Oh! Tips menjaga bayi anda (siri II)


(sambungan entry semalam..)

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. bertemu kita sekali lagi dalam rancangan
"Tanyalah Dr. Fikri" yang sepastinya akan membantu anda dari dibelenggu kekusutan rumah tangga.


Tanyalah apa sahaja, beliau tidak lokek untuk berkongsi sedikit info, fakta mahu pon auta yang bakal membuatkan anda semua tersentap-sentap sambil berkata:
'eh! sandiwara apakah ini ?!'




Aspek kebersihan pada anak anda harus diambil berat.
Pastikan lubang hidung bayi tersebut dicuci bersih dari
sebarang habuk yang mengganggu pernafasan
anak anda.

Gunakan blower atau pon hujung tisu yang lembut
untuk membuang sisa debu yang menempek di
lubang bayi anda.

Elakkan aplikasi pembersihan menggunakan jari telunjuk
seperti mana anda mengorek hidung seorang diri
di depan pc sambil melayan blog mahu pon pesbuk.




Kejutkanlah bayi anda dengan memberi kucupan
yang penuh dengan nilai kasih sayang.


Tak payah terjerit kuat-kuat kat tepi telinga anak
semata-mata untuk membangunkan bayi anda.
Kaedah ini hanya sesuai dipraktiskan terhadap suami
yang liat nak bangkit solat subuh.




Buatlah senaman untuk bayi anda seperti
merenggangkan kaki atau mendepakan lengan
secara lembut bagi merangsang kecerdasan bayi anda.

Jangan terlalu obses untuk memberi latihan senaman
six-packs seperti mengangkat dumble yang berkilo-kilo
beratnya.




Sekali-sekala dedahkan bayi anda dengan persekitaran luar
bagi mewujudkan sifat ingin tahu terhadap dunia haiwan.

Namun tidak perlulah anda meng'national-geographic'kan
bayi anda dengan mencampak ke tengah hutan,
merendam bayi ke dalam akuarium mahu pon
ke kandang harimau di zoo negara.




Belilah kerusi khas yang direka untuk kegunaan
bayi di dalam kereta anda. Apa salahnya melabur
sedikit duit dari melihat bayi anda terhumban ke
cermin kereta.

Buangkan sifat kedekut anda semata-mata
nak berjimat duit dengan membelitkan bayi anda
dengan tali pinggang keselamatan biasa.

Ingatlah orang yang tersayang!




Gunalah kemudahan troli di pasaraya dengan
cara berhemah ketika ber-shopping membeli barang.

Jangan letakkan bayi anda di dalam troli
seperti di dalam kereta sorong kerana
dikuatiri anak anda bakal menaiki
kereta mayat pula..




Letaklah bayi anda untuk bermain di tempat
yang sewajarnya..

Ingat anak tu macam hamster ker nak sumbat
kat dalam sangkar haiwan gitu ?!

###########

*don't take seriously with this creepy-entry, just for fun. ok! ^^


14 KRITIKAN KAW-KAW:

Miss Butterfly | February 16, 2012 at 4:12 PM

hahahahaha kejam gile ouh.. adoi,, saket perutt..

YouSOF | February 16, 2012 at 5:11 PM

Sandiwara maya apakah ini?? hehe


Santai tapi mampu menyentap hati manusia yang kurang dari segi perikemanusiaannya.. ;)

merpatisejoli45 | February 16, 2012 at 6:18 PM

hehe.klaka je gmbr 'no' kt ats tu.hehe

hye, sudi x exchange banner ngn saya?
if sudi tgglkn komen di blog saya ye. :)

done folow u, jemput jd folower saya blik ye. :)

Qa Thyqa | February 16, 2012 at 8:46 PM

hahaha...ada ke org nk jaga bby dgn tindakan kejam 2...

merahitujambu | February 16, 2012 at 8:52 PM

siapa buat cmtu memang pandai..ada ke buat cmtu kt anak..XD

CintaKhadijah | February 16, 2012 at 8:58 PM

ok. anda dah layak jadik papa. ^^p

Anonymous | February 16, 2012 at 9:06 PM

Tak baik tau buat bayi comel macam tu :P

Nanti pupus generasi manusia pada masa hadapan kalau ada ibu bapa yang tak ikut tips-tips ni haha :D

cikorked | February 16, 2012 at 11:26 PM

haha kelakar...

نورعيم | February 17, 2012 at 2:21 AM

ekeke. kalau adap arents yg buat yg 'no' tu mmg tak layak jd parents lg. hee.

yana-feehily | February 17, 2012 at 9:20 AM

kelakar btl perbandingan dia..haha

Aien Not Alien | February 17, 2012 at 11:25 AM

perbandingannya tu kelakar..tapi ada yang buat kan...ibu bapa psiko yang buat... :)

iema ツ | February 17, 2012 at 11:29 AM

semuanya kejam kejam yang don't tu .. ada jgak manusia nak buat mcm tu .. huhu

Karya Hati | February 17, 2012 at 5:00 PM

last skali tu sgt kjm..huhuhu

naiemah_ramli | February 27, 2012 at 10:45 PM

semua gambar yg "no" tu lawak..hohoho...mcm2 hal lah..hihihi

Post a Comment

Oh! Cukai letrik 6% tidak dikenakan ketika mengomen.