


-O CIKTEDDY-

hahaaa.. jangan gelak kuat².. kalau member fik dengar tacink depa tu


-aku HaniAsyira-

yupzz... dari situlah terjalin nilai persahabatan yang berlandaskan Islam :)

-Incek Fik- | February 23, 2012 at 3:29 PM

-Cik Mawar Qaseh-

Betul tu.. dalam setiap perbuatan kita kena banyak bersabar, baru la ujian hidup namanya :D

ch000tz | February 23, 2012 at 5:39 PM

heheh bersusah2 dahulu kannn :D

Puan Kutu | February 23, 2012 at 8:31 PM

masa berlalu cepat tanpa kita sedar.pengalaman tu menjadi kenangan paling indah..

Saddila | February 23, 2012 at 10:56 PM

weee kenangan. indahnya kenangan lalu walaupun pahit.
kehkehkeh tak boleh blah muka member yang nak menyuap tu. hahhaa sadis sungguh :)

D | February 23, 2012 at 11:14 PM

eheh !
hero lettewwww owg petame bukak mlott?!
terror le memasakk. neh mesti
dah belajau siap2 an an sbelom berangkat ke obesiiii.

btw , tahniah lahhhhh berjaya gak memasak. ngeee

nabByla | June 6, 2012 at 2:49 PM

parents nak g beijing pas raya t. t leh la awak jadi pemandu pelancong drg. hehe...

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.