Oh! Kerana Sebuku Roti..


(kisah benar pemain bola sepak yang memuliakan makanan)

Pada tahun 2011, dua kelab bola sepak dari Athletic Bilbao (Sepanyol) dan kelab Trabzonspor (Turki) telah bertemu untuk berentap pada perlawanan bola sepak UEFA Cup.


Ketika perlawanan rancak beraksi pada minit-minit terakhir, salah seorang penyokong pasukan Sepanyol cuba mengalih perhatian penjaga gol Turki, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepadanya.




Namun demikian, Tolga Zengin telah mengutip balik roti tersebut sambil meletakkannya di atas dahi. Kemudian, beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut dari hancur dipijak di atas padang semasa perlawanan berlangsung.


Selepas perlawanan antara dua kelab bola sepak tu tamat, wartawan dari negara Eropah telah meminta Tolga Zengin, selaku kapten pasukan Trabzonspor untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau sebentar tadi..




" Tiada apa yang mengejutkan dengan tindakan saya.. "

" Tapi, apa yang mengejutkan saya ialah melihat sebuku roti
telah dilemparkan di atas padang untuk menyakiti saya..
sedangkan ramai lagi manusia yang sedang kebuluran
di negara Somalia.. "




###########

Oh! Masih ramai lagi segelintir manusia yang kufur nikmat dengan makanan sampai sanggup membazir, mencampak, mencaci, dan merungut tak sedap dengan makanan tersebut.. walhal di sesetengah tempat masih ada lagi manusia yang sedang lapar kebuluran untuk mencari sesuap nasi.

Kita pula bagaimana?

Tepuk dada tanya iman sendiri..


Dari riwayat Muslim, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu berkata: Aku tidak pernah sesekali melihat Rasulullah S.A.W mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya, Baginda diam.


26 KRITIKAN KAW-KAW:

Unknown | February 1, 2012 at 8:43 PM

betol tu...jgn membazir..

Lydia Miza | February 1, 2012 at 8:49 PM

bila makanan x sedp jgn merungut..ingat pd yg tk mampu

Azhafizah MN | February 1, 2012 at 8:50 PM

saya sentiasa hargai makanan..kalau tak abis,saya akan suruh orang lain abeskan makanan..ok jugak tu kan..xmembazir.^__^

yana-feehily | February 1, 2012 at 8:50 PM

huhu..insaf T__T

Liyana Anuar | February 1, 2012 at 8:59 PM

Nice~

comel lukisan :)

依之汉 | February 1, 2012 at 9:26 PM

teringat pula video pasal ni

http://www.youtube.com/watch?v=K7dptznzobE

Betapa Rasullullah menghargai makanan walaupun secebis roti yang jatuh ke atas lantai.

Terima kasih kerana mengingatkan perkara sebegini...

Unknown | February 1, 2012 at 9:52 PM

kadang-kadang kita ni memang macam tu kan..bila tak sedap sikit je dah tak mo makan sedangkan orang2 lain yang tak cukup makan amat harapkan makanan..bersyukurlah..

P/s : Pandai Fik lukis :D

naiemah_ramli | February 1, 2012 at 9:58 PM

mulia kn hati pemain tu :)

erkkk..insaf kjap T__T...

Karya Hati | February 1, 2012 at 10:09 PM

tak bersyukur.

comei lukisan..suka!

D | February 1, 2012 at 10:23 PM

seriously ke ni ?
ehe. so sweet. lallaa.

Saddila | February 1, 2012 at 11:50 PM

kan ? kita patut bersyukur walau tak sedap mana pun makanan tu. janji kenyang . ehh dpt alas perut. kalau tak suka pun jgn buang, bagi la org lain. kan kan kan ?

Razif Redz | February 1, 2012 at 11:52 PM

itu namanya pengajaran ... tanpa kita sedari sedang bermain bola juga Allah ilhamkan untuk satu pengajaran yg amat berguna

Unknown | February 2, 2012 at 12:45 AM

hahaha lawak betul la kejadian gini...

budak kacamata | February 2, 2012 at 8:30 AM

tabik spring la kat penjaga gol tue..
kiter xkan hargai nikmat makan kalo kiter xpernh kelaparan..dan kiter xkan raser nikmat chat kalo kietr xpernh sakit..cm tue jugak perkara laen..sbb tue hidup nie cm roda..kdg2 kite kat ats..hidup sng..kdg2 kiter kat bwh..hidup sush..Allah tue MAHA adil..setiap yg berlaku pasti da hikmahnya..supaya manusia tahu bersyukur..

Cik tikah | February 2, 2012 at 8:35 AM

wah, serius terharu bca entry ni. hargailah makanan :)

Puan Kutu | February 2, 2012 at 8:58 AM

kita nie ptutu syukur dilambakkan dengan makanan smp makan pun tak habis..tp org kita tetap juga suka membazir sbb takpernah rasa kebulur dan tak tahu macam mana susahnya nak dpt makanan..:)

Diari Si Froggie | February 2, 2012 at 9:29 AM

lagi2 orang muslim..sepatutnya bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan kan? Mulia sungguh si pemain bola itu.

YouSOF | February 2, 2012 at 9:59 AM

Mensyukuri nikmat Allah setiap masa..

Tabik lah dekat gol keeper tu..


*Fik! Aku suka bila kau cakap kau berminat tak tempah sticker tu.. Dua tapak tangan aku tadahkan.. ;D

Aku ada plan sikit, kalau kau jadi tempah tu aku bagi sekali sticker kartun biru aku tu then nak mintak tolong kau sikit.. Sikit je. heheh

Nana | February 2, 2012 at 10:06 AM

Ouh seronok bace..

misyamissyou | February 2, 2012 at 10:07 AM

jgn hina makanan..walaupun roti..hurm tabik spring kat si tolga tu

Errah Najwa | February 2, 2012 at 3:00 PM

sy paling anti org yg membazir..nak2 lg makanan..xnak makan,meh bagi kt sy..hehe

Unknown | February 3, 2012 at 2:37 PM

ya allah, sayang betul roti dia pergi baling. hmm roti dah la sedap, rasa mcm nasi jea. tu jea pun dah kenyang, apa lagi org kebuluran dkt somalia tu kan :(

Unknown | February 3, 2012 at 8:02 PM

bersyukur lah kita masih ada makanan

a little less conversation | February 4, 2012 at 8:32 PM

hurm..sepatutnya masa roti dibaling, keeper tu terbang tangkap dengan kemas ye tak..keh3

Yatie Musa | February 4, 2012 at 9:27 PM

insap betul dgn entry nih. kita neh kekadang makan tak abes. bukan kita mungkin. akak je pesen cemtu. makan tak abes. =..='

Unknown | February 14, 2012 at 6:45 AM

Akak suka entry ni, pernah dgr ceramah dulu... ustaz kata walau sebutir nasi yg jatuh, harus kita kutip dan makan kerana jika tidak Syaitan akan makan utk diambil berkatnya... lebih kurang mcm tulah...

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.