Oh! Ini Sungguh Simplistik


(reka bentuk perpustakaan yang sumpah ohsem)

Seperti kita sedia maklum, perpustakaan merupakan gedung yang menyimpan beribu-riban khazanah buku sekali gus menjadi pusat rujukan orang ramai untuk mencari segala ilmu yang bermaklumat.


Namun, kebanyakan anak muda zaman sekarang lebih cenderung untuk berada di depan pc sambil melayari perpustakaan 'peribadi' di dalam internet.


Tidak dinafikan dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, segala ilmu boleh dicari di hujung jari. Taip saja Wikipedia atau pon Google search, pasti terpampang maklumat yang korang nak cari tu kan..


Tapi.. bagi pandangan aku, nilai kesedaran untuk berkunjung ke perpustakaan tu wajib disemai dalam hati anak-anak sebab di perpustakaan sahajalah budaya dan suasana membaca itu nampak lebih berkembang dan kondusif.


Justeru, satu sentuhan kreatif perlu diselit untuk menarik minat orang awam berkunjung ke perpustakaan dengan lebih kerap lagi..




Selamat datang ke Perpustakaan Tradisional Liyuan yang terletak di negara China ni. Yeahh! Apa first impression anda terhadap senibina perpustakaan ini?


Cantik bukan?


Dengan berlatar belakangkan landskap gunung di tepinya, perpustakaan ini telah direka oleh seorang arkitek yang super-kreatif, Li Xiaodong.




Perpustakaan yang seluas 175 meter persegi ini dibina di sebuah perkampungan Jiaojiehe yang terletak di daerah Huairou, Beijing.


Woww! Seriously, kalau ada masa lapang nanti, aku cadang nak ajak member pi perpustakaan kat situ, InsyaAllah. Bagi aku, tempat tu merupakan lokasi wajib yang harus aku singgah sementara menghabiskan sisa belajar dua tahun setengah kat Beijing ni.


Nanti aku nak bawak kamera dan tangkap sendiri gambar kat sekitar sana. Sambil tu, boleh la jugak merasa suasana membaca kat perpustakaan tersebut.




Oh ya, apa yang menarik pasal perpustakaan ini adalah terletak kepada struktur binaannya.


Untuk mewujudkan suasana mesra alam di bahagian luar bangunan perpustakaan, arkitek Li Xiaodong telah menggunakan ranting kayu yang berdiameter kecil untuk digabungkan bersama rangka besi dan kaca gelas di sekitar dinding luar perpustakaan ini.


Oh! sungguh simplistik dan cool~!!


Projek binaan perpustakaan ni mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan sepenuhnya, bermula bulan Mac 2011 sampai ke bulan Oktober 2011. Kat bawah ni aku tempekkan gambar sampingan di sekitar perpustakaan Li Yuan ni:







(ranting kayu yang digunakan dalam proses pembinaan)


Okla.. sekian saja dokumentari aku pada hari ni. Doakan aku berjaya menjejakkan kaki ke perpustakaan sana dan kalau berkesempatan.. nanti aku coretkan pengalaman aku kat dalam blog kelabu asap ni hehee..


Wassalam..
^^

18 KRITIKAN KAW-KAW:

AzwanRamli | February 28, 2012 at 8:01 PM

mmg supa ohsem..........

Zakaria's daughter | February 28, 2012 at 8:58 PM

gile ohsem pacikk.
i wanna be there i wanna be there.
sile bawa diri ini ke sana.
hikhok T____T

tape la. hajat tak kesampaian.
agak2 upah kontrektor buat satu library cm gini kat blkg uma okay tak? :D
okay tak okay tak okay tak?!

Liyaa Mf | February 28, 2012 at 9:52 PM

Traditionalnya! Boleh bertahan daripada hujan panas ke dalam tuu?

AsH ShiKaNo | February 28, 2012 at 10:01 PM

unik.. tp mcm seram je.. makin klasik makin org takut nak p..hehe

Rapunzel Cikilolo | February 28, 2012 at 11:16 PM

ini bermakna, saya mahu jimat. sekian :)

aku HaniAsyira | February 28, 2012 at 11:37 PM

wow.... mang menarik lah... semoga inche fiq dapat pergi sana.. aminnn.... amin kan sekali cepat

khairul | February 29, 2012 at 8:33 AM

abg mtk maaf lama x singgah sini sbb bz skit

M@W@R Q@SeH | February 29, 2012 at 10:06 AM

nmpk cm seram pn ada...klu dh gi nnt citer k cmne...

YOUsoF | February 29, 2012 at 3:01 PM

Fuhhh.. Kreatif tahap maksimalah arkitek tu!

Semoga kau dapat ke sana nanti.. InsyaAllah. Tak puas aku belek setiap inci perpustakaan super cool tu!

O CIKTEDDY | February 29, 2012 at 3:30 PM

wah..klasik! mndamaikan !

I wong (依之汉) | February 29, 2012 at 5:12 PM

Mula-mula lihat aku terfikir tak basah ke nanti kalau hujan atau salji, kemudian baru perasan yang ada kaca dalam tu.

Bagi aku ok la. Kreatif dan menarik. Habis kayu hutan dibelasahnya. Heh.

Nanti jangan lupa diceritakan pengalaman di sana yae.

budak kacamata | February 29, 2012 at 6:07 PM

huh..teruja nk g sane..untungla incek fiq da jugak ag chance nk g sbb dok china...kalo la kat universiti cni da, hari2 g library..tangkap gmba la..bukan nk bce buku..hahahha

ABU | February 29, 2012 at 9:44 PM

Tersangtla ohsem.. Ranting kayu,.. Sungguh klasik dowh.. Mmeg menarik..

Yatie Musa | March 1, 2012 at 1:32 AM

cool.cool. semoga sampai ke sana dan menceritakan pengalaman bersama kami yg tak dpt menjejakkan kaki di tmpat sbgitu. ahh sadis sungguh komen cemni.

hanim Nabilah | March 1, 2012 at 6:07 AM

sungguh ohsem!
tahun bilalah nak ada kat mesia..beijing jauh sangat

widiea azira | March 2, 2012 at 10:13 PM

wauuu. .ohsem,kalo libry mcm ni, ak pun selalu nak lepak sini, tapi untuk tido la. .haha

cik kiwi's | March 4, 2012 at 11:20 AM

perghh. kiwi dah google. super duper ohsemmm. nak pergi jugak. fik!!. sila bawak!!

naiemah_ramli | March 5, 2012 at 3:32 AM

cantiknya libry ni..mendamaikan...huhuhu ^_^

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.